Masih ada kah yang menanti kisah Jihan. tq kerana bersabar. Kisah ini agak slow update.
[Kunci utama dalam kehidupan adalah selalu bersyukur dan bersabar]
sambung....
Kesihatan Jihan sudah pulih. Setelah habis cuti sakit, Jihan kembali berkerja. Jihan diarahkan mengemas katil-katil di bilik hotel bersama seorang pekerja lagi.
"Kau buat bilik sebelah. Aku buat bilik ni. Biar cepat siap." arah pekerja itu kepada Jihan.
Jihan tercenung seketika. Dia belum mahir dalam kerja-kerja room servis. Apatah lagi sebelum ini dia tidak ada pengalaman berkaitan bidang perhotelan.
"Laa... tunggu apa lagi. Pergilah."
"Err, saya belum pandai..." Entah Jihan merasa bingung pula sejak keluar dari hospital tempoh hari.
"Eii kau ni. Kemas katil pun tak tahu ke? Mak kau tak ajar ke?"
Berubah air muka Jihan mendengar ungkapan itu. Kenapa mesti dibawa ibunya masuk dalam hal kerja.
"Sini! Ikut aku. Aku tunjuk sekali je ye. Kau tengok betul-betul aku buat. Tiada siaran ulangan."
Selepas berkata begitu, dengan penuh kemahiran rakan sekerjanya itu menunjukkan cara-cara mengemas cadar, menata selimut dan semua hal yang berkaitan mengemas sebuah bilik hotel.
"Last sekali kau kena pastikan semua kelengkapan bilik mandi cukup. Ok faham tak?"
"Faham. Terima kasih."
"Kalau dah faham pergi cepat buat. Nanti pukul 12 ada pelanggan nak check in."
Jihan pun bergegas melakukan tugasnya. Semoga tiada kesalahan dalam kerjanya.
Setelah selesai mengemas bilik-bilik di hotel itu, mungkin dalam 15 bilik, seingat Jihan, kemudian dia dipanggil oleh Ruby. Jihan tidak pernah berfikir hendak menghindar dirinya dari Ruby. Dia masih ingin mendapatkan kemaafan dari Ruby. Bila diarah, dia segera mendapatkan Ruby.
"Eh Jihan, cepat kemas ofis bos. Tadi bos bising ofis dia berhabuk. Tumpang dia tak ada ni, baik kau kemas cepat."
"Baik Ruby..." Jihan tidak memanggil Rubiah lagi kerana bekas rakan sekolahnya itu tidak suka. Jihan sedar posisinya di hotel itu adalah sebagai pekerja unit room servis iaitu mengemas bilik hotel. Dia bukan clenear yang bertugas mencuci bilik pejabat. Namun Jihan tetap akur arahan Ruby.
Jihan memasuki pejabat Arkan. Selepas meletakkan peralatan mengemas, Jihan menata meja kopi yang terdapat beberapa majalah bisnes. Dia memperbaiki letak kusyen pada sofa.
"Arggghh!!" Jihan menjerit hingga jatuh terduduk.
Ruby di luar sana senyum senang. Dia telah laksanakan arahan bosnya. Pasti Jihan sedang pucat lesi di dalam bilik itu.
Di dalam bilik itu, Jihan mengurut dada. Dia terus merenung haiwan yang sedang melingkar dengan kepala kembang bak senduk. Jihan merenung lama. Haiwan itu tidak bergerak sama sekali. Jihan merangkak menjauhkan diri.
Setelag yakin selamat, dia mengambil batang mop lalu membaling ke arah haiwan itu. Haiwan itu masih dalam kedudukan yang sama. Jihan merenung dan menilai. Perlahan-lahan dia hampiri. Batang mop tadi diambil lalu dikuis kuis pada haiwan itu. Tiada tindakbalas dari haiwan itu.
Jihan terus terduduk dan menangis. Dia amat takut tadi. Rupanya haiwan itu adalah plastik sahaja. Entah siapa yang hendak menakutkannya.
Beberapa ketika Jihan bangun dan sambung mengemas. Dia membiarkan sahaja replika ular itu di situ.
Kemudian Jihan beralih ke meja Arkan.
"Ya Allah..."
Jihan terkejut. Kelihatan sebiji cawan sudah sedia tergolek di atas meja itu. Air dari cawan itu yang berwarna hitam sudah mengotorkan sebahagian fail dan kertas di atas meja itu.