tujuh

13 4 0
                                    


Dari jauh aku terpandang Irfan yang sedang berjogging di Taman Tasik Pelangi, taman berdekatan dengan rumah kami. Aku melihat pakaian yang dipakainya, jersi dan seluar trek. Nampaknya dia tidak perasan akan kehadiranku. Mungkin tidak jelas penglihatannya dari jauh memandangkan dia tidak memakai kaca mata sekarang ini. Nak memanggilnya, kami berjarak selang satu jalan raya. Aku kini sedang berdiri di pondok menunggu bas dengan berpakaian sekolah. Kalau betul itu Irfan yang aku nampak, kenapa dia tidak memakai uniform sekolah?

"Irfan tak nak pergi sekolah ke?"

Satu soalan menjengah telingaku. Aku terpandang si dia yang menunduk sedikit menyamakan ketinggian kami. Figura seseorang yang sedang melurut rambutnya ke belakang itu mula berdiri tegak apabila aku memalingkan wajahku. Serentak dengan itu dia terus mengecilkan mata memandang Irfan dari jauh.

"Eh, kau tinggal kat kawasan perumahan sini ke? Haritu bukan kau turun tempat lain ke?" Tanpa menghiraukan soalannya tadi, bertubi-tubi soalan aku berikan kepadanya. Terdengar tawanya terlepas.

"Kau ni Haniyah, satu-satulah soalan pun," Absyar mula memandangku dengan tersengih. "Soalan aku pun kau tak balas." Dia menyambung.

"Oh, err.. Irfan tak bagitahu apa-apa pun." Jawab aku.

"Oh, ok."

Suasana hening seketika.

"Erm...menjawab soalan kau tadi, aku tak tinggal kat kawasan perumahan ni. Cuma tadi aku ke kedai kat sini sebab itulah aku kat sini." Balasannya membuatkan aku mengangguk. Serentak kami memandang ke taman tasik tadi. Nampaknya kelibat Irfan sudah tiada di situ. Mungkin bersiap untuk ke sekolah. Takkan tak datang kut? Penat aku ajar dia siapkan kerja sekolah semalam.

Bas pun tiba dan aku pun mula memasuki perut bas. Kali ini aku dapat duduk di atas kerusi disebabkan baru awal pagi. Penumpang pun tak ramai. Aku tersenyum memandang Absyar yang duduk di bahagian belakang. Bas pun berlalu apabila semua penumpang sudah masuk.

💜

Aku menghirup saki baki kuah mihun sup di kantin itu. Muneera masih lagi menyeksa diri untuk menghabiskan nasi goreng paprik yang kuantitinya sungguh banyak untuk ditelan.

Sudah masuk waktu rehat, kelibat Irfan lansung aku tak nampak di sekolah. Bila ditanya pustakawan yang bertugas katanya tak kelihatan Irfan di perpustakaan harini. Paling mengejutkan, aku dapat tahu Irfan sudah tarik diri dari menjadi pustakawan sekolah. Bukan si ulat buku macam dia suka ke kerja-kerja macam ni? Awal-awal dulu beria dia kata nak jadi pustakawan sekolah walaupun ramai orang mencalonkan dia untuk sertai Majlis Perwakilan Pelajar. Kau dah kenapa Irfan?

Selesai sahaja aku meletakkan mangkuk mihun sup tadi ke dalam basin dan mencuci tangan, aku terdengar seseorang memanggilku dari tempat makan bahagian lelaki. Siapa lagi kalau bukan Absyar. Sejak akhir-akhir ini selalu sahaja aku terserempak dengannya. Dia ini pun menghairankan aku juga. Bila Irfan menjauh, dia mendekat.

Muneera aku tinggalkan di kantin seorang diri. Kalau tunggu dia habis makan, alamatnya habis waktu rehat ini. Katanya makanan harus dinikmati sebiji-biji, seketul-ketul atau sebutir-butir. Iyalah tu. Aku mula bergerak ke arah Absyar.

"Kenapa panggil aku?" Soal aku apabila aku mula mengesahkan tiada pelajar yang berada dekat dengan kami dan boleh mendengar perbualan kami.

"Aku nak tanya, Irfan ada cerita tak pasal aku kat kau?" Irfan bertanya perlahan. Nampak air mukanya yang risau itu. Aku terpinga-pinga. Bukan mereka ni dah macam belangkas ke sebelum ini? Selalu ada di antara satu sama lain. Aku pula yang jealous. Tiba-tiba pula bertanya tentang hal kau orang dekat aku.

"Cerita apa?" Aku mengerutkan mukaku.

"Oh, tiada eh?" Dia tersenyum sumbing. Hairan aku dengan dua orang jejaka ini. Dua-dua misteri.

"Kalau macam tu, takpelah. Aku gerak dulu," ujarnya lagi lalu berlalu pergi meninggalkan aku yang mengeras di situ. Eh?

Tiba-tiba ternampak dia tersadung lalu tersungkur menghempap tanah. Tanah berpasir pulak tu. Kut-kut ada najis kucing ke apa?

"Oi, kau tak apa-apa ke?" Aku berlari mendekatinya. Namun tak dibantu dirinya untuk bangun walaupun dia sudah kelihatan seperti nangka busuk. Belum halal la!

Dia mengebas-ngebas badannya dari sisa tanah itu. Mukanya tampak merah. Dia tersengih malu. "Aku okay, jangan risau." Katanya sambil mencantumkan jari telunjuk dan ibu jari membentuk 'O' manakala jari-jari yang lain diangkat.

Aku mengangguk risau. Dengan kakinya yang terhincut-hincut dia mula berlalu pergi. Aku mula menghamburkan ketawa yang ditahan-tahan dari tadi. Mujurlah, tiada orang sangat di sini.

💜

Langit yang hitam pekat dihiasi dengan bintang-bintang berkerlipan aku tenung puas. Bulan pula masih kekal kecantikannya. Angin malam itu juga beralun dengan lembut menghasilkan suasana yang dingin.

Aku mengemaskan cardigan kuning yang aku pakai di badanku. Dah lama tak bersantai di balkoni disebabkan aku yang sudah mula sibuk dengan peperiksaan penting bagi pelajar-pelajar di Malaysia iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Kalau gagal itu susah nak dapatkan pekerjaan kat Malaysia ini. Lima tahun kut masa yang diambil di sekolah menengah untuk mendapatkan sijil ini. Rugi sahaja kalau gagal.

Telefon aku di atas meja kecil mula bergetar menandakan ada panggilan masuk. Aku selalu mute telefonku sebab itu jarang berbunyi. Aku melihat nama pemanggil lalu mengangkat panggilan tersebut. Salam dibalas.

"Psst.. buat apa tu? Tengah tengok bulan ke, awek?" Dia buat-buat berbisik. Kalau tengah bergurau tu, nampak macam tengah gembira. Macam mana tahu? Kat sana bukan siang lagi ke?

"Ha'ah. Tengok bulan. Macam mana tahu?"

"I'm already here, Haniyah!!!" Kedengaran nada teruja dari corong telefon. Aku melebarkan senyumanku. Aku juga turut teruja.

"Wah, bila lagi sampai kat Malaysia? Haritu tak bagitahu pun.." rajuk aku.

"Tak tanya macam mana nak bagitahu. Haha.." usiknya sambil melepaskan tawa. Aku menayangkan muka cemberut walaupun aku tahu si pemanggil tak dapat melihatnya.

"Ha! Tak payah nak buat muka baru lepas makan lemon la! Tak cantik tahu!" Dia sakan mengusikku. Kemudian, aku terdengar suaranya ketawa girang jelas di telingaku. Suka la tu dapat usik aku. Huh!

"Haniyah! Buat apa malam-malam kat balkoni itu?" Suara ibu mengejutkan aku. Aku terdengar derapan tapak kaki ibu mendekati balkoni ini. Aku gelisah.

"Alamak, ibu panggil la! Haniyah pergi dulu!"

"Haniy--" Tidak sempat si pemanggil menyambung ucapannya, panggilan tersebut lantas aku putuskan.

Ibu mula memasuki ruangan balkoni dan memandangku hairan. "Haniyah borak dengan siapa tadi? Seronok aje bunyinya," ibu mula menyoal.

"Oh, err... dengan Muneera tadi ibu." Aku cuba melarikan anak mataku dari ditenung ibu.

"Ish, macam tak boleh tunggu kat sekolah esok!"

"Kat sekolah tak best, ramai orang."

Aku nampak ibu mula menggerak-gerakkan bibirnya ingin mengatakan sesuatu lantas aku potong. " Ermm.. dah makin sejuk ni ibu, jomlah kita masuk ke dalam!" Tangan ibu aku tarik masuk ke dalam. Telefon aku pula cepat-cepat aku masukkan ke dalam poket cardigan.

💜

a/n: thanks for reading.

#vote and #comment if you are interested. peace.

17/08/2022-Wed

I LOVE YOU.Where stories live. Discover now