sepuluh

15 5 1
                                    


Aku tersedar dari tidur apabila terasa ada sesuatu yang bergerak di sebelahku. Aku berkerut sebelum membuka mata perlahan-lahan. Berpinar-pinar mataku disebabkan kepalaku yang menyembam terlalu lama di atas permukaan meja. Aku datang ke sekolah terlalu awal pagi ini. Jadi sementara guru masa pertama masuk, aku terlelap sebentar. Aku menggosok mataku dan menghapuskan segala tahi mata yang tercipta.

Muneera menyangkut beg sekolahnya di penyangkut meja. Dia duduk di atas kerusinya dan mendekatkan ke arah meja. Muneera yang sedang menyembam mukanya di atas permukaan meja itu aku pandang. Lengannya membaluti kepalanya. Bahunya kelihatan terhinjut-hinjut. Esakan perlahan mula kedengaran di telingaku. Tahulah aku bahawa dia sedang menangis. Aku tengok sekeliling kelas. Tak ramai pelajar yang berada di kelas pada waktu ini.

Aku menyentuh bahunya perlahan. "Muneera, kenapa ni? Kau nangis ke?" Aku bertanya lembut. Namun tiada balasan dari Muneera selain esakannya yang bertambah nadanya dari tadi. Getaran pada tubuhnya juga semakin kuat. Aku mula risau. Bahunya aku peluk kemas.

Muneera mula mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Jelas matanya yang kemerah-merahan itu. Pipinya juga basah dengan linangan air mata. Dia memandang mukaku dengan riak sedih.

"Huk.. huk.. Haniyah, A.. aku.. ke.. kena.. reject.. de... dengan.. Irfan!!" Lantas badanku dipeluk kemas. Dia menundukkan mukanya di atas bahuku. Teresak-esak dia di situ. Aku hanya mampu menggosok belakang badannya.

Bila terasa dia mula tenang, aku melepaskan pelukannya perlahan-lahan. "Kau dah okey? Ceritalah kat aku macam mana boleh jadi macam tu?" Setahu aku Muneera terlalu pemalu orangnya untuk confess terlebih dahulu. Takut jadi perigi cari timba. Jadi, macam mana boleh kena reject?

Dia merenung mataku kemudian mengadu. "Dia kata aku tak patut suka dia. Lepastu dia kata dia tak layak disayangi. Dia nampak sedih sangat, Haniyah!" Air matanya kembali bercucuran. Aku hanya mampu tergamam.

"Erm.. Muneera. Aku minta maaf sebab aku tak bagitahu pun isi hati kau kat Irfan. Aku tak tahu macam mana dia tahu." Aku berterus terang keadaan sebenar kepada Muneera. Aku tak bercadang pun ingin memberitahunya. Aku menggosok pipi Muneera untuk menghapuskan air matanya.

Esakan Muneera mula tenang. "Thanks sebab bagitahu perkara sebenar kat aku. Aku takut aku tuduh kau bukan-bukan." Dia menyeka air matanya seketika. "Tapi aku rasa Irfan dah tak macam kali terakhir aku jumpa dia dulu masa Tingkatan 4. Kau tahu kenapa?" Dia menyambung sambil merenung mataku.

Aku menunduk. "Entahlah Muneera. Sekarang aku dah jarang sangat jumpa dia.." Aku mengeluh perlahan.

"Kalau dulu dia selalu datang sekolah. Sakit pun dia  datang, tak pernah miss. Tapi sekarang, aku tengok dia elok je kat luar tapi tak nak pergi sekolah." Aku rasa mataku mula terasa panas.

"Aku... aku tak tahu nak buat apa, Muneera." Aku terangkan perkara sebenar. Aku cuba kawal air mataku keluar. Aku takut Muneera akan menangis lagi. Aku hanya mampu mengeluh.

Muneera menghapuskan air matanya kasar. "Takpe Haniyah. Aku akan tolong kau. Irfan tu tetap kawan aku walaupun dia reject aku!" Dia tersenyum menampakkan giginya. Nampak air mukanya bersungguh-sungguh. Aku melepas tawa perlahan. Kami menepuk bahu masing-masing.

💜

Kami berjalan melepasi taman sekolah yang berdekatan dengan surau sekolah. Aku, Muneera, Faiz dan Irfan berbual-bual selepas habis solat Zuhur tadi. Sementara menunggu kelas berlansung, pelbagai topik kami bualkan.

Irfan datang juga sekolah harini walaupun datangnya hanya membuta di tempat duduk. Tapi, cikgu tak dapat buat apa-apa memandangkan peperiksaan awal tahun haritu dia tetap dapat skor paling tinggi berbanding pelajar di kelasku. Walaupun, kadang-kadang tu aku ada jadi pengajar dia waktu cuti, aku tetap tak dapat markah setinggi dia. Cemburu juga rasanya.

"Haniyah!" Faiz memanggil mematikan lamunanku. Dia memandangku hairan. Aku hanya mampu tersengih.

"Kau ni mengelamun aje. Aku tanya lepas SPM kau nak sambung kat mana? Mesti luar negara, kan?" Tanyanya lalu mengundang pandangan dari Muneera dan Irfan.

"Mungkin aku follow UPU je ambil medic. Aku tak nak sambung luar negara." Aku membalas panjang lebar. Mereka mencebik kecuali Irfan yang membuat muka bosan. Aku tak sanggup nak tinggalkan ibu seorang diri kat sini.

"Iyalah tu.. Tengok-tengok nanti sambung juga kat sana. Budak cemerlang katakan. Kau pulak Muneera, macam mana?" Dia mula memandang Muneera yang berada di sebelah kanan aku.

Muneera berfikir sejenak. "Aku rasa nak ambil STPM la. Tapi nak duduk asrama." Balasannya mengejutkan kami.

"STPM? Aliran sains?" Aku mula bertanya dan Muneera hanya mengangguk. Aku tahu Muneera minat sangat subjek Sains walaupun skor markah dia tak setinggi aku dan Irfan.

"STPM aliran sains susah gila wei. STPM tu antara peperiksaan paling susah tahu! Kenapa tak nak ambil Asasi je?" Berkerut muka Faiz bertanya.

"Hrmm.. entahlah. Tapi ambil STPM jimat sikit duit daripada masuk uni." Kami hanya terdiam. "Kau pula, Faiz." Muneera menyambung.

"Aku nak ambil course engineering. Tak kisah uni mana-mana pun." Dia menggaru belakang tengkuknya yang tak gatal.

"Kenapa dulu tak ambil Sains Teknikal? Yang tu mudah sikit untuk siapa-siapa yang nak ambil engineering." Aku berkata lalu mengangguk bersama Muneera.

"Erm.. entahlah. Aku sebenarnya nak ambil medic jugak. Tapi ayah aku yang suruh ambil engineering nanti."

"Pfft!" Gelak daripada orang sebelah Faiz iaitu Irfan mengundang pandangan kami memandangnya.

"Kenapa? Lawak ke apa yang aku cakap tadi?" Faiz mula memandang muka kami. Aku dan Muneera hanya mengangkat bahu masing-masing.

"Kau ikut ayah kau tu tak kemana juga. Haha.." Dengan ketawa yang tak habis-habis, dia tidak menjawab soalan tadi. Aku dan Muneera saling memandang. Nada ketawa Irfan kedengaran menjengkelkan.

"Apa maksud kau?" Faiz bertanya dengan riak mukanya yang jelas berkerut.

"Hahaha! Nanti ayah kau mati juga! Ahahaha!" Riak selamba Irfan itu mengundang amarah kami. Kedengaran Faiz mendengus.

"Kurang ajar kau, Irfan!!" Satu tumbukan melayang di pipi Irfan. Siapa lagi kalau bukan dari Faiz? Tak pernah aku nampak dia marah disebabkan dia dikenali berperwatakan ceria. Aku dan Muneera menutup mulut kami dengan kedua belah tapak tangan. Pelajar di sekitar kami mula memandang.

"Ahahahaha!!" Irfan masih dengan ketawa yang tak habis-habis. Kurang ajar betul! Tiada rasa bersalah ke?

Faiz yang masih dikawal oleh kemarahan itu menumbuk-numbuk mulut Irfan yang celupar itu sehingga keluar titisan darah. Irfan hanya membiarkan amarah Faiz mengawalnya. Aku mula tergamam.

"Faiz!! Cukup!!" Aku menjerit sekuat hati sehingga mampu menghentikan tumbukan yang dibuat daripada Faiz. Aku nampak tubir mata Faiz yang berair. Nampak tangannya bergetar-getar apabila memandang titisan darah yang mengalir dari bibir Irfan itu. Tahulah aku bahawa dia mula sedar. Aku perasan yang Faiz jenis yang takut pada darah.

"A.. aku.. minta maaf!" Dia mula berdiri tegak lalu berlari meninggalkan kami. Irfan yang berbaring di atas jalan tar itu aku pandang tajam. Dia tampak selamba. Mujur tiada guru ketika ini. Aku mendengus memandangnya.

Aku dan Muneera mula berlalu meninggalkannya di situ. Aku malas nak masuk campur walaupun aku tahu pasti ada pelajar-pelajar yang memerhatikan adegan tadi akan melaporkan kepada guru. Geram masih terasa di hatiku. Lantaklah!

💜

a/n: thanks for reading.

#vote and #comment if you are interested. peace.
21/08/2022-Sun

I LOVE YOU.Where stories live. Discover now