2017
Enam minggu.
Ya, enam minggu aku tidak mendengar khabar berita tentang Irfan. Selama dua minggu juga dia tidak hadir ke sekolah untuk sesi persekolahan tahun ini. Rumahnya juga kosong seminggu selepas sesi persekolahan bagi tahun 2016 tamat. Penerangan guru kelas aku mengatakan yang Irfan telah meminta kebenaran untuk tidak hadir ke sekolah atas sebab yang tidak boleh diberitahu. Irfan juga merupakan rakan sekelas aku untuk Tingkatan Lima.
Aku gelisah. Bila ditanya ibuku tentang keluarga Irfan, dia pun tidak tahu. Ibuku hanya mendengar desas desus yang mengatakan keluarga Irfan ada hal kecemasan tentang keluarganya. Aku cuba untuk menghubungi Irfan dan sudah banyak mesej yang aku hantar kepadanya namun semuanya hanya dibaca sahaja tanpa balasan. Pelik juga dengan tingkah laku Irfan ini yang biasanya laju sahaja dia membalas segala mesej aku.
Pap!
Lamunanku terhadap Irfan terhenti apabila terasa pahaku ditepuk lembut. Aku memandang muka Muneera dengan pandangan hairan.
"Cikgu panggil nama kau la," bisik Muneera lantas membuatkan mataku teroleh ke depan. Pandangan rakan sekelasku kaku memandangku. Guruku pula tajam merenungku.
"Kamu termenung apa, Haniyah?!" keras nada guru Matematik Tambahanku, Cikgu Lim. Lantas aku mulai berdiri tegak. Suasana kelas sunyi seperti di tapak perkuburan. Kenapala aku buat hal di dalam kelas Cikgu Lim yang garang macam singa ni?
Haih!
"Ha! Termenung lagi!" sergah Cikgu Lim lagi.
"Maaf cikgu. Kenapa ya?" Jujur aku tak fokus tadi.
"Jawab soalan nombor lima ni!" jari telunjuk Cikgu Lim terarah pada papan putih di hadapan kelas itu. Papan putih itu penuh dengan nombor-nombor dan simbol-simbol matematik yang memeningkan.
"Err.." jariku bermain-main dengan hujung kertas buku nota matematikku. Peluh mulai terasa dari anak tudungku.
Aduii!! Aku tak faham!!!
Selangkah demi selangkah Cikgu Lim mula menghampiriku. Semua pelajar dalam kelas aku menayangkan riak kesian terhadapku dan tiada seorang pun mampu membuat bunyi sekarang ni. Muneera pula hanya diam menunduk melihat buku nota matematiknya. Jantungku berdegup kencang.
Anyone help!!!
Tok! Tok! Tok!
Bunyi yang terhasil dari arah pintu hadapan kelas membawa semua mata terarah ke sana. Entah kenapa jantungku terasa lega. Seorang guru perempuan mula menyapa Cikgu Lim dan mengatakan sesuatu kepadanya yang membuatkan beliau mengangguk. Cikgu Lim mula memanggil ketua kelas untuk mengikut guru yang menyelamatkan aku tadi keluar dari kelas.
1, 2, 3!
Kringgg!!!
Loceng tamat sesi kelas mula berkumandang. Cikgu Lim yang amat mementingkan penjagaan masa mula mengemas barangannya dan meminta diri untuk keluar.
Baru sahaja aku hendak mengurut dadaku lega. Cikgu Lim masuk kembali ke dalam kelas.
"Haniyah, jangan lupa untuk selesaikan soalan nombor lima itu ya?! Esok sebelum kelas bermula jumpa saya! Saya pergi dulu." arah Cikgu Lim lalu meninggalkan kelas.
Aku mengeluh panjang lalu duduk. Soalan di papan putih aku catat. Kelas yang pada awalnya sunyi sepi mula menghasilkan bunyinya. Muneera memandangku dengan riak gelisah.
"Sorry weh, aku nak bantu pun aku tak faham jugak soalan tu." nada risau jelas kedengaran dari bibir Muneera.
"Takpe Muneera. Aku pun bengap juga pergi termenung dalam kelas cikgu singa tu, huhu.." pujukku. Dah tahu cikgu tu garang lepastu diajarnya subjek susah namati tu, aku berani pula buat hal!
YOU ARE READING
I LOVE YOU.
Random[Karya pertama] [ON GOING] Cinta. Menurut definisi 1 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ia merujuk sebagai perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain lagi). Walaubagaimanapun, masyarakat sering kali meman...