empat belas

14 3 0
                                    


Aku berdiri dengan gigihnya sambil mengangkat sebuah kotak besar yang sarat dengan barang-barangan. Kotak ini harus dibawa ke bilik MPP dengan segera. Aku tinggal seorang diri di sini memandangkan ahli MPP yang lain telah pergi membawa kotak-kotak terdahulu ke bilik tersebut. Berat juga kotak ni!

Matahari yang terik memancar pada pukul 11 pagi itu merancakkan lagi penghasilan peluh pada badan aku. Aku ingin sekali mengesat peluh yang mengalir di dahi ini namun tangan yang sarat dengan barangan ini menyukarkan aku. Pantas aku berjalan di koridor itu menuju ke tempat tersebut.

Alahai, masalah lain pula timbul!

Aku harus melalui tangga untuk pergi ke blok sebelah yang menempatkan bilik MPP. Dengan kotak yang berat dan ketinggian aku ini menyukarkan aku melihat anak tangga.

Takpe, Haniyah. Guna mata hati!

Dengan berhati-hatinya aku menuruni tangga tersebut. Masalahnya aras yang aku duduki sekarang ini ialah aras 4. Bilik MPP pula di aras bawah blok sebelah. Terasa jauh pula perjalanan ini. Huhu..

Sampai sahaja di tangga aras 3, terasa kotak yang aku pegang ini terapung di udara. Pantas aku mengalihkan wajahku dan melihat gerangan yang sewenang-wenangnya mengangkat kotakku ini. Nak tolong bagitahu la! Kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan. Eh?

Jejaka dengan rambut lurus yang beralun ditiup angin itu aku pandang dengan mata terbuntang. Seminggu lamanya tak berjumpa si dia selepas kes haritu. Sisa-sisa amarah masih ada di dalam hatiku. Siapa lagi kalau bukan...

"Irfan?!"

Matanya memandang aku sekilas dan kemudian menuruni tangga bersama kotakku itu. Dia tidak mengendahkan aku yang berjalan di belakangnya ini. Laju sahaja Irfan menuruni tangga seperti kotak itu ringan pula.

"Irfan, kau buat apa ni? Bak sini kotak tu!" Aku cuba mengambil kotak itu namun dialihnya dengan laju oleh Irfan. Aku mendengus.

"Dah tolong ni, bising pulak." Selamba Irfan menjawab. Aku hanya mampu terdiam di situ sambil memandang Irfan yang mula berjalan melepasi aku. Perlahan-lahan aku menurutinya.

Irfan meletakkan kotak tersebut di satu sudut yang menempatkan kotak-kotak yang lain. Bilik MPP sekarang ini kosong. Mungkin ahli-ahlinya telah kembali ke kelas masing-masing. Aku tutup pintu bilik dengan kemas dan keluar dengan Irfan.

"Terima kasih," Perlahan sahaja nada yang aku tuturkan terhadap Irfan.

"Kasih diterima." Tanpa memandangku dia menjawab. Aku pula yang tergamam di situ. Pantas aku menggeleng kepala dan mula menyamakan kedudukan kami.

Kekok mula terasa dengan keadaan kami sebegini. Entah kenapa hilang segala topik yang ingin dibualkan. Perjalanan menuju ke kelas pun terasa jauh sangat.

"Haniyah." Panggil Irfan mematikan suasana yang hening itu. Namun, matanya tak beralih dari memandang ke hadapan.

"Hrmm.." Aku memandangnya sekilas. Melihat kepada arah matanya terus sahaja aku mengalihkan pandanganku ke hadapan.

"Aku nak minta maaf pasal kejadian minggu lepas. Aku tahu kau terasa." Ujarnya mendatar. Walaupun begitu aku dapat rasa keikhlasannya.

"Sejujurnya memang aku terasa. Tapi aku tahu, kau bukannya cakap pada aku. Faiz yang patut kau minta maaf." Kami mula membelok ke kiri menuju ke blok Tingkatan 5.

"Ya, aku tahu. Aku dah minta maaf kat dia haritu dan dia pun dah maafkan aku. Cuma, aku takut kau tak maafkan aku sebab kau macam abaikan aku aje." Dia memandang aku sekilas. Aku dapat tangkap riak mukanya yang nampak sedih itu. Dia pantas mengalihkan wajahnya apabila perasan yang aku turut memandangnya.

Suasana hening seketika sebelum Irfan menyambung. "Jadi, kau maafkan aku?" Aku sekadar mengangguk.

Pintu kelas Tingkatan 5-1 mula kelihatan pada pandangan kami. Kami berpisah ke tempat duduk masing-masing apabila memasuki kelas tersebut.

💜

"Absyar!"

Aku melaungkan nama Absyar yang baru sahaja melepasi pintu pagar sekolah. Dia memalingkan wajahnya. Aku berlari-lari anak mengejarnya.

Termengah-mengah aku di situ. Rasa nak tercabut jantung ini. Tak terkeluar ayat yang mahu aku ucapkan kepadanya dek nafas yang tidak teratur.

"Oi, kenapa ni?"

Aku memandang wajahnya yang keliru itu. Jelas kelihatan kerutan di dahinya. "Aku nak ke klinik ibu kau, boleh?"

"Boleh, pergi jelah." Dia berura-ura ingin berlalu.

"Kau bawakanlah. Aku mana tahu jalan ke sana."

"Oh, yalah. Kau pengsan haritu. Hehe.." Absyar menggosok belakang kepalanya dengan telapak tangan.

Kami mula menyamakan kedudukan dan mula bergerak dari situ. Oleh kerana bas sampai awal maka kami menyambung perbualan di dalam bas.

"Absyar, aku nak tanya. Abang Arsyad tu selalu ke situ ke?"

Absyar memandang aku pelik. "Ha'ah. Tapi, bukan kau rapat ke dengan dia? Takkan tak tahu."

"Tak pernah pula dia borak pasal klinik mak kau. Tapi kenapa dia selalu ke sana?"

"Itu kan klinik mak kitorang. Jumpa mak la kut." Absyar melarikan anak matanya dari memandangku.

"Bukan mak kau dah tak kerja situ ke? Lagi satu kenapa tak jumpa kat rumah je?"

Absyar terdiam sebentar. Aku cuba mencari anak matanya itu namun dilarikan olehnya.

"Err..."

"Eh, dah sampai! Sorry, Haniyah. Aku sakit perut la. Kena balik rumah. Lain kali aku bawa kau ke klinik. Bye!" Absyar pantas menuruni bas dan meninggalkan aku di situ.

"Ermm.. bye." Bisik aku perlahan.

💜

a/n: huhu.. kat sini stuck lama sangat sbb rasa macam pendek aje.

Anyway, thanks for reading.
#vote and #comment if you are interested.
11/09/2022-Sun

I LOVE YOU.Where stories live. Discover now