Belakang Tabir

33 6 4
                                    

"TAHNIAH, karya awak telah berjaya menang untuk bertanding ke peringkat negeri."

Seusai mendengarkan ucapan tahniah daripada guru yang sentiasa memantau aku untuk menyiapkan manuskrip ini, air mata terus bertakung. Terharu, tidak sangka.

"Tahniah! Aku bangga dengan kau." Haziqah memeluk leherku. Damia dan Khaira juga memeluk aku.

"Lepas ni kita dah berkawan dengan penulis terkenal lah." Damia mengusikku.

Apa aje yang aku boleh buat melainkan mengaminkan kata-katanya. Semoga suatu hari nanti, manuskrip aku dapat memberikan kebahagiaan buat mereka yang bersedih.

Membuatkan mereka ketawa akan lawak tidak lucu aku. Bahkan, menyinari hari-hari mereka. Insha Allah. Moganya, dapat menjadi penyenang buat hati pembaca.

"Tak sangka lah! Khaira memang dapat agak mesti Alya boleh menang." Khaira menggosok kepala aku berkali-kali.

"Apa kata kau buat sambungan Papillon. Tak cukup lah 15 chapter aje. Tak puas. Nak lagi!" Haziqah memuncung tidak puas hati.

"Betul tu! Buat lah special chapter!" Cadang Damia.

Aku mengambil kira idea mereka. Menarik juga kalau ada sambungan selepas itu, ya?

"Kalau panjang sangat, jadi bosan. Dah lah cerita aku klise aje." Bukan merendah diri, cuma sedar posisi.

Mereka tergeleng laju menidakkan.

"Tak klise pun! Setiap cerita yang disampaikan penulis, pasti ada moralnya. Tak banyak, sikit pun jadi. Dan cerita yang dituliskan, pasti ada makna besar pada pembaca yang tepat dan pada penulis itu sendiri." Cikgu menyampuk lantas memberikan pesanan.

Sungguh, pesanan tersebut membuatkan aku rasa mahu teruskan usaha keras aku terhadap dunia penulisan.

"Betul! Keep your good work, Alya!" Damia mengangguk laju sambil jari ibunya keluar menunjukkan tanda good.

"We always here to support your hard work!" Khaira menyambung sambil menepuk tangan.

"Hamasah!" Mereka menjerit serentak.

Ya, merekalah semangat aku.

Sedang aku tersimpul malu, dua pasangan yang sedang berlari-lari sekitar luar kelas, menarik perhatian aku. Eh, siapa pulak dah?

"Jangan ambil kucing aku!" Si lelaki mengejar si perempuan.

Umur mereka mungkin dalam lingkungan 20-an. Siapa pulak dah mereka ni? Nyata, perempuan yang jauh lebih rendah dari si lelaki memegang anak kucing.

"Kita share anak kucing ni, eh? Aku teringin nak bela kucing." Si perempuan memeluk erat kucing ke dada. Nasib tak penyek aje kucing tu.

Si lelaki akhirnya mengalah dan mereka berlalu pergi. How sweet....

"Macam Papillon, siot!" Haziqah melompat teruja.

Damia dan Khaira mengangguk setuju.

"Naura in real life...." Melopong mulut Damia melihatkan itu.

"Abe hot dan Alya di masa hadapan!" Khaira berkata sambil mengerling aku dan si dia, definisi sempurna.

Dia sedang berbual dengan kawannya sambil memakan aiskrim yang baru dibeli dari koperasi sekolah. Sedang aku merenungnya, dia juga membalas tatapan aku.

Tiba-tiba, jari telunjuknya tepat menunjuk pada aku saat dia sedang berbual-bual dengan rakannya. Oh, tidak! Bawang pasal aku ke?

"Asal dia tunjuk kau?" Haziqah sudah berkata separa menjerit.

Nyata, mereka semua memang terkejut. Kalau mereka pun terkejut apatah lagi aku. Dua kali terkejut beruk!

"Ada lah tu cakap pasal Alya!" Damia yang masih terkejut, bercakap.

"Maaf, mengganggu. Kamu semua ni, pergi ke lawatan untuk bulan depan?" Cikgu kami, menyampuk perbualan kami lagi.

"Kami berempat memang pergi, cikgu." Khaira menjawab bagi pihak kami semua.

"Dah bayar separuh dah bayaran lawatan tu." Tambahku.

Cikgu mengangguk faham lalu memberikan kami satu kertas senarai nama. Mata kami berempat melekat pada kertas tersebut.

"Ini senarai nama yang pergi lawatan tu. Boleh panggilkan semua murid ni untuk cikgu?" Pinta cikgu.

"Boleh, takkan tak boleh." Aku mengajuk tagline tiktokers terkenal itu.

Senarai nama tersebut bertukar tangan. Aku memegang sambil melihat senarai nama itu.

"Alya! Ada abe hot kau pergi!"

Aku rasa, aku dah tahu apa yang perlu ditaip untuk Special chapter.

PAPILLONWhere stories live. Discover now