Apa yang terjadi pada Jihan.
Sambung.....
"Ayah... mak mana?"
"Mak ada datang melawat Jihan dua hari lepas. Lepas tu dia balik ke kampung. Kan adik masih sekolah." balas ayah Jihan, En Hanafi.
"Ayah... err Tuan Arkan tu siapa?" Jihan beranikan diri bertanya.
"Oh dia kan--"
"Silakan Tuan... keadaan Puan Jihan sudah bertambah baik..." suara doktor kedengaran.
Perbualan En Hanafi dan Jihan terhenti dengan terkuaknya pintu bilik itu. Jihan yang sedang dalam kekeliruan menjadi bertambah keliru dengan kehadiran 5 orang lelaki asing. Jihan dapat mengagak yang mana Tuan Arkan melalui penampilan baju yang dipakai oleh lelaki itu. Lelaki itu hadir bersama doktor yang merawat dan juga 3 orang lelaki berpakaian hitam putih, layaknya seperti bodyguard.
"Jihan..." seru Tuan Arkan. Terus menghampiri Jihan.
Spontan Jihan mengelak bila tangan Tuan Arkan hendak menyentuhnya. Mata Jihan menatap lelaki itu. Jihan cuba ingati adakah mereka pernah berjumpa sebelum ini. Tapi gagal. Tidak pernah.
"Jihan tak kenal abang ke?"
Jihan membisu. Dia memandang ke arah doktor dan ayahnya. Begitu juga Tuan Arkan, dia lakukan hal yang sama, memandang doktor dan En Hanafi.
"Doktor, apa berlaku pada isteri saya. Kata dia ok. Tapi kenapa dia pandang saya lain macam saja?" Tuan Arkan mula rasa hendak meradang.
"Tuan... kadang-kadang ada pesakit yang alami amnesia separuh. Ada hal yang dia ingat, dan ada hal yang dia tak ingat." jelas doktor itu dengan penuh hormat.
Bohong. Jerit batin Jihan. Jihan ingat semuanya. Jihan ingat kematian anaknya. Jihan ingat diceraikan. Jihan ingat akan Anas yang curang dan mengahwini Safia, kawannya. Jihan ingat ibu mertuanya yang jahat. Jihan ingat semua.
Tapi, Jihan tidak ingat Tuan Arkan kerana Jihan tidak pernah bertemu lelaki itu.
Jihan pandang kiri dan kanan. Sekarang tahun berapa? Hati Jihan menjerit hendak tahu. Jihan mengeledah laci meja di tepi katil. Mencari telefonnya.
Semua memandang akan sikap gelabah Jihan.
"Jihan cari apa?" Itu suara Tuan Arkan.
Jihan abaikan. Kerana Jihan tahu dia bukan isteri lelaki itu. Mungkin sedang ada orang mengambil kesempatan ke atasnya. Atau mungkin dia - AMNESIA. Jihan ingin mencari bukti dia tidak amnesia melalui telefonnya. Banyak hal dia simpan di dalam telefonnya. Gambar Afiq. Gambar Anas. Gambar Safia.
"Cakaplah Jihan cari apa?!" Bentak Tuan Arkan apabila merasa Jihan mengabaikannya lagi. Dia sudah letih diabaikan.
"Saya cari telefon saya. Mana telefon saya!" Jihan juga bersuara lantang. Seketika Jihan menutup mulutnya. Tidak pernah dia bersuara kuat begitu sejak dia melahirkan Afiq.
"Telefon Jihan hilang masa kemalangan tu. Yang kami jumpa hanyalah kad pengenalan Jihan sahaja. Yang lain tiada."
Jihan terlopong. Apakah semua ini? Adakah terdapat konspirasi terancang disebalik kemalangan yang menimpanya. Jihan masih ingat telefon dan dompet duitnya tersimpan rapi di dalam baju jubah yang dipakainya semasa hadiri pengkebumian Afiq.
Konspirasi? Jihan berfikir. Siapa yang hendak melakukan itu kepadanya. Dia bukan berharta. Malah sudah janda. Wajah pula buruk.
Wajah buruk?
Jihan pantas meraba wajahnya. Jantungnya berdetak laju. Tangannya berlari pantas pada keseluruhan wajahnya. Tidak terasa sebarang parut pun.
YA Allah. Apa semuanya ini? Jihan panik.
Mereka yang lain terus memerhati tindak tanduk Jihan yang pelik.
"Ayah..." seru Jihan.
En Hanafi menghampiri Jihan.
"Kenapa nak?"
"Jihan nak cermin..."
"JIhan nak buat apa?'
"Jihan nak tengok muka Jihan..." Jihan berkata dengan bibir bergetar. Jihan merasa mungkin dia bertukar badan dengan orang lain kerana dia tidak rasai parut pada wajahnya.
Tergaru-garu sebentar En Hanafi. Di mana hendak dapatkan cermin. Cermin di bilik air pula melekat pada dinding. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya, lalu diserahkan kepada Jihan.
Jihan mengambil telefon bimbit ayahnya. Lalu ikon kamera ditekan. Dia memandang wajahnya di skrin telefon itu.
"Aaaaaaaaa!!!!" Jihan menjerit kuat lantaran tidak percaya.
"Jihannnn!" Mereka yang ada di situ turut menjerit bila Jihan tumbang ke tilam.
Tuan Arkan segera meluru ke arah Jihan.
"Kami akan lakukan MRI padanya hari ini juga." kata doktor dengan segera.
"Lakukan sekarang!" tekan Tuan Arkan. Dia masih memangku Jihan.
Dia merenung Jihan. Tidak dapat dia selami apa yang menakutkan Jihan sehingga Jihan jatuh pengsan.
Bersambung.... story ini eksklusif saya reka untuk pembaca saya yang budiman dan setia memberi sokongan kepada saya. Sebenarnya saya memang suka cerita yang macam misteri. Tq atas komen anda semua.