Bab 10 Kehilangan Jihan

471 64 13
                                    

["Tidaklah Allah SWT menimpakan seseorang Muslim itu sama ada letih, sakit, risau, sedih, susah, bimbang, bahkan tusukan duri sekalipun melainkan Allah SWT akan menjadikan semua itu sebagai kifarah kepada dosa-dosanya." Riwayat Imam Al-Bukhari]

Sambung....

Anas merasa kesal kerana tidak dapat menemui anaknya buat kali terakhir. Dia menjadi hilang pedoman untuk beberapa ketika.

Malah kehilangan Jihan juga menyebabkan dia merasa bersalah. Dia tidak memberitahu sesiapa pun mengenai ketidak pulangan Jihan ke rumah yang dia dan Jihan tinggal sebelum ini.

"Agaknya dia takut abang salahkan dia agaknya. Sebab tu dia pergi begitu sahaja." Safia terus menyalahkan Jihan.

Anas berfikir seketika. Kalau Jihan mahu pergi, mengapa banyak barang peribadi dan dokumen penting tidak dibawa oleh Jihan.

"Dah lah abang. Lebih baik kita simpan barang-barang dia dalam kotak. Nanti bila dia muncul kita suruh dia ambil."

"Maksud sayang?"

"Maksud sayang, kita tinggal terus kat rumah ni. Kan ini rumah abang. Lagipun abang dah ceraikan dia kan?" Safia mula bengang dengan sikap serba salah Anas.

"Ye lah..." Anas akur dengan permintaan Safia.

Setelah seminggu bermenung dan berduka cita, hari ini Anas mula mengemas barang-barang milik Jihan ke dalam kotak. Mainan Afiq juga dimasukkan ke dalam kotak. Dia mengusap mainan itu seketika sebelum dimasukkan ke dalam kotak. Air matanya mengalir bila mengenangkan Afiq.

"Abang menangis kenapa? Teringat Jihan ke?" Safia mudah melenting.

"Tak lah." Anas cepat-cepat menyeka air matanya, "Abang teringat Afiq..." lanjutnya.

"Alah... alasan." Safia terus merajuk dan berlalu pergi meninggalkan Anas berkemas sendiri.

Entah mengapa sejak Jihan hilang, Safia mula merasa kurang saingan. Dia ingin menunjuk kepada Jihan akan kebahagiaannya bersama Anas. Jihan yang dulu paling popular dapat dikalahkan juga akhirnya dengan begitu berjaya.

Dahulu dia selalu terpaksa mengikut telunjuk Jihan kerana Jihan adalah pelajar paling cantik dan disukai oleh guru-guru. Ramai pelajar ingin berkawan dengan Jihan. Tetapi Jihan pemilih. Dan dia menjadi pilihan Jihan. Tetapi dia sering berada nombor dua dibelakang Jihan. Safia benci menjadi nombor dua.

Kini, dia berjaya kalahkan Jihan secara keseluruhannya. Suami Jihan menjadi miliknya. Jihan juga sudah berwajah buruk. Tiada pekerjaan, dan berstatus janda. Safia amat pasti, jika rakan-rakan yang lain tahu mengenai Jihan, pasti mereka bersorak riang melihat kejatuhan Jihan.

Padan muka Jihan, cemuh Safia di dalam hati.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Masa terus berlalu.....

Anas mengeluh melihat akaun kewangan syarikatnya yang mula menyusut. Dia telah berusaha melobi perkhidmatan yang disediakan kepada syarikat-syarikat yang lain.

Tetapi bukan sahaja gagal mendapat kontrak baru, malah kontrak lama dengan syarikat yang sedia ada telah ditamatkan oleh syarikat tersebut.

"Arghhh...!!" Anas rasa hendak menjerit. Hutang semakin menimbun. Gaji pekerja perlu dibayar.

Apalah nasibnya. Sejak Jihan dan Afiq pergi, keuntungan syarikat mula menurun. Safia juga mula gelisah. Dia yang mempunyai pengetahuan mengenai perakaunan, tahu syarikat Anas semakin nazak.

Baru dua bulan mereka berkahwin, sekarang dia terpaksa bersusah dengan Anas. Safia merasa tidak berbaloi lagi untuk bekerja dengan Anas.

"Abang, sayang ingat sayang tak nak kerja dengan abang lagilah..." Safia mula mencari jalan keluar.

Hasrat Jihan(On Going)Where stories live. Discover now