💍
"AHHHHH!"mendengar jeritan itu Fateh kerut mamai .Aduh nenda ni tak kejut pun tak payah lah nak jerit tapi pelik kenapa lembut sangat suara ni tak macam suara nenda. Nenda tukar suara ke .Dengan kepala yang berdenyut-denyut Fateh cuba buka mata perlahan-lahan . Benda pertama dia lihat adalah perempuan . Yaaa perempuan .
Ehh perempuan !
Serta merta dia melopat turun katil, terus sahaja matanya membulat terkejut . Macam mana ada perempuan di bilik aku tak akan nenda tukar jadi awet muda pulak .
Hampir luruh jantungnya melihat diri sendiri . Dia sekarang separuh bogel . Dia pasti bukan dia yang bukak semua ni , dia mana pernah tidur buka baju . Kecuali keadaan itu terdesak sangat.
Baju jatuh dibawah dipakainya . Malulah perempuan entah mana pandang dia .
Apa semua ni ?
"Awak sapa ha? Kenapa ada dalam bilik saya ?!" Tempelak perempuan itu . Air matanya sudah mengalir di pipi .
Aku yang masih termengu pelik dengan soalan dia . Bilik dia ke ? Aku kat bilik di ke ?
Dia meliar sekitar bilik ini . Menganalisi sekitar ini . Yaa bukan bilik dia . Apa dah jadi ni ?
"Acah-acah pulak dia ni. Bukan ke aku ke patut aku tanya ha! Kau buat apa dengan aku ha! Kau rogol aku ke!" Fateh turut tinggikan suara. Perempuan tak perempuan dia main tuduh kita pulak.
Tajam Hawa memandang lelaki itu .
"Ha rogol awak?. Ehhh awak sedar awak duduk dalam bilik siapa ni haaa ! Bilik saya tahu . Awak buat apa kat saya haa?" Suara Hawa naik seoktaf . Geram perangai lelaki ni berlagak, sudah terang lagi bersuluh dia bersalah semua ni .
Fateh meraup muka . Betul jugak sah-sah dia yang duduk bilik perempuan ni , lainlah perempuan ni tidur dalam bilik aku . Tapi nak salahkan perempuan ni perangkap dia pun rasanya tidak . Kelihatan naif .
Fateh memandang Hawa yang terhinjut-hinjut menahan nangis . Rasa serba salah pula bicara seperti tadi . Dia tak patut cakap macam tadi sekarang ni kami berdua jadi mangsa dalam hal ni .
Apa patut dia buat?
"Apa salah saya kat awak ? kita pernah jumpa ke sebelum ni. Awak dendam dengan saya , apa salah saya..." rintih Hawa perlahan . Dia penat, sangat penat . Kenapa jadi macam ni apa salah aku .
Fateh terdiam . Dia sendiri tiada jawapan . Dia buntu . Macam mana dia nak jelaskan dia tak bersalah semua ni bukan salah Fateh .
"Awak"
"Jujur saya tak tahu semua ni , saya tak ada menganiaya awak ke apa . Saya buka sahaja mata nampak awak depan saya . Saya langsung tak tahu apa-apa . Percayalah saya awak ." Fateh cuba jelaskan berharap sangat wanita di depanya percaya . Dia bukan perogol bersiri .
Muka dia kacak ye.
"Tak tahu jadi awak dengan mamainya masuk bilik sya macam tu , itu ke maksud awak .Wauu interesting ." Balasnya sinis . Dia langsung tak percaya , lelaki macam ni lah bila dah dapat lepas tangan .

ANDA SEDANG MEMBACA
CO | HAWA ✅
Romance2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌ START : 5/1/24 END : 4/5/25