Bab 1 Autisme

2.4K 52 1
                                    

[Nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kekasih hamba turutkan.....]

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

'Mungkin ini balasan, setelah begitu lama aku larut dalam kebahagiaan yang fana...' Jihan mengelamun akan nasib diri.

Dia menitiskan air mata penyesalan. Dia merenung ke depan. Kelihatan anaknya berlari ke sana-sini di taman permainan itu bersama anak-anak pengunjung yang lain.

Jihan membawa anaknya yang berumur 6 tahun itu untuk bermain di taman. Dia ingin anaknya bermain seperti anak orang lain juga.

Tiba-tiba Jihan spontan bangun. Seorang kanak-kanak menangis di sana. Ibu kanak-kanak itu mengherdik ke arah anak Jihan. Jihan segera mengesat air mata, lalu berlari ke arah anaknya.

"Maafkan anak saya..." Jihan berkata sambil menarik anaknya yang asyik ketawa dan terlompat-lompat itu.

"Anak kamu ni kenapa? Tak tahu bermain buaian ke apa?" marah ibu yang mana anaknya jatuh itu kepada Jihan sambil menyapu kekotoran pada baju anaknya.

"Maaf puan. Anak saya cacat. Dia autism..." balas Jihan menarik anaknya menjauh. Sudah banyak kali Jihan terangkan pada orang-orang bila mana anaknya timbulkan masalah.

"Dah tau anak cacat, jangan la bawa ke sini. Tak ke menyusahkan orang lain. Terlompat sana, terlompat sini. Nasib anak saya tak cedera..." wanita itu marah lagi. Kemudian menarik anaknya pergi dari situ.

Jihan menelan kata-kata itu. Air matanya menitis lagi.

"Ibu ibu ibu... nak ais krim. Ibu ibu...." anak Jihan berulang kali memanggil sambil menunjuk ke arah penjual ais krim di tepi taman itu.

Jihan menurut arah tarikan tangan anaknya.

Jihan terkenang pada suatu masa dahulu...

Jihan terlalu sombong dengan apa yang dia miliki. Jihan tersenarai dalam gadis tercantik di sekolah serta di kampungnya. Jihan boleh memperolehi apa sahaja yang dia hendak. Malah Jihan adalah pembuli nombor satu di kampung dan di sekolahnya.

Ramai orang yang mahu berkawan dengannya. Jihan jadi keras kepala dan suka mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Anak-anak orang yang susah, pasti menjadi bahan ejekan Jihan dan kawan baiknya, yang tidak kurang cantiknya dari Jihan, iaitu Shafia.

Jihan dan Shafia, dua gadis idaman ramai. Tapi mereka amat kurang ajar. Suka mengutuk kekurangan dan keburukan orang lain.

"Ibu ibu ibu...." anak Jihan memanggil lagi. Terputus lamunan Jihan.

Mungkin ini kifarah buat Jihan kerana sering membuli dan mengumpat kesusahan dan kekurangan orang lain pada suatu ketika dulu. Air mata Jihan jatuh lagi. Insaf.

Jihan mencari-cari duit di dalam dompetnya. Kini Jihan bukan sahaja ada anak yang cacat, malah Jehan juga hidup susah.

Suami Jihan mana?

Itulah kesedihan ke dua Jihan. Di saat kesusahan seperti ini, suaminya yang dicintainya itu menjatuhkan semua kesalahan kepada Jihan.

"Kau jaga lah anak cacat tu. Dalam keluarga aku tak ada keturunan cacat..." sampai hati suaminya berkata begitu.

Setelah 7 tahun hidup bersama, kerana hadir anak yang cacat, hubungan mereka menjadi hambar. Keluarga suaminya pun tidak menerima dia.

Jihan menangis sedih.

Dia berhenti kerja semata mata untuk menjaga anaknya. Anaknya bukan sahaja cacat, malah berpenyakit pula. Penyakit asthma.

Bayangkan kesusahan Jihan bila anaknya yang sukar memahami arahan itu dimasukkan ke wad apabila terjadi serangan asthma. Suami Jihan apa tahu.

Yang suaminya tahu....

"Aku tak ada keturunan cacat dan berpenyakit macam tu..."

Gugur lagi air mata Jihan bila mengenang lelaki yang dicintainya dulu kini berubah hanya kerana mereka diuji dengan anak cacat.

"Ibu ibu ibu.... sana sana...." Jihan kembali ke alam nyata lagi apabila tangannya ditarik oleh Afiq, anak yang cacat itu. Anaknya hendak bermain buaian lagi setelah berjaya memperolehi sebatang ice cream. Mungkin di dalam fikiran Afiq hanya ada kegembiraan sahaja.

Jihan mengekori anaknya.

Ahli keluarga Jihan yang lain di mana?

Inilah satu lagi penyesalan Jihan. Jihan dibuang keluarga lantaran kedegilannya hendak mengahwini lelaki idamannya itu. Di masa itu Jihan sudah di tahun akhir dalam kuliahnya. Begitu juga suaminya. Oleh kerana mereka terlalu mencintai, maka mereka merancang untuk berkahwin.

"Ayah tak benarkan! Kamu masih belajar...!" Ayahnya ternyata tidak setuju. Begitu juga ibunya.

"Jihan tak kira. Jihan nak kawin juga. Lagipun Jihan dah nak habis belajar!" Jihan juga tidak kalah dalam menunjukkan keinginannya.

"Ayah tak setuju! Lagipun ayah tak suka lelaki itu. Lelaki itu tidak menunjukkan rasa hormat pun pada ayah dan ibu..."

Memang benar apa kata ayah Jihan. Lelaki itu sering menghantar dan menjemput Jihan semasa Jihan cuti semester. Dengan bangga menunjukkan kereta mewahnya. Tetapi tidak sekali pun lelaki itu menjejak kaki ke rumah Jihan. Apa lagi menegur ayah Jihan yang terpacak di depan rumah. Itukah lelaki pilihan Jihan.

"Bukan dia tak hormat ayah. Tapi muka ayah tu masam je setiap kali dia hantar Jihan..."

Ayah Jihan panas hati. Rasa nak tampar je pipi Jihan. Tapi dia tetap bersabar.

"Apa pun, ayah tetap tak suka lelaki itu...." ayah Jihan telah tetapkan kata putus.

"Lelaki itu ada nama lah ayah. Nama dia Mohd Anas ayah... Anass!!" jerit Jihan geram kerana ayahnya asyik sebut lelaki itu sejak dulu.

"Kurang ajar punya anak..." ayah Jihan terlalu geram dengan jeritan Jihan, sebuah tamparan hinggap di pipi Jehan.

"Ibu ibu... sakit..." mati lagi lamunan Jihan. Dia mengesat air matanya. Tadi dia terkenang akan pertengkaran akhir antara dia dan ayahnya sebelum dia melangkah pergi dari rumah itu. Kerana kekasih dia rela jadi anak derhaka.

Inikah balasan yang sedang dia jalani.

"Ibuuu sakit...." Afiq menangis bila merasa ibunya tidak memberi perhatian kepadanya.

"Mana sakit sayang...." Jihan mengangkat Afiq yang telah jatuh dari buaian. Dia mengibas baju Akif yang kotor terkena tanah.

Afiq menangis kuat dan meronta hingga menjadi pusat perhatian pengunjung taman itu.

"Dah jangan menangis... anak lelaki mana boleh menangis macam ni..." pujuk Jihan. Ada rasa malu juga dalam diri Jihan apabila Afiq menangis lalu membanting badan ke tanah.

"Afiq jangan macam ni nak, kesian lah kat ibu sayang..." Jihan menangis sedih.

Semua orang memerhati Jihan menenangkan Afiq yang sedang berguling di tanah.

"Dah tau anak tu autism, kenapa nak bawa ke tempat awam macam ni..." salah seorang pengunjung berbisik kepada kawannya.

"Ya Allah....!" kawannya yang dibisikan itu terkejut apabila melihat kelakuan anak dan ibu itu.

Semua yang lain juga terkejut.

Rupanya Afiq bertidak ganas dengan menarik niqab yang menutupi separuh wajah Jihan. Semua orang terkejut melihat wajah Jihan yang buruk.

"Patut dia pakai penutup muka.... rupanya wajahnya buruk..." itulah yang meniti di bibir orang orang yang melihat kejadian itu.

Jihan segera memakai semula kain penutup mukanya. Afiq mula menjerit takut bila melihat wajah ibunya. Dengan sabar dan cekal hati, Jihan merangkul Afiq yang masih berdegil itu. Jihan membawa Afiq ke kereta kancilnya.

Pada hari itu Jihan merasa amat malu. Bukan Jihan malu kerana anaknya cacat. Tapi Jihan malu kerana wajah cacatnya diihat oleh orang.

Bersambung....

Mula : 18/6/2022

Hasrat Jihan(On Going)Where stories live. Discover now