Bab 8 Sekarang Tahun Berapa?

487 66 17
                                    

Dapatkah Jihan mencari kebenaran..

Bersambung....

Jihan menjerit apabila melihat wajahnya yang tertera di skrin telefon ayahnya.

"Jihan kenapa?" Arkan bertanya.

Jihan tidak tahu untuk berkata apa-apa. Dia memandang tiap-tiap orang yang berada di dalam bilik itu. Semua orang sepertinya tidak ambil kisah akan rupa parasnya.

Oleh itu Jihan mengurungkan niatnya untuk berterus terang. Sudahlah dia tidak kenal Arkan. Sekarang rupa parasnya pula menimbulkan tanda tanya di hatinya.

"Sekarang tahun berapa?" soal Jihan. Bukan ditujukan kepada Arkan, tapi kepada salah seorang jururawat yang ada.

"2022 puan..."

Jihan terdiam. Rupanya sudah setahun berlalu. Tetapi bagaimana Arkan menjadi suaminya. Dan mengapa pada jarinya masih ada kesan tanah kubur. Dan mengapa tadi doktor berkata dia koma tiga hari sahaja. Jika tahun ini 2022, bermakna dia koma setahun. Jihan merasa pening dan gelisah.

"Rehatlah... jangan banyak berfikir." saran Akran bila melihat air muka Jihan yang tidak tenang.

Jururawat membantu Jihan untuk berbaring semula.

"Kalau puan mahu ke bilik air, tekan bell ini. Kami akan bantu puan. Buat masa ini puan masih belum boleh bergerak banyak kerana puan alami patah pada kaki kiri..." terang jururawat itu.

Jihan merenung kakinya seketika.

"Jihan, ayah akan pulang ke kampung hari ini. Ayah harap Jihan sembuh dengan cepat."

Jihan ingin menghalang, tapi tatapan mata Arkan begitu tajam seolah membisukan Jihan. Ada apa dengan lelaki ini? Jihan kadang-kadang merasa seperti pernah melihat seseorang yang mempunyai iras wajah itu, tapi tidak ingat siapa dan di mana.

Ayah Jihan meminta diri untuk pulang.

Setelah itu, tinggalah Jihan ditemani oleh Arkan dan tiga orang pengawal Arkan. Siapa Arkan ini? Soal hati Jihan bila melihat pengawal begitu mengawal lelaki itu. Mereka tegap berdiri di tepi pintu masuk. Seolah mengawal seorang yang penting.

"Jihan dah boleh makan. Abang dah pesan kepada pekerja abang untuk membeli makanan kesukaan Jihan."

Jihan membisu. Dia masih tidak dapat menerima Arkan sebagai suaminya. Jihan tidak ingat bila dia menikah dengan Arkan.

Sejam berlalu, pintu bilik rawatan Jihan terkuat lagi.

Melopong mulut Jihan melihat manusia yang masuk itu. Jantung Jihan berpacu laju. Peluh Jihan merenek. Jihan semakin keliru.

"Tuan Arkansyah.. ini makanan yang tuan pesan tadi...." manusia yang muncul itu bersuara sambil menghampiri Arkan dengan senyuman manis.

"Terima kasih Fia..." ujar Arkan, juga dengan senyuman manis.

Safia. Hati Jihan menjerit. Perempuan itu telah menghancurkan rumahtangganya. Membawa suaminya pergi hingga anaknya meninggal kerana kerinduan.

Jihan ingin bangun dari katil dan menyerang Safia.

Tapi...

"Puan Jihan... saya doakan puan segera sembuh." ucap Safia dengan senyuman manis.

Apakah Safia juga hilang ingatan. Mengapa Safia memanggilnya Puan Jihan. Mana Anas? Itulah yang Jihan ingin bertanya. Tetapi pandangan tajam oleh Arkan terus membisukannya. Apa yang sedang berlaku.

"Abang tahu, Jihan tidak kenal dia kan. Dia perkerja baru di syarikat kita. Baru enam bulan."

Jihan merenung Safia. Sekarang Jihan keliru. Siapa yang amnesia. Dia atau Safia.

Hasrat Jihan(On Going)Where stories live. Discover now