prolog

46 13 7
                                    


Kini, Rumah Haniyah.

Sehelai demi sehelai halaman majalah sekolah aku belek. Sehingga halaman yang memaparkan gambar pelajar Tingkatan 4 aku perlahankan rentak tanganku. Aku berhenti membelek apabila tiba di halaman yang memaparkan gambar barisan pelajar di dalam kelas 4-1. Aku tersenyum apabila melihat beberapa figura yang aku kenal di dalam gambar tersebut. Aku yang turut berada di dalam gambar itu, aku hiraukan. Sehinggalah mata aku tertancap pada figura sang jejaka yang tersenyum berdiri di barisan belakang pelajar perempuan. Seketika aku berhenti untuk meneliti gambar.

"You look happy, Irfan."

Aku tersenyum. Ikhlas. Aku membelek halaman sebelah yang memaparkan biodata setiap pelajar di dalam kelas tersebut. Aku mencari gambar pelajar yang mempunyai nama Irfan Kazim dan berhenti untuk membaca biodata yang ditulis di situ.

(gambar pelajar)

Nama pelajar: Irfan bin Kazim

Nombor pelajar: 138187

Motto: Berjaya dunia dan akhirat.

Sekali lagi aku tersenyum. Aku menyambung meneliti gambar-gambar lain yang berada di dalam majalah tersebut sehingga ke penghujung halaman. Kemudian, aku memasukkan majalah itu ke dalam kotak yang menempatkan pelbagai majalah yang berbeza-beza. Aku tutup kotak tersebut dan menampal pelekat di atas kotak itu supaya ia tidak terbuka.

"Awak dah siap kemas barang?"

Aku memandang figura yang sedang menyandar di pintu bilik ini. Aku tersenyum lalu mengangguk. Aku menyusun kotak-kotak yang berada di situ lalu mengangkatnya. Tangan aku cukup-cukup untuk mengangkat kesemua kotak-kotak yang berada di situ membuatkan tangan aku tidak kosong sekarang ini. Setibanya aku berhampiran figura tersebut, dia tersenyum lalu menghadiahkan satu kucupan di pipi kananku. Aku terkejut namun aku menyukai kejutan tersebut.

"Jom?"

Dia mengambil beberapa kotak dari tanganku untuk meringankan beban yang aku pikul lalu mula bergerak keluar. Aku tersenyum dan mula mengikut jejak langkahnya. Tangan kananku yang kosong dari memegang apa-apa barang memeluk lengan kirinya dan mendekatkan badanku di bahunya lalu kami keluar dari situ.

I LOVE YOU.Where stories live. Discover now