Aku bersiar-siar di sekeliling taman permainan di bawah rumah pangsaku. Bosan berada di dalam rumah seharian, aku mengikut sahaja gerak langkahku keluar. Tak sangka kakiku berhenti di taman ini. Tempat pertemuan kali pertama aku dengan Irfan lima tahun yang lalu.Petang yang mendamaikan ini menghadirkan ramai pengunjung ke sini. Ada yang berjoging, bermain dengan alatan permainan di sini dan ada juga yang sekadar mengambil angin sahaja seperti aku.
Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Riuh kedengaran bunyi pengunjung di sini. Terpancar jelas keceriaan di wajah kebanyakan dari mereka. Pelbagai peringkat umur dan jenis manusia bermesraan tanpa mengukur identiti diri. Tak sangka komuniti di sini masih mampu beramah mesra sebegitu.
Seorang budak perempuan yang sedang bermain dengan buaian di situ aku pandang. Di sebelahnya pula ada seorang budak lelaki. Nampak sebaya. Terbayang akan diri aku dengan Irfan suatu waktu dulu. Bibirku menggariskan senyuman. Yang membezakan aku dengan budak perempuan itu adalah dia tampak ceria sekali bermain dengan buaian tersebut. Tampak seperti tiada duka menghimpit dirinya.
Aku duduk di sebuah bangku kosong yang berada berdekatan dengan tempat buaian tersebut. Dari sini jelas pemandangan keseluruhan taman permainan ini. Disebelahku ada seorang nenek tua bertongkat. Mungkin menemani cucunya bermain di sini. Perasan akan aku yang memerhatikannya, dia memalingkan wajahnya lalu menguntumkan senyumannya kepadaku. Aku membalas senyuman manisnya itu.
"Tak main ke, cu?" sapanya tiba-tiba. Suaranya kedengaran bergetar menunjukkan sisi tuanya. Namun, senyuman tak lepas dari bibirnya.
"Takpelah, nek. Saya nak tengok-tengok aje." Aku membalas pertanyaanya. Gelaran nenek aku berikan bagi merapatkan jurang antara kami.
"Nenek datang dengan siapa? Cucu ke?" Tanyaku pula.
"Ha'ah. Dia tengah main dengan adik sepupu dia tu." Matanya merenung ke hadapan melihat sekumpulan kanak-kanak di situ. Ceria sahaja wajah masing-masing. Aku tak dapat mengecam mana satu cucunya itu.
"Yang mana satu cucu nenek tu?"
"Budak lelaki yang pakai baju hijau dengan kuning pegang tangan tu." Jarinya diangkat menunjuk ke arah sekumpulan kanak-kanak tadi. Aku cuma perasan seorang kanak-kanak lelaki berbaju kuning memegang tangan seorang lelaki tinggi lampai yang tak nampak seperti seorang budak. Mereka membelakangi pandanganku. Jadi, mata aku diliarkan sekali lagi.
"Erm.., mana?"
"Takpelah, diorang dah datang ni." Mukaku dipalingkan menghadap nenek tadi. Figura seorang lelaki memakai t-shirt lengan panjang berwarna hijau tua berbelang hitam serta sweatpants berwarna hitam berdiri di hadapannya. Budak lelaki yang memakai baju t-shirt lengan pendek berwarna kuning serta seluar berwarna coklat pula di sebelahnya. Mukaku dinaikkan ke atas memandang wajah jejaka tersebut. Matahari memancar terus ke wajahnya menjelaskan lagi wajahnya.
"Irfan?" Nama itu aku panggil.
"Oh, kamu kenal ya? Inilah cucu nenek."
"Ha'ah. Kami satu sekolah, nenek." Irfan menjawab pertanyaan neneknya yang jelas ditujukan kepadaku. Aku hanya mampu mengangguk bersetuju.
"Kau bu---"
"Jomlah balik, nek! Dah lewat ni" Irfan memintas ucapanku. Seperti tidak mahu aku berkata apa-apa. Budak lelaki di sebelahnya pula terkebil-kebil memandang kami. Mungkin dia ada dengar aku ingin mengatakan sesuatu.
Nenek Irfan mula berdiri sambil dibantu oleh Irfan. "Cu, nenek balik dulu, ya?" Senyuman digariskan kepadaku. Aku mengangguk sambil tersenyum. Aku berdiri untuk menyambutnya pulang. Tanganku diangkat untuk melambai. Aku perasan akan Irfan yang lansung tidak memandang wajahku. Tidak senangkah dia bila aku berbual dengan neneknya tadi?
💜
Bunyi pintu rumah dikuak dari luar menyedarkan aku yang sedang menonton televisyen. Ibu yang memakai jubah berwarna hitam bersulam bunga kecil warna ungu mematikan pandangan mataku ke arahnya.
"Ibu dari mana ni?" Soalan terpancul daripada bibirku tanpa memberi salam.
"Assalamualaikum," balas ibu tanpa menjawab soalan yang aku berikan.
Aku menggosok belakang leherku menunjuk segan. "Eh, waalaikumussalam," jawabku sambil tersengih.
Ibu menyusun kasutnya di rak kasut dan juga menyangkutkan kunci kereta di penyangkut yang terletak pada dinding.
"Kenapa tak tidur lagi?" Ibu mengerling jam di dinding. "Dah pukul 11 lebih ni,"
"Tunggu ibu la. Ibu ke mana? Dengan jubah hitam lagi."
"Ibu keluar tadi ada hal." Mata ibu cuba dilarikan dari anak mataku yang merenung ibu.
"Yelah, kat mana?"
Ibu mengeluh seketika. "Kat sini je. Kamu tak payah risau la. Pergi masuk tidur!" Ibu terus masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu dari dalam.
Aku terkesima. Jelas kelihatan yang ibu tidak selesa dengan pertanyaan aku tadi. Selalunya ibu akan beritahu ke mana sahaja dia pergi supaya aku tidak risau akannya. Kali ini, tidak pula diberitahu dan disebabkan itu aku tidak dapat tidur.
💜
012-xxxxxx:
Assalamualaikum, Haniyah.
Ni Absyar.
Aku free esok.
Nanti kau tunggu kat Taman Tasik Pelangi.You:
Waalaikumussalam.
Okey.Mesej dari Absyar itu aku baca. Lantas, nombor telefonnya aku simpan. 'Absyar STK' menjadi pilihan sebagai nama dalam contact aku. Akhirnya dapat juga aku ke klinik Mak Cik Amnah esok.
💜
Thanks for reading.
#vote and #comment if you are interested.
17/09/2022-Sat
YOU ARE READING
I LOVE YOU.
Random[Karya pertama] [ON GOING] Cinta. Menurut definisi 1 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ia merujuk sebagai perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain lagi). Walaubagaimanapun, masyarakat sering kali meman...