2016, Sekolah Tengku Khaleeda.
Aku ralit mencatat nota yang ditulis di papan putih itu. Memandangkan Peperiksaan Akhir Tahun akan tiba dua minggu lagi, aku cuba untuk fokus dengan pelajaranku berbanding memikirkan hubungan aku dengan Irfan. Sudah dua minggu aku tidak berbual dengan dia. Dia yang merupakan pustakawan sekolah agak sibuk menyediakan set soalan tahun-tahun lepas di perpustakaan bagi persediaan untuk menjawab ujian nanti. Aku pula sibuk dengan jawatan aku di MPP memandangkan sesi persekolahan tahun ini akan tiba ke penghujungnya.
Tiba-tiba aku terdengar suara yang memanggil namaku di sebelah. Dia memanggilku dalam keadaan berbisik. Aku memandang Muneera sekilas. Dia duduk bersebelahan dengan aku di meja belakang memandangkan setiap meja berpasangan. Dia yang merupakan pelajar perempuan paling tinggi di dalam kelas disuruh untuk duduk di meja belakang walaupun dia seorang yang rabun. Manakala aku yang pendek sedikit daripadanya dan tidak rabun rela menjadi pasangan mejanya. Aku melihat guru Pendidikan Syariah Islamiyahku yang sedang ralit membaca nota di meja gurunya. Mungkin sedang mengkaji sedikit subjek ini memandangkan subjek ni agak sukar.
"Kau kenapa?" tanyaku perlahan.
"Aku nak tanya kau rapat kan dengan Irfan?"
Aku terkejut dengan soalan itu namun menyorokkan reaksiku dengan tidak melihatnya. Aku menggangguk perlahan. Padahal dah dua minggu aku tidak berbual dengan dia.
Bunyi loceng tiba-tiba kedengaran menandakan sesi kelas ini berakhir menghentikan perbualan kami seketika. Seluruh pelajar di dalam kelas ini berdiri untuk mengucapkan terima kasih kepada guru sebelum beliau keluar dari kelas.
Aku mula untuk bangun dari tempat dudukku untuk ke kantin menikmati makanan sebelum Muneera memegang lenganku dan tangan sebelahnya lagi meletakkan sandwich telur di atas mejaku. Kegemaran aku. Aku tersenyum lalu kembali duduk.
"Kenapa dengan Irfan?" Aku dapat meneka berdasarkan soalan dia tadi. Dia terdiam sebentar lalu menyambung.
"A..Aku..Aku suka dia." pernyataan itu sekali lagi mengejutkan aku dan kali ini aku memandangnya yang sedang menunduk malu.
"Jadi..?"
"Boleh tak kau tolong bagitahu dia?"
"Kau kan rapat dengan dia?" Sambungnya lagi.
Aku terdiam sebentar. Aku tak sangka yang Muneera ni sukakan Irfan. Padahal jarang sekali aku nampak dia berbual dengan mana-mana lelaki. Aku tahu Muneera agak pemalu dengan lelaki. Macam mana dia boleh tersuka dengan dia?
"Macam mana kau boleh tersuka kat dia?" Aku mula bertanya. Curiosity really hit me hard.
Muneera mula bercerita bagaimana dia boleh tersuka kepada Irfan. Menurut penceritaannya, pada awalnya, Muneera ke perpustakaan untuk membaca sebuah novel di situ. Secara tiba-tiba air matanya mula mengalir apabila membaca bahagian sedih di dalam novel itu. Mujur sahaja tempat yang dia duduki agak tersorok dan tidak ramai di situ pada ketika itu. Entah bagaimana satu huluran tisu diberikan kepadanya. Rupa-rupanya Irfan yang menghulurkan tisu itu dan dia juga bertanya jika Muneera okay atau tak. Aku tak terkejut dengan kelakuan Irfan sebegitu sebab dia seorang gentleman bagi aku. Siapa sahaja akan terjatuh cinta dengan dia walaupun aku tahu dia buat atas dasar common sense. Disebabkan itu, Muneera juga turut terjatuh cinta dengan dia.
"Erm..Muneera," panggilku setelah habis ceritanya tadi. Dia memandangku dengan menjongketkan sebelah keningnya.
"Kalau aku ada masa aku bagitahu dia lagipun dia pun busy sekarang ni." Aku memujuknya. Aku nampak riak mukanya agak ceria daripada tadi yang agak gelisah. Kami pun mula membuat kerja masing-masing sambil menghabiskan makanan sebelum waktu rehat tamat.
YOU ARE READING
I LOVE YOU.
Random[Karya pertama] [ON GOING] Cinta. Menurut definisi 1 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ia merujuk sebagai perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain lagi). Walaubagaimanapun, masyarakat sering kali meman...