lima belas

14 2 0
                                    


Kafe Fleur.

Kafe yang dipenuhi dengan bunga-bungaan itu kami kunjungi. Aku dan Muneera telah membuat pakatan untuk mengunjungi kafe ini sempena habis Ujian Pertengahan Tahun Tingkatan Lima. Sengaja ingin memberi penghargaan kecil kepada diri sendiri. Setiap kali habis peperiksaan, adakalanya kami bertukar hadiah atau singgah di mana-mana tempat menarik. Perkara ini dapat menyuntik semangat kami untuk berusaha bersungguh-sungguh.

"Muneera? Haniyah? Lama tak nampak kamu berdua ke sini." Seorang wanita dalam lingkungan umur 20-an menegur kami lantas mengalihkan wajah kami ke arahnya.

Muneera tersenyum. "Busy lately ni Kak Orkid. SPM dah nak dekat."

Kak Orkid mengangguk faham. "Akak pun macam tu juga Muneera. Masa muda ni lah kita dapat fokus betul-betul study. Umur macam akak ni lainla,"

"Eleh Kak Orkid ni. Cakap macam dah tua sangat. Padahal baru habis degree, kan?" Aku menyampuk diiringi gelak ketawa kami bertiga.

"Ish, Haniyah ni! Oklah kamu berdua nak order apa?" Sebuah buku nota dan pen dicapai dari poket apron Kak Orkid.

Kak Orkid mula mengambil pesanan dari kami berdua. Sementara menunggu makanan dan minuman sampai, sempat juga kami mengambil gambar masing-masing. Dekorasi kafe yang tersusun cantik itu menarik perhatian kami. Lebih-lebih lagi Muneera yang suka mengambil gambar. Instagram merupakan aplikasi kegemarannya untuk menyimpan gambar-gambar yang diambil. Kak Orkid menyertai kami bertiga setelah pesanan diberikan kepada pekerja yang bertugas di dapur.

Kak Orkid mengambil tempat duduk di tengah-tengah antara kami berdua. "Kamu berdua ni kerap datang sini tapi selalu ambil gambar. Tak bosan ke?"

"Cantik sangat tempat ni. Lighting pun elok!" Tangan Muneera tak lepas dari menilik gambar di dalam telefon pintarnya. Kak Orkid menggeleng kepalanya perlahan memandang kami.

"Haniyah, akak dengar abang kamu kat Malaysia sekarang ni. Betul, ke?" Kak Orkid yang tua tiga tahun dari Abang Arsyad mula bertanya. Dia merupakan jiran Abang Arsyad ketika masih di Malaysia sewaktu abang sekolah menengah dulu. Dari situ aku mengenali Kak Orkid. Tambahan lagi, kafe kepunyaan keluarga Kak Orkid dibuka di kawasan ini menambahkan keakraban kami berdua. Hidangan di sini juga amat menyelerakan.

"Ha'ah. Bulan lepas. Katanya cuti semester tiga bulan. Hujung bulan ni balik kut."

"Ye ke? Bukan sekarang ni dah start ke kuliah?" Kak Orkid memandangku dengan sebelah kening dinaikkan.

"Ermm.. saya tak pastilah. Bila dia balik kat sini, dah jarang borak. Adapun jumpa depan mata terus. Tapi tulah jarang jugak jumpa." Aku bermain dengan jari-jemariku di bawah meja. Entah kenapa terasa sesuatu yang tidak enak di mindaku.

"Mungkin sak---" Percakapan Kak Orkid dipotong apabila makanan dan minuman yang kami pesan sudah sampai.

"Kamu berdua makanlah puas-puas. Akak sambung kerja dulu."

"Muneera, sudahlah tu ambil gambar." Kak Orkid menggeleng kepalanya memandang Muneera yang tersenyum kambing di situ. Kami mula menjamu selera sambil melihat pemandangan sekeliling. Pemandangan di kafe yang berada di bawah Jambatan Pulau Pelangi sungguh indah.

💜

Aku dan Muneera berjalan kaki menuju ke stesen bas berdekatan. Tangan kami penuh dengan barangan yang kami beli di pusat beli belah tadi. Langit yang cerah tadi sedikit demi sedikit bertukar jingga menandakan malam hampir tiba.

Muneera di sebelahku kusyuk bermain dengan telefon pintarnya. Aku pula sekadar memandang sekeliling sambil mengawasi langkah kami. Aku tidak gemar bermain dengan telefonku ketika berjalan. Selain membahayakan orang lain ia juga boleh memeningkan aku. Lebih baik aku menikmati sahaja perjalanan ini.

"Alamak, Haniyah!!" Muneera yang kelihatan cemas itu aku pandang. Matanya tak lepas dari merenung skrin telefonnya.

Aku menaikkan sebelah keningku. "Dah kenapa kau ni? Cemas semacam aje,"

"Aku lupa nak ambil barang yang ibu aku pesan kat kedai buku tadi," jari telunjuk Muneera terarah pada sebuah kedai buku berwarna biru yang jaraknya tiga buah kedai yang kami sudah lepasi.

Terasa lenganku dipegang oleh Muneera. "Teman aku!" arahnya lalu lenganku ditarik tanpa sempat aku berkata apa-apa. Aku mula mengikutinya menuju ke tempat tersebut.

Sampai sahaja di dalam kedai tersebut, aku membiarkan Muneera seorang diri bercakap dengan pekerja di situ. Kedai buku dua tingkat itu aku perhatikan. Sejujurnya kedai ini jarang aku kunjungi sementelah ada sebuah kedai buku lain yang lebih dekat dengan rumahku. Kedai buku ini amat popular kerana kedainya yang sungguh besar dapat memuatkan pelbagai buku dari dalam dan juga luar negara. Warna biru langit yang menjadi tema kedai buku ini menghadirkan suasana tenang kepada pengunjung. Lebih-lebih lagi kedai buku merupakan lubuk sang pencari ilmu.

Papan tanda 'English Literature' menarik perhatianku. Kakiku laju melangkah ke rak di situ. Rak buku berketinggian mencecah siling itu aku perhatikan. Ada tangga beroda yang bersambung dengan rak memudahkan sesiapa untuk mengambil buku di rak paling atas. Buku yang tertera di hadapan mataku aku gapai. Buku tersebut aku belek sepintas lalu. Tak teringin mahu membelinya lagi.

Selesai sahaja meneliti segala buku yang menarik perhatianku, aku berjalan-jalan menuju ke rak-rak yang lain. Ramai juga yang berkunjung ke sini harini memandangkan hari ini merupakan cuti umum.

"Haniyah!"

Terdengar namaku dipanggil dari belakang, aku berpaling. Jejaka berbaju t-shirt berlengan pendek berwarna putih bercorak kartun kucing kecil di dada serta seluar slack berwarna hitam itu terpampang pada pandanganku. Mukanya yang terlindung sedikit dengan bucket hat berwarna kelabu itu aku lihat menggariskan senyuman kepadaku.

"Oh, Absyar." Aku membalas senyumannya kejap.

"Jauh kedai buku kau singgah. Buat apa kat sini?" Balasnya sambil mengambil sebuah buku yang berada di rak sebelahku. Aku beranjak sedikit dari situ.

"Aku teman Muneera. Lama pula dia ni." Kepalaku tertoleh ke arah kedudukan Muneera tadi. Hilang pula gadis itu. Ke mana?

"Kau?" Aku menyoal kembali. Dia sekadar mengangkat buku yang dipegangnya ke udara. Fahamlah aku akan maksudnya.

"Kau dah nak balik, ke?" Soalnya pula.

"Waktu dah nak masuk malam. Aku tak boleh keluar lewat sangat. Bahaya." Dia mengangguk.

Fikiranku terlintas akan sesuatu. "Eh, bila kau nak bawa aku ke klinik mak kau? Minggu ni cuti, bolehlah aku ke sana."

"Erm.."

"Haniyah!" Suara Muneera memanggil namaku seiring dengan tepukan lembut di bahuku menghentikan perbualan kami. "Jomlah, balik! Terlepas bas pula nanti."

"Kejap!" Sebuah buku nota kecil aku capai dari dalam beg kanvas putih milikku. Pen yang terselit di buku nota tersebut aku ambil untuk mencatat. Aku mengoyak kertas itu lalu diserahkan kepada Absyar.

"Itu nombor telefon aku. Nanti kalau kau free, bagitahulah. Aku balik dulu, Absyar!" Aku tersenyum kejap memandangnya yang menunduk melihat kertas di tapak tangannya. Muneera menarik lenganku untuk bergerak pulang. Rasanya dia tidak perasan akan kehadiran Absyar di situ kerana matanya fokus melihat skrin telefonnya.

💜

Thanks for reading.
#vote and #comment if you are interested.
13/09/2022-Tue

I LOVE YOU.Where stories live. Discover now