Bab 6 Turning Point Untuk Jihan

507 67 14
                                    

[Sesuatu apa pun yang terjadi pasti ada punca dan sebabnya. sesuatu itu tidak terjadi dengan sengaja atau kebetulan...]

Sambung.....

Esok pagi...

Jihan hubungi Anas. Tetapi tidak ada jawapan. Suhu badan Afiq bertambah tinggi. Afiq seorang autisme yang mana sebelum ini begitu aktif, kini terdampar lemah di katil.

Pada pukul 12 tengahari dijangka prosedur Lumber Puncture akan diadakan.

"Ibu... nak ayah." Afiq meracau kerana sudah lama tidak bertemu ayahnya. Demam Afiq masih tidak beransur baik mungkin juga kerana rindukan Anas. Afiq selalu begitu. Jihan faham sangat keadaan Afiq.

"Sabar ye sayang. Nanti ayah datang." Jihan memujuk sambil terus mendail nombor Anas. Tapi sepertinya nombor Jihan disekat. Jihan tidak puas hati lalu menelefon Safia.

"Eh kau ni Jihan. Anas dah cerai kau lah. Jangan ganggu dia lagi boleh tak?" Sergah Safia tanpa mahu ambil tahu mengapa Jihan ingin bercakap dengan Anas.

"Aku pun tak nak ganggu dia, tapi anak kami tak sihat. Afiq rindukan Anas."

"Ah...Alasan." sindir Safia.

Jihan merasa geram. Memang dia perlu berdepan lagi dengan mereka demi memenuhi kehendak Afiq.

"Afiq tunggu kejap ye. Ibu nak keluar kejap cari ayah."

Afiq angguk lemah sambil memandang sayu pada ibunya yang sedang hendak melangkah pergi.

"Buu..." Afiq melambai tangannya dengan lemah seperti memanggil ibunya kembali.

Jihan berpaling dan mendapatkan Afiq. "Kenapa sayang?"

"Afiq... sayang.. ibu..." ucap Afiq sepatah-sepatah. Jika dilihat kadang-kadang Afiq nampak seperti normal.

Air mata Jihan jatuh lagi. Dia terus memeluk Afiq. "Ibu pun sayang Afiq sangat. Lepas ni, bila Afiq dah sihat, Afiq cakap je nak pergi main kat taman mana... ibu bawa." Jihan berkata begitu untuk memberi semangat dan hiburkan hati Afiq.

"Afiq nak pergi main taman yang jauhhh...."

"Taman jauh? Taman mana?"

"He he he..." Afiq ketawa.

Air mata Jihan terus berguguran tanpa kawalan melihat Afiq ketawa. Jihan tidak tahu nanti apa alasan yang hendak diberikan kepada Afiq bila Anas sudah tidak tinggal bersama mereka lagi.

"Dah, sayang baring dulu ye. Ibu pergi cari ayah sekejap."

Jihan melihat ke arah jam. Masih ada masa lagi sejam sebelum Lumbar Puncture dijalankan.

------------

Jihan menuju ke rumah ibu bapa Anas.

Pasti majlis pernikahan diadakan di sana kerana Jihan tahu mana mungkin Safia adakan di kampung. Pasti dikecam orang kampung kerana Safia kahwini Anas. Semua orang kampung tahu Jihan kahwin lari dengan Anas. Mengenang kisah lalu Jihan bertambah sedih. Jihan sanggup mengikut Anas atas nama cinta. Mereka berkahwin di luar Malaysia kerana ayah Jihan berkeras tidak mahu menjadi wali. Hingga kini barulah Jihan sedar, perkahwinannya tidak pernah didaftarkan.

Jihan tidak mampu berpatah balik untuk membetulkan keadaan. Kerana terlalu menumpukan perhatian menjaga Afiq, membuatkan Jihan terlupa status perkahwinannya dengan Anas. Patutlah dengan mudah Anas merancang untuk mengahwini Safia.

"Ya Allah... kuatkan aku. Ampuni dosa aku." Jihan merintih sambil melangkah kaki keluar dari kereta. Dia menuju ke pintu pagar rumah keluarga Anas.

Betullah... kelihatan keluarga Safia dan keluarga Anas ada di rumah itu. Mereka kelihatan gembira. Siapa yang tidak gembira memiliki keluarga mertua yang boleh dikatakan berada.

Hasrat Jihan(On Going)Where stories live. Discover now