[Menegur jangan sampai menghina. Mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit]
sambung...
Puan Azima menemui doktor yang merawat Jihan.
"Puan jangan bimbang. Cik Jihan ok. Hanya ada beberapa perkara beliau kurang ingat. Itu selalu terjadi untuk pesakit yang alami kecederaan kepada kepala. Nanti selari dengan waktu dia akan pulih perlahan-lahan. Mungkin seminggu lagi dia boleh keluar dari wad."
"Muka dia macam doktor? Adakah akan cacat?" Pn Azima tidak tahu wajah Jihan memang telah cacat sebelum kemalangan itu. Dia ingat wajah Jihan jadi begitu kerana cedera semasa kemalangan. Semasa kemalangan itu, muka Jihan berdarah dan terluka disebabkan bergeser ke jalan tar,
"Kita akan tengok seminggu lagi. Harap ok..."
Setelah itu Pn Azima berjumpa Jihan semula sebelum pulang. Pembantu warga indonesia itu terus diminta menemani Jihan di wad.
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Pn Azima terus ke pejabat anaknya untuk memberitahu keadaan Jihan. Arkan semasa kemalangan itu, hanya cedera ringan dan dirawat seminggu sahaja di wad.
"Ibu dari mana?"
"Hospital..." ujar Pn Azima lalu duduk di depan Arkan.
Arkan tekun merenung komputer sambil menanti penceritaan ibunya.
"Dia dah sedar. Cuma ibu takut wajahnya cacat. Arkan kena bantu dia dapatkan rawatan..."
"Ibu... dia yang salah. Dia jalan kat tengah-tengah jalan. Time tu hujan lebat." Arkan masih mengaku tidak bersalah.
"Ye, ibu tahu. Tapi salahnya tetap kamu. Kamu yang langgar dia Arkan. Cuba berperikemanusiaan sikit..."
"Apa saya kurang baik ke? Rawatan dia kat hospital tu saya yang tanggung. Ibu nak saya buat apa lagi?"
Pn Azima bermenung sekejap.
"Tadi dia menangis. Rupanya dia tiada keluarga. Kerja pun tak ada. Jadi ibu fikir, bila dia discaj nanti kita berilah dia kerja kat hotel kita ni..."
"Ibuuu... kalau macam ni jenuhlah saya. Asal saya langgar orang je, kena ambil dia orang kerja kat sini." Arkan tidak setuju dengan cadangan ibunya.
"Ibu kasihan tengok dia tadi."
"Dah lah ibu. Kita tak kenal dia pun. Entah-entah dia saja nak biar saya langgar dia. Mana tahu, dia berlakun je. Zaman sekarang macam-macam orang buat untuk hidup. Mungkin dia tahu status kita agaknya..."
Pn Azima tidak percaya anaknya akan berkata begitu.
"Arkan... Tak kan lah dia nak pertaruhkan nyawa sampai macam tu sekali?"
"Siapa tahu..." balas Arkan acuh tak acuh.
Pn Azima jadi geram dengan sikap tidak peduli Arkan.
"Ibu tak percaya semua tu. Apa yang ibu nak, lepas dia keluar dari wad, kamu kena ambil dia berkerja di sini. Beri salah satu bilik yang kita khas untuk pekerja kepada dia untuk tinggal..." arah Pn Azima lalu bangun untuk pulang. Bercakap dengan anaknya selalu menaikkan darahnya.
Arkan mendengus tidak suka bila ibunya masuk campur dalam urusan pekerja di hotel itu.
"Saya bagi dia jawatan room servis je nanti...!" Arkan membalas arahan ibunya yang sedang berjalan menghala ke pintu.
Laungan Arkan tidak diambil kisah oleh Pn Azima. Asalkan Jihan diberi kerja sudah cukup. Nanti di masa depan apabila Jihan sudah stabil dan sihat, pasti Jihan akan pergi mencari kerja lain yang lebih baik. Begitulah fikiran Pn Azima.