2012.
Aku menyapu sekitar luar rumah baharuku yang sudah seminggu kami duduki. Malam itu, kami sampai di rumah ibu yang disewakan selepas berkahwin dengan ayah. Ibu membeli rumah ini semasa dia menjadi jururawat di sini. Rumah ini kecil sahaja, cukup-cukup untuk kami berdua. Rumah lama kami berada di negeri yang sama namun berlainan daerah. Ini kerana dahulu, ibu tak pernah ditempatkan di tempat kerja negeri lain. Baguslah, keputusan mendadak ini menyukarkan ibu untuk memohon pertukaran tempat kerja. Aku sahaja yang dipindahkan ke sekolah baharu. Lebih jimat memandangkan kejadian tersebut berlaku seminggu sebelum cuti pertengahan tahun. Lusa sekolah akan dibuka. Hal sekolah telah dibereskan ibu dengan dibantu oleh kawannya. Itu apa yang aku dengar.
Berkenaan dengan ayah, tipulah aku tak pernah membangkitkan soal tersebut. Namun, setiap kali nama ayah disebut, tubuh ibu akan bergetar dan dia akan terus masuk ke biliknya. Ibu berkurung agak lama apabila perkara tersebut berlaku. Seharian dia di dalam walaupun kami tidak menjamah apa-apa makanan. Sebagai kanak-kanak, aku kerap juga mengamuk inginkan makanan namun ibu tetap tidak menghiraukanku sehingga aku menjadi penat. Kubur ayah juga belum sempat kami jenguk. Aku hanya mampu mengeluh.
Ibu tiada ketika ini kerana sedang menjalani sesi terapi di pusat rawatan Islam. Aku bosan pada waktu cuti sebegini. Jadi, aku bercadang untuk bersiar-siar di sekitar kawasan rumah pangsa.
Tanpa aku sedar, aku tiba di taman bawah rumah pangsa ini. Keriuhan kanak-kanak bermain dengan peralatan permainan di sini membangkitkan aura keterujaan di dalam diri aku. Buaian menjadi perkara pertama yang menarik perhatian aku. Satu tempat duduk buaian itu kosong lantas aku berlari mendapatkannya. Di sebelah aku pula ada seorang budak lelaki mengayunkan buaiannya sendirian. Tanpa menghiraukannya, aku duduk di atas buaian itu dan mula mengayunkannya.
"Laju lagi, ayah!" Seronok sangat aku bila berada di awang-awangan ini. Terasa diri bebas seperti burung.
"Tinggi sangat bahaya, Haniyah. Nanti jatuh macam mana?" Ayah mula menegur. Namun begitu tetap ayunannya tidak dihentikan walaupun perlahan sahaja. Aku hanya bergelak riang di situ. Aku pandang wajah ayah di belakangku yang tersenyum manis memandangku.
Air mata mula mengalir di pipiku. Sungguh aku rindukan senyuman itu. Senyuman yang takkan lagi aku lihat. Ayunan buaianku yang perlahan sahaja itu aku lepas. Mataku mula memandang tanah ditemani esakan tangisanku yang perlahan.
Tiba-tiba satu huluran tangan kecil yang memegang sepaket kecil tisu dihulurkan ke bawah mukaku. Aku memandang pemilik huluran tangan yang memakai t-shirt lengan pendek berwarna oren serta seluar panjang berwarna kelabu itu. Rupa-rupanya budak yang dari tadi duduk di buaian sebelah aku. Matanya tak lepas dari memandang mukaku yang basah dengan air mata.
"Ambillah tisu tu. Menangis puas-puas kat situ. Itu je yang aku mampu bagi." Tisu di genggamannya diletakkan di atas ribaku yang berlapik dengan kain pleated labuh berwarna merah jambu. Dia bangkit dari duduknya dan ingin berlalu pergi.
Aku menyeka air mataku kasar. "Tunggu!" Aku turut bangun dan mula menegah dirinya dari berlalu pergi. Dia berhenti lalu memandangku.
"Nama kau siapa?" Aku terus bertanya.
"Irfan." Balasnya lalu berlalu dari situ.
💜
Suasana di dalam bilik darjah 6 kelas 3 itu meriah dengan kebisingan kanak-kanak ribena berumur 12 tahun itu. Walau sesibuk mana pun mereka dengan peperiksaan besar sekolah rendah iaitu UPSR(Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), jiwa kanak-kanak masih melekat di sanubari. Bingit sangat kelas itu ditambah pula dengan guru yang tidak muncul lagi walaupun sudah berlalu 15 minit dari waktu rehat.
YOU ARE READING
I LOVE YOU.
Random[Karya pertama] [ON GOING] Cinta. Menurut definisi 1 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ia merujuk sebagai perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain lagi). Walaubagaimanapun, masyarakat sering kali meman...