Bab 4 Jiran Baru

452 42 4
                                    

[Sabar itu separuh daripada iman. Mudah diucap, sukar dipraktik]

Sambung...

Tiga hari Afiq di hospital, Anas baru muncul. Itupun entah berapa puluh kali dia dihubungi oleh Jihan.

"Abangg..." Jihan menerpa dengan wajah sedih ke arah Anas. Gembira kerana suaminya masih tahu jalan pulang.

"Afiq demam tinggi... sawan...." Jihan memberitahu keadaan Afiq. Afiq kelihatannya masih tidur. Hari sudah meninggi.

Hanya Jihan yang memeluk erat tubuh Anas. Tetapi tidak Anas. Seketika cuma, kemudian Anas menolak tubuh Jihan darinya.

"Tak malu ke orang tengok..." alasan Anas menolak pelukan dari Jihan.

Jihan memandang pesakit lain yang ada di sekitar situ. Ada yang melihat mereka. Dia merasa malu seketika. Jihan lakukan tadi tanpa sedar kerana gembira dan sedih dengan kedatangan suaminya.

Anas menghampiri Afiq yang sedang tidur di katil pesakit. Dia hanya melihat sahaja. Tidak menyentuh sedikit pun.

"Kan aku dah cakap jangan bawa dia bermain di luar. Tapi kamu degil. Inilah hasilnya kalau degil..." Anas menyalah Jihan. Bagi Anas, demam Afiq adalah kerana bermain di luar dan terkena panas matahari.

"Anak kita perlukan bermain juga. Kan doktor juga sarankan begitu..."

"Melawan!" sedikit keras suara Anas.

Suara keras Anas membangunkan Afiq.

"Ayah...." buka sahaja mata, Afiq terus memanggil ayah bersama huluran tangan.

Oleh kerana malu alah pada suasana sekeliling yang melihat mereka, Anas menjamah tangan Afiq. Tetapi Afiq mahu lebih. Afiq bangun dan mahu masuk ke dalam dukungan ayahnya.

Anas hendak marah. Tetapi seperti tadi, suasana sekeliling membantutkan niatnya. Dia menarik Afiq ke dalam dukungannya. Afiq tersengih sengih dan terlunta-lunta kegembiraan. Anas jadi malu dengan sikap Afiq. Tambahan pula Afiq bercakap entah apa maksud pun Anas  kadang-kadang tidak faham.

"Ye sayang... ayah sayang Anas..." Jihan melayan cakap cakap anaknya yang tidak tentu butir.

Selepas 10 minit, Anas memberi Afiq kepada Jihan, "Saya ada meeting kejap lagi. Kau jagalah dia...." Setelah itu Anas berlalu pergi.

Jihan benar-benar terasa hati. Tidak boleh ditundakah meeting itu. Anak mereka sedang sakit.

"Ayah... ke mana?" Afiq bertanya sedikit pelat sambil menunjuk ke arah ayahnya yang sedang melangkah ke pintu keluar wad.

"Ayah ada kerja sayang...." Jihan memeluk erat tubuh Afiq. Mata Jihan berkaca-kaca. Jihan teringat masa lalu.

"Werk budak cacat werk budak cacat. Mesti ayah dengan mak kau tak nak kau kan? Sebab tu kau duduk dengan nenek kau kan?" Bukan setakat Jihan dan Shafia mengejek malah mereka menolak tubuh seorang budak lelaki yang berjalan bertongkat.

Air mata Jihan jatuh bila ingati hal sewaktu di sekolah rendah dahulu.

"Astagfirullahalazim..." Jihan beristiqfar lagi. Entah di mana Jihan hendak mencari budak itu. Nama budak lelaki itu pun Jihan tak ingat. Yang Jihan ingat dia selalu ejek budak tempang, budak tempang.

"Semoga ada peluang untuk aku minta maaf...." Jihan tersenguk senguk menangis lagi.

Bukan hanya budak cacat, budak miskin yang memandang ke arahnya dia marah pada masa itu. Entahlah apa yang ada di hati Jihan di zaman remajanya dahulu. Bila naik ke sekolah menengah, Jihan dan Shafia beroleh sikap baru. Mereka mencaci yang berwajah hodoh pula. Yang berhidung penyek, yang berkulit hitam, yang bertubuh gemuk, semua menjadi bahan mainan mereka.

Hasrat Jihan(On Going)Where stories live. Discover now