2017.
Drrrr..! drrrr..!
Getaran yang dihasilkan oleh telefon pintarku yang terletak di atas meja menyedarkan lenaku. Terhapus terus mimpi memori lama yang menjengah tadi. Aku menggosok mataku seketika. Tak sangka aku boleh tertidur di atas meja belajarku ini. Penat sangat dengan sekolah agaknya. Jarang-jarang aku tidur selepas solat Asar.
Drrrr..! drrrr..!
Telefon itu bergetar lagi. Pantas aku mencapai telefon tersebut. Nama pemanggil aku lihat dan panggilan terus dijawab. Salam diberikan terlebih dahulu.
"Waalaikumussalam, Haniyah. Lambatnya jawab panggilan?" Si dia mula menyoal.
"Sorry.., tertidur tadi. Kenapa Abang Arsyad?" Aku menguap seketika.
"Haih, tak habis lagi ke mengantuk tu?" Usik Abang Arsyad. Tak menjawab soalan betul la mamat ni!
"Hrmm.., kenapa ni? Kalau takde apa-apa kita stop kat sini ajelah!" Aku mula rasa menyampah. Dah nak malam pula tu.
"Okey, okey! Marah pulak dia. Ini abang nak tanya, Haniyah free tak esok? Cuti kan?"
Aku berfikir seketika. "Rasanya takde buat apa-apa pun esok. Kenapa?"
"Esok kita jumpa, nak? Location nanti abang bagitahu."
"Erm.., nak kena tanya ibu dulu. Abang belanja, tau?" Takut juga kut-kut bayar sendiri.
"Eh, mestilah! Tapikan ada orang yang abang nak kenalkan kat Haniyah. But, its suprise!" Dia buat aku tertanya-tanya. Segar terus mata aku.
"Haaa, girlfriend abang eh?" Aku mula mengusik.
"Hish! Tak main la girlfriend-girlfriend ni. Haram! Baik kahwin terus." Nada suaranya kedengaran tidak selesa. Iyalah, couple tu kan haram. Sebab ia satu perkara yang sia-sia. Soal jodoh ini biarlah Allah tentukan.
"Aih, melalut pula kita. Datang sajelah nanti, Haniyah! Cantik-cantik tau! Bye, assalamualaikum." Selepas sahaja aku menjawab salam, talian diputuskan. Kenapa pula aku yang nak kena cantik-cantik ini? Ada orang nak meminang aku ke?
Pap!
Aku menampar pipiku lembut. Apa yang kau mengarut ini, Haniyah oii?! SPM pun tak lepas lagi.
💜
Aku memadankan kain pleated labuh berwarna coklat cair dengan sweatshirt berwarna putih. Tudung shawl berwarna krim aku lilit kemas biar menutup dada. Aku melihat pantulan badanku di cermin panjang berhadapan dengan tingkap bilik itu. Dah cantik ni nak date dengan abang, ahaks!
Beg kanvasku yang berwarna hitam aku capai dan meluru keluar dari bilik. Aku menyapa ibu yang berada di ruang tamu sedang membaca buku berbahasa inggeris itu.
"Ibu, Haniyah pergi dulu! Assalamualaikum." Aku menyalami tangan ibu. Ibu sudah memberi izin kepadaku untuk keluar berjumpa Abang Arsyad. Aku sudah mengajaknya keluar bersamaku namun dia menolak pelawaanku. Jadi terpaksa aku keluar seorang diri. Aku mencapai stokin lalu disarungkan sehingga betisku. Kasut berwarna hitam dan putih itu aku pakai sebelum keluar dari rumah. Aku menuju ke pintu lif untuk turun ke bawah.
💜
Bas sampai akhirnya di destinasi yang aku tuju. Biarpun Abang Arsyad ada mempelawa aku untuk pergi bersamanya namun aku menolak. Tak best la jumpa suprise dalam kereta. Jadi aku menaiki bas sahaja. Lagipun tak mahal sangat.
YOU ARE READING
I LOVE YOU.
Random[Karya pertama] [ON GOING] Cinta. Menurut definisi 1 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ia merujuk sebagai perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain lagi). Walaubagaimanapun, masyarakat sering kali meman...