Bab 13 Tak Ingin Usai

568 66 39
                                    

['Berdiri, aku memutar waktu. Teringat, kamu yang dulu. Ada disampingku setiap hari. Jadi, sandaran ternyaman. Saat ku lemah. Saat ku lelah.... Tersedar, ku tinggal sendiri. Merenungi, semua yang tak mungkin. Bisa ku putarkan kembali seperti dulu - Hasrat Jihan?']

#dengarkan lagu Tak Ingin Usai dari Keisya Levronka

Sambung...

"Badan puan masih panas..." Bibik memberitahu Arkan.

"Saya tahu. Saya dapat rasakan. Bibik pergilah buat kerja bibik. Nanti dalam satu jam bibik datang semula sini." Arah Arkan. Dia dapat rasakan kepanasan badan Jihan yang berada di dalam pelukannya.

Bibik melangkah untuk keluar.

Ruby masih berdiri di tempatnya. Dia memandang kedekatan Arkan dan Jihan dengan penuh benci. Dia begitu berusaha mendekati Arkan, tapi akhirnya Jihan yang janda itu juga yang dipilih oleh Arkan. Ternyata keburukan wajah Jihan pada suatu ketika dulu tidak memesongkan jodoh Arkan dan Jihan.

"Kamu juga pergilah buat kerja kamu. Nanti saya akan datang sendiri ke bilik mesyuarat. Tak perlu jemput saya. Jika saya terlambat, maklumkan ahli mesyuarat supaya tunggu sebentar kerana keadaan isteri saya kurang sihat. Saya ingin menjaganya sekejap..." ujar Arkan kepada Ruby. Kemudian dia membimbing Jihan untuk berbaring semula ke katil.

Jihan yang sedang bingung, hanya mengikut sahaja.

Dengan rasa sakit hati, Ruby melangkah keluar. Dia masih tidak yakin Arkan menyayangi Jihan. Dia menyangka Arkan hanya berlakun selama ini hanya kerana untuk menjaga hati Puan Azima.

'Atau semua ini hanya lakunan Tuan Arkan...' fikir Ruby. Dia cuba menyedapkan hatinya.

"Betul ke saya isteri tuan?" Jihan bertanya lagi setelah perginya Ruby dari bilik itu.

"Sayang... sayang memang isteri abang."

"Kenapa saya rasa saya tidak pernah berkahwin dengan tuan?"

"Sayang ni.... jangan buat abang takut ok..." Arkan menggeleng kepala dengan wajah kesal. Dia terus mengeluarkan dompetnya. Kad nikahnya dengan Jihan dikeluarkan.

"Tengok ni. Ini gambar siapa?"

Jihan yang sedang berbaring mengambil kad itu. Direnung dengan lama.

"Dah.... jangan fikir banyak sangat. Sayang tiap kali demam tinggi akan jagi begini. Terlupa. Kemudian tertanya-tanya hal yang bukan-bukan. Tidurlah. Malam tadi sayang tak tidur langsung. Sayang asyik mengigau..." Arkan menarik selimut untuk menyelimuti tubuhnya dan tubuh Jihan.

"Saya mengigau?"

"Ya. Sayang asyik panggil Afiq je. Siapa Afiq tu?"

Jihan memandang Arkan. Dia berfikir kenapa Arkan tidak tahu siapa Afiq. Adakah dia tidak ceritakan pada Arkan sebelum ini. Jihan memejam mata kemudiannya. Cuba ingati apa yang terjadi. Tapi gagal.

"Dah lama ke kita nikah?"

Arkan picit kepala dengan soalan Jihan itu. Namun dia menjawab juga. "Hampir 6 bulan."

Jihan berfikir lagi. Dia hendak membuka mulut untuk bertanya tetapi Arkan lebih cepat menghentikan.

"Jangan bertanya lagi. Sayang rehatlah. Abang teman..." Arkan membetulkan baringannya dan memeluk Jihan.

Jihan terkebil-kebil di dada Arkan.

"Abang sayang Jihan. Hal yang lepas jangan Jihan ambil hati. Percayalah abang. Dalam hati abang hanya ada Jihan. Semua yang Jihan nampak bukan lah seperti yang Jihan sangkakan." Arkan berkata untuk menenangkan Jihan.

Hasrat Jihan(On Going)Where stories live. Discover now