Bab 1

462 7 4
                                    

DANIEL dipanggil ke meja guru. Markah kertas peperiksaan subjek Bahasa Melayu  ditunjukkan oleh Cikgu Aminah. Dahi Cikgu Aminah berkerut. Murid di hadapannya ini sudah kerap kali gagal. Ini merupakan kali ketiga Daniel Hakim berdiri sambil menunjukkan air mukanya yang sedang ketakutan, hadapan cikgunya ini. Keluhan Cikgu Aminah kedengaran segenap penjuru kelas. Murid lain membisu. Sudah terbiasa melihat situasi Daniel didenda.. Ada juga yang memandang sinis, malah turut ada beberapa orang murid berbisik kata-kata kurang baik pada empunya badan.

"Daniel, cikgu dah tak tahu nak buat apa lagi dengan kamu. Kamu dah darjah 4. Tahun depan masuk darjah 5 kemudian darjah 6. Darjah 6 kamu akan menduduki UPSR. Kali ni apa alasan kamu nak berikan pada saya?". Kertas peperiksaan Daniel dibaca. Jawapan Daniel didalam kertas tersebut membuatkan dada Cikgu Aminah sesak. Ada juga ruang jawapan yang sengaja tidak dijawab . Daniel membisu. Kedengaran hilaian ketawa dari sekumpulan murid bernama Fauzi dan kawan-kawannya, Amirul, Iqbal dan Sufian. Mereka berempat amat bencikan Daniel kerana Daniel dianggap perosak suasana kelas darjah 4 Bakawali, yang terkenal dengan kepintaran murid-muridnya. Bagaimana pula Daniel yang tidak begitu pandai dalam sesetengah mata pelajaran, dimasukkan ke dalam kelas ini?.

"Saya tak tahu buat, cikgu…". Suara Daniel terketar-ketar. Mata Cikgu Aminah membuntang. Siapa yang mendaftarkan  Daniel Hakim ini masuk ke dalam kelas aku?. Selain mengajar subjek Bahasa Melayu, Cikgu Aminah juga guru kelas darjah 4 Bakawali. Semua murid 4 Bakawali mempunyai otak yang pandai. Kecuali Daniel yang agak ketinggalan jauh dalam pelajaran. Tiada satu subjek Daniel boleh menunjukkan potensinya.

"Dia salah masuk kelas lah tu, cikgu. Sepatutnya dia masuk kelas 4 Melati!". Kelas 4 Melati adalah kelas paling terakhir dalam kedudukan darjah 4. Entah mengapa Daniel boleh dimasukkan ke dalam kelas 4 Bakawali.

" Haih… sudah lah Daniel. Kamu pergi lah duduk. Cikgu pun tak tahu nak cakap apa lagi dengan kamu". Cikgu Aminah sudah berputus asa dengan Daniel. Tiada harapan  untuk Daniel mengejar kawan-kawannya yang lain.

Daniel mengambil kertasnya yang dihulur Cikgu Aminah. Perbincangan kertas peperiksaan diteruskan meskipun Daniel mendapat markah paling rendah.

" Kelas, keluarkan pensel kamu. Kita akan buat pembetulan sekarang"

***

AZHAR menyimpan dokumen-dokumen yang penting untuk kegunaan temu duga, ke dalam beg sandangnya. Empat tahun selepas tamat pengajian kursus pendidikan, hari ini dia akan menghadiri temuduga di sebuah sekolah rendah. Sekolah itu kekurangan guru Bahasa Melayu kerana jauh dari bandar. Kampung Parit Puasa, Batu Pahat, kampung yang kecil namun penduduknya sangat ramah. Pernah pergi sekali dua ketika arwah ibu dan ayah masih ada. Sambut hari raya Aidilfitri bersama-sama di kampung itu. Arwah Mak orang kampung. Jejak kaki di kampung kelahiran, arwah Mak rasa sangat gembira. Arwah Ayah dan aku juga turut tumpang gembira apabila arwah mak seronok melayan orang-orang kampung yang datang membeli barang sewaktu kami singgah di kedai runcit.

" Mak, Ayah. Zah tetap akan buat Mak dan Ayah bangga walaupun Mak dan Ayah dah tak ada di sisi Zah". Azhar mengatakannya sambil mengusap gambar arwah Mak dan Ayahnya, di dalam bingkai.

"Semangat Zah!. Kau boleh!". Azhar menumbuk ke langit.

***

PUAN NORHAYATI meneliti  resume  Azhar. Azhar menantinya dengan debaran. Ada yang tidak kenakah dengan kelulusan aku?. Langit-langit bilik pengetua ditatap. Di atas meja pengetua dihiasi 6 kuntum bunga mawar merah jambu yang segar yang diletakkan di dalam pasu bunga putih. Pasti suami puan pengetua ini yang menghadiahkannya. Bunga mawar bukankah lambang cinta yang mekar?.

Resume Azhar selesai diteliti. Cermin mata dipakai Puan Norhayati ditanggalkan, kemudian disangkutkan pada leher menggunakan tali bermanik " Sebelum ni Encik Azhar ada mengajar di mana-mana? Atau pernah menjadi tutor di tuisyen?".

Cikgu macam ayah saya Where stories live. Discover now