Bab 14 Berlakun

598 60 8
                                    

[Jangan persulitkan dirimu dnegan membenci seseorang, kerana kebencian itu adalah beban dan akan merosak hatimu]

Sambung...

Pn Azima membawa Jihan ke sebuah klinik swasta. Bibik juga mengikuti.

"Bibik nanti tengok-tengokkan Jihan juga ye masa kerja kat hotel tu..." pinta Puan Azima.

"Baik puan..." balas bibik sambil menoleh ke kerusi belakang kereta itu dimana terdapat Puan Azima dan Jihan.

Jihan berdiam diri kerana dia masih keliru. Dia sedang berfikir apa yang berlaku pagi tadi. Mengapa semasa dia bangun tadi dia tidak sedar akan keadaan biliknya yang tidak mewah seperti sebelumnya.

Pemandu kereta itu terus memandu tanpa mengambil kisah tajuk perbualan majikannya. Akhirnya mereka sampai. Pn Azima mengajak acik masuk ke klinik.

Setelah beberapa minit menanti, Jihan masuk ke bilik rawatan apabila namanya dipanggil. Pn Azima juga ikut masuk. Jika tidak kisah. Mungkin kerana dia pekerja Pn Azima, maka mungkin wanita itu hendak tahu tahap kesihatannya. Begitulah anggapan Jihan.

Doktor memeriksa suhu dan tekanan darah Jihan. Tekak Jihan juga diperiksa.

"Demam cik agak tinggi. Saya akan beri ubat demam dan antibitik juga."

Selesai menulis ke dalam kad perawatan Jihan, doktor itu memandang ke wajah Jihan. Jihan membuka niqabnya tadi kerana doktor hendak memeriksa tekaknya.

"Dah lama ke parut kat muka ni?"

Jihan terdiam dan cuba mengira sudah berapa lama dia berparut begitu pada wajahnya.

"Dua bulan lepas doktor." Pn Azima yang menjawab kerana dilihat muka Jihan berkerut-kerut untuk mengingati. Puan Azima sangka Jihan lupa.

Doktor itu terangguk-angguk. Dia memakai glove dan memeriksa wajah Jihan.

"Tak nak buat pembedahan ke?"

"Dah buat dah. Tapi hasilnya macam ni..." Pn Azima lagi yang menjawab.

Doktor itu mengalih pandangan ke arah Pn Azima.

"Saya ada kenal dengan seorang pakar yang boleh merawat parut pada muka. Kalau puan nak rawat wajah cik Jihan, saya boleh aturkan."

"Tak pe doktor. Saya tak mampu. Pasti besar kosnya." Spontan Jihan menolak.

"Boleh lah doktor. Saya akan tanggung kos pembedahan itu." Pn Azima menyatakan kesanggupannya.

Jihan memandang ke arah Pn Azima. Sejak dari wad lagi dia tertanya-tanya mengapa perempuan ini baik sangat. Nanti dia akan persoalkan. Pasti ada sesuatu yang menyebabkan perempuan ini begitu baik kepadanya.

Doktor itu menghulur kad nama pakar pembedahan kulit kepada Pn Azima. Setelah itu Jihan dan Pn Azima keluar dari klinik itu. Jihan memperolehi cuti sakit selama 3 hari.

Jihan dan Puan Azima menapak ke arah kereta. Setelah mereka masuk, kereta itu meluncur ke jalanraya.

"Tiga hari ni rehat je kat bilik. Tak payah buat apa. Makanan nanti bibik akan tolong hantar ke bilik. Nanti saya beritahu chef supaya masak untuk Jihan. Tentang Arkan dan Ruby tu, nanti saya akan maklumkan kepada mereka."

Jihan memandang Pn Azima penuh hiba. Di saat dia tiada sesiapa, Tuhan hadirkan seorang wanita yang baik.

"Terima kasih puan. Tak terbalas budi puan pada saya."

"Sama-sama. Saya sebenarnya yang patut terima kasih pada Jihan. Jihan sebenarnya dah selamatkan nyawa anak saya semasa kemalangan tu. Kalau tak kerana Jihan, pasti anak saya dah tak ada."

Hasrat Jihan(On Going)Where stories live. Discover now