0 7

95 19 12
                                    

•••

« hani »

Walaupun luka di hati masih berdarah , aku tetap gagahkan diri pergi bekerja . Kelakarnya , skop kerja aku sembuhkan sakit orang . Tapi aku tak dapat sembuhkan sakit sendiri . How funny .

Selesai thumbprint , langkah aku aturkan menuju ke bilik penyimpanan segala ubat ubatan . Senyuman formal aku ukirkan pada semua manusia .

Come on Hani , be professional !

" Morning Dr. Ju . " sapa Kim Younghoon , rakan sejawat aku sebaik sahaja kami berselisih .

Aku membalas senyumannya sebelum memasuki storage ER . Ingin membuat pemeriksaan , memastikan alat rawatan semuanya lengkap . Borang yang dikepitkan dengan clip board aku capai .

Lincah tanganku tick , alatan apa dan bilangannya berapa . Tidak ketinggalan juga dengan pek cecair intravena , ubat ubatan serta cecair pembasmi kuman .

Sempat lagi aku menyanyi kecil sambil mengira kuantiti ubatan bilik ini . Cuba ceriakan diri yang sememangnya sudah broken into thousand pieces .

" Eh- , morning honeybee- " sapa suara yang sangat kukenali . Automatik senyumanku mati . Bukan senyuman aje yang mati , semuanya mati .

Aku menoleh ke arah Yoojung tanpa sebarang senyuman . Teringat akan perbuatan dia dengan Hyunjae buatkan aku ingin meletup saat ini . Riak wajah cuba kukawal sebaik mungkin .

" Wae ? Kau tak sihat ke ? " Yoojung menyentuh dahiku . Pantas aku mengelak ke belakang .

" T- takde la , aku mm- busy ni . Hehe . " aku senyum paksa .

Sabar Hani , jangan rosakkan plan Haknyeon .

" Lah- , ingatkan apa la . Tepi , kerja kau buat ni kerja nurse tau . Pergi sauk white coat sebelum Younghoon sunbae nampak . Kejap lagi membebel pulak orang tua tu . Naik berdesing telinga . " bebel Yoojung lalu merampas clip board di tangankh .

Aku terdorong ke tepi . Merenung Yoojung dalam diam . Yoojung memang baik gila , tak pernah aku lihat perbuatan jahat dia . Bukan aku sahaja , semua manusia yang kerja di sini sangat suka bergaul dengannya . Tapi kenapa dia buat aku macam ni ? Sejak medical school lagi aku sudah rapat dengan Yoojung .

Tanpa sebarang kata , aku beredar dari bilik penyimpanan ini . Rawan di hati cuba kutahan sebaik mungkin .

--❦︎--

Aku terduduk salah sebuah katil zon kecemasan hospital . Lelah . Tiba tiba unit ini diserang dengan patient kemalangan jalan raya . Kalau sorang dua takpe lagi , inikan berjemaah . Tak menang tangan aku . Tambah pulak berapa ketul je doktor pakar am tengah available .

Mesti ada orang langgar pantang larang ER ! Jangan pernah sebut unit ini sunyi , kalau tak itulah makannya . Sebijik macam kdrama Doctor Romantic , tapi itu hakikatnya .

Telefon yang sedang vibrate dalam poket coat sengaja aku biarkan . Aku tahu Hyunjae sedang sibuk mencari aku lepas kena ghosting .

Hek eleh , kenapa tak cari Yoojung terus ?

" Dr. Hani ! " panggilan itu sentakkan aku . Aku menoleh ke arah Arin , ketua nurse bagi unit ini .

" Y- ye ? Ada patient lagi ke ? " aku meliarkan mata ke sekeliling unit kecemasan ini . Mula lenang , tidak sesesak tadi .

" Takde la , tunang kau tengah cari tu . Pergi la jumpa . Mesti dia rindu . " Arin tersenyum mengusik .

Kepala yang tidak gatal kugaru . Malas betul aku nak berganjak dari katil ni .

" Kenapa Hani ? Gaduh eh ? Mana cincin tunang ? Selalunya tergantung dekat leher . " tegur Arin lagi . Matanya melekat pada leherku , mencari cincin yang selalunya aku gantung menggunakan rantai .

Aduhai , mesra alam betul Arin ni menegur . Berat hati aku membuka mulut .

" Kami gaduh . " mudah aku menjawab .

" Gaduh ? Kenapa ? Pasal apa ? Hyunjae buat hal ke ? " bertalu talu Arin bertanya .

Aku mengeluh berat . Sumpah malas nak menjawab soalan dinyatakan oleh wartawan comel ini . Belum sempat aku membalas , pandanganku bertembung dengan seseorang .

Lee Hyunjae .

Bagai hendak luruh jantungku apabila pandangan kami bersatu . Dia tersenyum romantik , di tangannya ada sejambak mawar merah . Bunga kegemaranku .

Ah sudah , aku memang tak boleh nak lari !

" Honey- " Hyunjae menghampiri katil .

Aku terkaku , Bercampur baur perasaanku . Adakah aku patut mengamuk ? Buat bodoh ? Menangis merayu depan Hyunjae macam orang takde maruah diri ? Kenapa Hyunjae boleh act macam takde apa yang jadi ?

" Mm- korang chit chat la dulu . " mencicit Arin larikan diri .

Kini Hyunjae sudah berdiri tegak di hadapanku . Bunga di tangan dia letakkan di atas ribaku . Sebelah tangannya menepuk lembut kepalaku . Refleks aku mengelak . Tak suka disentuh .

" Baby girl , kenapa ni ? Merajuk dengan saya ke ? " lembut suaranya masuk ke telinga .

Hyunjae melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan denganku . Muak betul dengar perkataan baby girl yang keluar dari mulutnya .

Aku nak cakap apa ni ? Kalau ikutkan plan , aku kena play dumb . Supaya Hyunjae tak dapat hidu next move aku . Tapi aku tak rasa aku mampu . Sekarang pun rasa nak meraung macam patient trauma .

" Rindu la dekat baby girl saya ni , awak pergi mana ? Nak mati tau saya cari awak semalam . Lupa ke semalam anniversary kita ? " Hyunjae mencapai tanganku lalu jari jemari kami saling bersulam .

Ingat Hani , play dumb !

" Saya busy . Ada emergency . " itu sahaja aku balas .

" Tell me . " keras sedikit nada Hyunjae . Dia kuatkan genggaman , tanda amaran . Aku mengeluh .

" S- sebenarnya saya ada emergency . Hospital terima patient VVIP cerewet semalam . Jadi saya terpaksa in charge . " aku senyum plastik .

" Tapi saya tanya Yoojung , dia cakap awak cuti . " tajam Hyunjae tenung aku .

Tiba tiba rasa nak berhigh five dengan dahi . Semak betul lah perempuan bernama Yoojung tu . Semua benda nak beritahu Hyunjae .

" Emergency kan , saya tak sempat nak inform dekat Yoojung pasal tu . Phone pulak habis battery , tak sempat nak contact awak . " bohongku lagi .

Hyunjae , mengangguk . Mengerti . Barulah dia longgarkan pegangan .

" Kita keluar makan nak ? Saya belanja . " tanganku dia bawa ke bibir lalu dikucup lembut .

Buat julung kalinya, timbul perasaan jijik di dalam hati dengan setiap tingkah laku Hyunjae . Bibir tu jugak dia guna buat cium perempuan selain aku . Pantas aku tarik semula tangan dari genggamannya . Berubah terus riak Hyunjae . Gelap matanya merenung aku . Pantas aku mengelak .

" Jomlah makan . Saya lapar . " aku bingkas bangun dari katil lalu berlalu ke bilik loker . Ingin mencapai baranganku .

Hyunjae mengikuti langkahku dari belakang .

" My honey ! Awak tertinggal roses ! "

Aku buat muka menyampah . Kalau dulu aku mencair setiap kali dengar dia memanggilku dengan my honey atau baby girl . Tetapi sekarang tidak lagi .

Hani untuk Hyunjae sudah pun mati semalam . Cardiac arrest sebab terdengar bunyi tak senonoh yang tunang dia buat . Bunga mawar yang sudah berada di tanganku ditenung seketika . Automatik suara Kevin seperti berlegar di telinga .

' My Rose . '

•••

boyfriend.Where stories live. Discover now