Bab 3 Dia Dibenci

392 39 3
                                    

[Seseorang manusia itu adalah tidak lebih baik dari manusia lain, hinggakan melayakkan kita membenci dan memandang rendah sesama manusia.]

sambung....

"Mama... ada tak abang Anas call mama?" Jihan beranikan diri berjumpa ibu mertuanya. Dia sedang mendukung Afiq yang lemah. Afiq selalu begitu jika rindukan ayahnya.

"Eh kamu tu isteri dia, tak kan suami ke mana pun tak tahu?" Ibu Anas memang tidak sukakan Jihan. Sejak dari mula mereka berkahwin lagi. Alasan ibu mertuanya itu kerana malu dengan jiran tetangga berikutan Jihan dan anaknya kahwin tanpa restu keluarga Jihan.

"Abang cakap dia outstation seminggu... tapi ni dah lebih seminggu. Jihan call dia tak jawab. Jihan nak minta mama tolong abang Anas. Afiq ni deman sebab rindu abang Anas..." Jihan cuba mengawal emosinya di depan ibu mertuanya itu.

"Anas tu ada kerja lah tu. Kamu tu cuba sabar sikit. Sekarang bisnis dia dah nak maju semula. Kamu apa tahu. Yang kamu tahu dapat duit je dari Anas tiap bulan. Dah pergi balik... bawa Afiq tu ke klinik..." Ibu Anas menghalau Jihan. Jihan tidak dijemput masuk pun. Memang baginya Jihan membawa sial dalam rumah itu. Dari awal perkahwinan Jihan dan anaknya, bisnis keluarganya jatuh. Keuntungan sedikit. Syarikat terpaksa dikecilkan.

Menambahkan lagi ketidak untungan apabila mereka mendapat cucu yang cacat begitu. Mereka malu hendak mengaku cucu.

Malah jika ada majlis kenduri kendara, mereka tidak akan menjemput Jihan, dengan alasan takut Afiq buat kekacauan di majlis mereka. Jihan menelan semua itu dengan sabar. Bagi Jihan ini mungkin semua kifarah atas perbuatannya dahulu, sering membuli dan mengejek anak orang yang kurang upaya.

Jihan membatu di depan pintu rumah itu.

"Hah tunggu apa lagi? Pergilah balik..."

Jihan merasa berat hati hendak mengatakan sebab sebenar dia datang ke rumah ibu mertuanya itu. Tapi dia perlu katakan demi Afiq.

"Mama... Jihan dah tak ada duit nak bawa Afiq ke klinik...." Jihan luahkan juga masalahnya.

Mata ibu Anas membulat besar mendengar luahan Jihan.

"Habis tu, kau datang nak minta kat aku ke? Tak kan Anas tak beri kau duit? Pasti kau boros kan...?"

Tuduhan ibu Anas membuat hati Jihan tersayat luka.

"Mama, abang bagi untuk belanja seminggu je..."

Ibu Anas meneliti tangan Jihan.

"Itu ada cincin kat jari kamu... kamu pergi jual saja cincin tu... kamu pakai barang kemas pun apa gunanya... bukan nampak." Ibu Anas memberi saranan begitu.

Jihan menahan air mata. Sudah 7 tahun dia menjadi menantu keluarga itu, tapi dia dilayan macam pengemis.

"Dah pergi... kejap lagi ada orang nak datang... nanti dia orang ingat kamu ni orang dari negara mana pula bertudung litup nampak mata macam ni...." ibu Anas berpaling lalu menutup pintu rumah.

Jihan tidak menyangka begini corak hidup yang dialami setelah dia menyerahkan cinta kepada Anas.

"Ibu..." Afiq merengek lemah.

"Ye sayang, sabar ye nak... ibu bawa ke klinik ye..." Jihan mengemaskan Afiq dalam dukungannya dan melangkah keluar dari rumah ibubapa mertuanya itu.

Jihan menatap sekejap pada cincin perkahwinannya yang diberi oleh Anas. Dia terus menetapkan hatinya untuk menjual cincin itu demi rawatan Afiq. Jihan menerima saranan ibu mertuanya.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

"Isteri abang call ke... mmphh..." Dalam bercinta itu Shafia sempat bertanya kepada pasangan lelaki itu.

"Mmm..." balas lelaki itu sambil mematikan terus telefonnya lalu di campak entah kemana telefon itu.

Mungkin telefon itu jatuh ke lantai. Biarkan, itulah kata hatinya. Tidak mungkin pecah kerana hotel penginapan lima bintang itu mempunyai permaidani yang tebal.

"Good... you are the best...." lelaki itu terus memuji persembahan Shafia dia bilik hotel itu.

"Khas untuk sayang..." balas Shafia termengah mengah. Namun hati rasa amat gembira.

Persetan dengan isteri bosnya. Yang penting sepanjang lapan hari itu ungkapan bosnya hanyalah....

"I love you Fia...."

"I love you Fia...."

"I love you Fia...."

"Kenapa I tak jumpa you dulu... hmmm..."

Shafia rasa ingin menjerit gembira. Namun Shafia tidak membalas ucapan cinta itu. Shafia ingin menanti saat yang sesuai.

"Shafia sayang... you tak cinta kan I ke?" bos Shafia mula meminta Shafia membalas cintanya.

"Apa balasan kalau Fia cakap Fia cintakan sayang?" Shafia terus memesrai bosnya.

"Fia nak apa... cakaplah..." mereka semakin hanyut dalam perasaan masing-masing.

"Boleh ke beri apa yang Fia minta nanti..." Shafia masih tidak mahu menyatakan hasratnya.

"Boleh... Fia minta je... abang pasti beri..." Di dalam otak bos Shafia membayangkan mungkin Shafia ingin kereta, tak pun rumah, tak pun barang kemas.

"Kawin dengan Fia..." spontan Shafia memberi jawapan.

Entah mengapa Shafia merasa begitu senang hati dan bahagia ketika bersama bos nya ini. Shafia rasa dia jatuh cinta untuk kali ke 3 setelah cinta cintanya yang dulu gagal. Sekarang Shafia tidak mahu lepaskan bosnya yang kaya dan tampan ini.

Terhenti sekejap aksi percintaan mereka. Bos Shafia menatap lama ke wajah Shafia.

"Tak nak kawin dah...." Shafia pura-pura merajuk, dan cuba menarik diri dari atas pangkuan lelaki itu.

"Ehh sayang... mana ada. Abang cuma terkejut.... tak sangka gadis secantik Fia hendak kawin dengan abang...." Bos Shafia berkata begitu untuk memujuk Shafia.

"Jahat tau..." Shafia pukul manja bahu bosnya. Dan mereka meneruskan aktiviti mereka.

Hari hampir ke lewat petang... matahari sudah remang-remang di kaki langit.

"Sayang... bila kita nak balik KL?" Shafia mula bertanya. Janji hanya seminggu mereka bercuti.

"Lusa lah kita balik... abang belum puas dengan sayang..."

Shafia terus merasa dia berada di awang-awangan.

"Balik nanti kita kawin ye abang..." mana mungkin Shafia lupa akan hal itu.

Bos Shafia sedikit kaget. Tapi dikawal dengan cepat.

"Hmmm...."

Matahari semakin jingga di kaki langit. Laungan Azan pun sudah mereka tidak dengar.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Jihan mengeluh kesal kerana tidak dapat hubungi suaminya. Dia menangis sedih kerana tidak dapat menunaikan permintaan Afiq.

Afiq mengigau memanggil ayah. Panas badan Afiq semakin membara hingga Afiq terkena sawan. Kini Afiq terlantar di hospital.

Jihan merasa sangat sunyi tanpa saudara mara. Bahu Jihan tersenguk senguk menahan sedu sedan. Teringat ayah dan ibunya serta saudara maranya.

Tiba-tiba Jihan teringat akan Safia...

Jihan terus mendail nombor Shafia. Ada nada deringan, tetapi seperti panggilan Jihan di reject. Jihan menelefon lagi, sudah tidak aktif.

Kenapa? Fia benci Jihan juga ke? Itulah keluhan Jihan.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

"Siapa call tu sayang?" Bos Shafia bertanya sambil menghampiri Shafia yang sedang bersandar di beranda hotel.

"Jihan..."

"Dia nak apa?"

"Entah... Fia tak jawab pun..."

Bos Shafia tersenyum senang. Mereka berpelukan melihat panorama malam.

Sambung.....

Hasrat Jihan(On Going)Where stories live. Discover now