enam

21 5 1
                                    


"Aik, apesal salah jawapan aku ni?!"

Aku melihat buku latihan Fiziknya. Lantas aku mengetuk pen aku di kekura tangan Irfan.

"Ish, anak panah Force bukan kat sini tapi sini!" Jari telunjukku menekan-nekan gambar di dalam buku itu.

"Baik, Cikgu Haniyah!" Ejeknya sambil memadam jawapan yang ditulis lalu mengganti dengan jawapan yang baru. Gigih dia mengira segala formula.

Akhirnya aku bersetuju juga untuk mengajarnya. Dia pula sudah tidak tinggal di asrama. Bila ditanya katanya tiada sebab. Pelik juga aku dengan jawapan itu lebih-lebih lagi apabila melihat air mukanya.

Kami memilih untuk belajar di taman berdekatan dengan rumah kami. Cuaca pula elok harini. Ramai juga pengunjung di taman sedang melakukan aktiviti masing-masing. Aku menghirup udara yang segar ini sambil menutup mata menikmati.

Aku membuka mata perlahan dan terpampang muka Irfan yang sedang memandang aku tak berkedip. Perasan akan aku yang melihatnya, pantas dia melarikan wajahnya. Dia berdehem.

"Ha! Termenung lagi!" Sergah dia memeranjatkan aku. Dia mula menyusun buku dan alat tulisnya ke dalam beg lalu berkata, "Aku dah siap. Jomlah kita balik."

Aku kalut menyusun buku dan alat tulisku apabila nampak dia mula untuk bangun. Dia yang sedang berjalan itu aku kejar lantas menyamakan kedudukan kami.

"Hish, kau tak tunggu aku pun!" Marah aku kepada dia yang selamba berjalan ke depan.

"Dah nak masuk waktu solat Jumaat takkan nak tunggu kau!"

"Yela.." entah kenapa aku berbunyi macam merajuk. Aku mula menundukkan wajahku ke tanah.

Satu huluran tangan yang memegang sekotak kek cawan berperisa stroberi dihulurkan ke hadapan mukaku dan satu suara berbunyi yang mengejutkan aku, "Terima kasih tolong ajar aku."

Aku tersenyum girang lantas mengambil kotak itu. Sedapnya!

"You are most welcome!!" Aku membalas senang. Kelihatan bibirnya diherotkan sedikit. Aku terdengar tawa halus dari bibirnya. Irfan menanggalkan kaca matanya lalu dimasukkan ke dalam beg. Aku perasan dia sudah mula memakai kaca matanya kembali. Dah lama tak nampak dia pakai. Kali terakhir aku nampak dia pakai masa Darjah Enam dulu dan bila masuk sekolah menengah dia pakai kanta lekap.

"Kenapa kau tak pakai contact lenses sekarang?" Aku mula bertanya. Aku jenis tak boleh hiraukan segala persoalan bermain di mindaku. Serabut jadinya.

"Saje.." balasannya itu mengecilkan hatiku. Selalunya panjang sahaja jawapan balasnya. Sejak dia memunculkan diri baru-baru ini, pendek sahaja setiap jawapan yang diberikan. Aku menghentikan langkahku. Dia berpaling hairan.

"Kau dah tak nak berkawan dengan aku ke?" Aku tenung matanya dalam-dalam. Aku perasan dia mula melarikan matanya.

"Apa kau merepek ni, Haniyah?" Berkerut riak mukanya. Nampak dia seperti berkira-kira untuk berlalu. Nak kata lewat untuk solat Jumaat pun baru pukul 11 pagi.

"You know? Nothing happens without reasons, right?" Soal aku. Kelihatan dia seperti gelisah. Dia memandangku sekejap lantas berpaling dan ingin pergi.

"Kau takkan faham." Itu ayat terakhir yang diucapkan Irfan sebelum pergi meninggalkan aku di situ. Walau perlahan, aku masih dapat menangkap tutur bicaranya. Aku mendengus.

💜

Bawang merah aku hiris dan dikumpulkan bersama hirisan bawang putih, halia dan lada burung. Aku masukkan sedikit minyak ke dalam kuali lalu mula memanaskannya. Sambil menunggu minyak dipanaskan, aku menyusun bahan-bahan yang ingin dimasak. Sos tomato, sos cili, kicap, bahan tumis serta ayam yang sudah digoreng. Garam dan gula pula sudah tersedia bersebelahan dengan tempat memasak. Mudah sahaja masakan aku harini.

Minyak sudah panas, jadi aku masukkan bahan tumis lalu menggaulnya dengan sudip. Semerbak bau mula memenuhi ruangan dapur.

"Hmm..wanginya. Masak apa tu?" Suara ibu mula kedengaran dari ruang makan.

"Ayam masak kicap je. Nanti boleh kita makan sekali dengan nasi panas." Aku membalas sambil memasukkan kicap ke dalam kuali.

"Dah besar anak ibu. Masak tengahari pun boleh buat sendiri." Ibu menepuk bahuku lembut sambil memandang isi kuali itu. Aku tersenyum manis.

"Yang mudah-mudah tu je. Lagipun kesian ibu balik kerja kena masak."

"Takpe, kita cuma tinggal berdua." Ibu menghulurkan pinggan supaya mudah untuk aku masukkan ayam masak kicap itu. Kami mula bergerak menuju ke meja makan. Nampaknya ibu telah menghidangkan nasi ke dalam pinggan. Kami mula menjamu selera setelah mengaminkan doa makan.

"Ibu, Haniyah nak tanya boleh?" Usai sahaja aku mengelap tangan di singki, aku menyoal.

"Ya, tanyalah." Ibu pula selesai sahaja makan terus ke ruang tamu. Aku tak sanggup mendekati ibu jadi aku cuma kekal di dapur yang dekat sahaja dengan ruang tamu. Aku memandang ibu lalu mengambil nafas sedalam mungkin lalu hembus.

"Ibu dah jumpa ayah?"

Ibu terus merenung ke lantai. Aku tertancap pada tangannya yang menggeletar. Bergegas aku menghampirinya. Badannya aku peluk kemas. Mungkin masanya belum sesuai.

"Maafkan Haniyah, ibu!" Ibu mula melepaskan pelukanku. Dia lantas bangun dan masuk ke dalam biliknya. Aku perasan matanya yang sedikit berair.

Maafkan Haniyah, ibu!

💜

Aku menyusun buku-buku yang harus dibawa ke sekolah esok. Baju sekolah pun sudah siap digosok dan terletak elok di penyangkut baju. Malam pun sudah larut. Aku mula menepuk-nepuk katil agar debu katil hilang. Belum sempat aku ingin baring, telefonku berbunyi lantas membuatkan aku mengambil telefonku di meja sisi katil.

"Waalaikumussalam." Aku menjawab salam yang diberi oleh pemanggil. Terdiam aku mendengar celoteh si pemanggil. Adakalanya aku tersenyum-senyum mendengar. Sambil mendengar bicara sang pemanggil, aku mula membaringkan tubuhku. Sudah lama aku tak mendengar khabar darinya. Walaupun sudah lewat malam, mendengarnya berbicara tidak terasa masa berlalu.

Beberapa minit kemudian, panggilan pun dihentikan. Si pemanggil pun ada hal katanya di sana dan meminta maaf mengganggu aku pada lewat malam. Aku pun serba salah juga tak memberitahunya padahal waktu kami berbeza. Kami berbalas salam dan aku pun meletak telefon. Mataku kian memberat menandakan badanku mula mengantuk.

Teringin nak jumpa si dia. Bagaimana rupanya sekarang, ya?

💜

a/n: thanks for reading.

#vote and #comment if you are interested. peace.

16/08/2022-Tue

I LOVE YOU.Where stories live. Discover now