DANIEL belajar dengan bersungguh-sungguh. Berbekalkan tunjuk ajar Azhar, dia sudah boleh menjawab soalan latihan begitu nudah. Kawan-kawan kelasnya mengagumi perubahan Daniel. Amirul, Iqbal dan Sufian pula sudah tidak lagi mengganggu Daniel. Ketiadaan Fauzi sebagai ketua kumpulan telah memberikan mereka apa itu erti persahabatan sebenar. Salah seorang tiada, musnah lah sesuatu hubungan itu. Mereka bertiga seperti hilang arah. Mahu buat apa, pergi mana, makan apa. Semuanya tak tahu. Pada waktu Fauzi masih bersama mereka bertiga, semua keputusan Fauzi tentukan. Semua orang mengharapkan Fauzi buat kerja.
"Bagus, Daniel. Kamu menunjukkan peningkatan. Cikgu beri kamu markah 17/20. Kamu masih ada satu dua ayat yang perlu dikemaskan lagi". Azhar berasa bangga Daniel sudah boleh membina ayat. Pada awal dia mengajar Daniel, Daniel agak lambat menangkap apa diajarkan. Daniel tersenyum-senyum Papanya memuji. Hubungan mereka di sekolah dirahsiakan supaya murid lain tidak iri hati.
"Terima kasih Cikgu!". Buku latihan dipulangkan. Azhar turut tersenyum. Daniel menyelak kembali helaian muka surat yang sudah ditanda pen merah. Ada nota kecil ditulis oleh Papanya di bawah helaian muka surat.
Malam nanti kita makan malam sama-sama ya?
Gembira sungguh Daniel Papanya belanja makan. Namun, ingatan keluarga kandungnya takkan pudar meskipun luka dihati belum pulih.
***
SAYUR bayam tanaman kebun Mak Senah dicabut berhati-hati. Fauzi mengesat peluhnya kerana pada hari ini menolong Ibunya memetik sayur. Rutin harian barunya menjadi budak kampung. Gajet modennya hanya dimainkan seminggu dua kali. Mommy dan Daddynya juga sudah datang melawatnya selepas dinasihatkan Mak Senah, agar tetap mengambil berat perihal Fauzi. Mereka sekeluarga kini hidup dalam gembira berkongsi kasih sayang seorang anak.
"Mak boleh masak sayur bayam ni untuk Mommy dan Daddy?. Mereka tentu suka makan lauk Mak". Mommy dan Daddy tetap perlu dihormati. Mereka lah yang sudah menjagaku selama ini. Mommy dan Daddy bermalam di sini selama dua hari mengikut cuti umum. Mak Senah senyum, mengangguk kepalanya merujuk tanda setuju. Kepala Fauzi diusap lembut penuh kasih.
"Tentu lah boleh sayang. Kamu tak penat ke balik sekolah terus tolong mak?. Kerja sekolah dah siap?". Mak Senah prihatin akan anaknya. Anaknya sejak balik kampung, ada saja hal-hal ingin dilakukan bersama anak-anak jiran. Mak Senah menggeleng. Bibirnya senyum. Hati di mana dulunya kosong kini diisi gelagat anak lelakinya yang pelik-pelik. Mujur saja anak lelaki!.
"Jom masuk. Teman Mommy kamu masak dengan Mak".
Fauzi memimpin tangan Maknya.
"Jom! jom! Fauzi tak sabar nak masak sama-sama!".
Mak Senah ketawa. Terima kasih ya Allah. Kau telah memberi sebuah kebahagiaan buat hamba.
***
SEPERTI dijanjikan Azhar, Daniel dibawa makan ke sebuah Restoran Tom Yam di bandar Kuala Lumpur. Suasana ibu kota pada malam hari begitu meriah kerana pengunjung membawa ahli keluarga masing-masing makan bersama. Memandangkan esok bermulanya cuti pertengahan tahun, rakyat mengambil peluang berehat sambil bersantai melupakan tugasan harian.
Pekerja lelaki mengambil pesanan Daniel dan Azhar. Tangan kiri memegang buku nota, tangan kanan pula memegang pen berwarna biru mencatat pesanan mereka."Selamat datang ke Restoran Tom Yam Rahimah. Adik dengan encik mahu pesan apa?". Ramah pekerja lelaki itu menyapa. Daniel berasa selesa adanya pekerja yang peramah.
Azhar memesan makanan berpandukan menu yang diberi.

YOU ARE READING
Cikgu macam ayah saya
NouvellesDaniel Hakim ( darjah 4 ) yang mempunyai masalah dalam subjek Bahasa Melayu kini mempunyai seorang guru yang boleh membantunya. Tersepit disebabkan hubungan atas dasar murid dan guru, Azhar sedaya upaya mengehadkan komunikasinya dengan Daniel. Namu...