Bab 8

24 3 0
                                    

"MANA kamu jumpa harimau ni?" Puan Dahlia memberanikan diri duduk bersebelahan Hero. Bibir Daniel terkatup tanpa sepatah kata. Aku jumpa Hero seekor di hutan, Ibu.
Kesian dia. Aku bawa lah dia balik. Hero memerhatikan wajah-wajah manusia yang berada di bilik ini.

Mraww? Mrawww! ( Aku comel ke?. Pegang lah aku! ) Hero berguling-guling atas baju lama Daniel, mahu memikat hati  Puan Dahlia dan Daniel dengan kecomelannya.

Ok. Memang comel. Tapi awak harimau. Species kucing liar besar  dan buas. Tak boleh senang-senang nak pegang. Tangan putus, kau kena tangkap. Daniel tak tahan melihat kecomelan Hero.

"Dan... Daniel jumpa Hero dekat hutan... Ibu...". Daniel tidak berani memandang tepat mata Ibunya. Hero?. Siapa Hero?. Ouhh.... .

"Ibu tak larang kamu. Masa kecil kamu boleh jadi kawan. Dah besar esok, kamu kena serahkan pada pihak Zoo atau PERHILITAN". Puan  Dahlia tidak tahu kebenaran Hero adalah mangsa pemburu haram. Ibu Hero telah menjadi korban ketamakan manusia yang mahukan taring dan kulit harimau demi mengaut keuntungan. Mata Daniel terbayangkan mayat Ibu Hero yang sudah tidak bernyawa di dalam trak pemburu-pemburu tersebut.

Tangan Daniel memegang tangan Puan Dahlia " Ibu, kita kena selamatkan Hero. Daniel tahu Hero tak boleh tinggal dengan kita buat selama-lamanya. Hero mangsa pemburuan, Ibu!". 

Puan Dahlia sungguh terkejut. Secara tak sedar anaknya sudah terlibat dalam masalah ini. Namun, tindakan anak lelakinya itu sangat dipuji kerana telah menyelamatkan seekor anak harimau dalam bahaya. Kepala Puan Dahlia dianggukkan. Takkan pula dia hendak lepas tangan demi melindungi haiwan diancam kepupusan itu?. Harimau seperti kucing. Cumanya Harimau dilahirkan dalam sifat yang liar dan buas. Namun, dalam liarnya masih ada manusia yang sanggup membunuh demi mendapatkan taring, kulit dan organ-organ haiwan tersebut.

"Ibu akan bantu kamu, Daniel". Daniel diusap Puan Dahlia. Puan Dahlia keluar daripada bilik Daniel terus menuju ke biliknya untuk mendapatkan telefon bimbit.

Meskipun persahabatan aku dengan Hero sampai di sini saja, aku akan sentiasa melawat kamu, Hero. Daniel hanya menatap Hero.

Semoga kamu membesar menjadi seekor harimau yang gagah perkasa.

***

DADDY dan Mak Senah telah terpedaya dengan tipu helah aku. Aku masih ada baki emas yang disembunyikan dalam beg sekolag aku. Aku nak Daniel dibuang sekolah!. Kenapa budak tak berkebolehan macam dia dapat perhatian dari Cikgu Azhar?!.

Aku akan letak emas ni dalam beg sekolah Daniel dan buat dia dibenci ramai!.

Fauzi ibarat dirasuk. Dia tidak sabar hendak menumpaskan musuhnya Daniel, dengan cara paling kotor dan maha dahsyat ni. Cikgu Azhar akan bencikan Daniel!. Sehinggakan cikgu tu laporkan perbuatan Daniel pada pengetua!. Sepatutnya aku yang dapat layanan istimewa dari Cikgu Azhar!.

"Daniel, kau tak boleh terlepas dari aku!. Aku akan singkirkan kau!". Fauzi mengarahkan kawan-kawannya, Amirul, Iqbal dan Sufian agar melaksanakan rancangan jahatnya dengan berhati-hati di dalam aplikasi Whatsapp.

GENG BUDAK COOL 👦👦
4 peserta

Fauzi pentadbir
Iqbal pentadbir
Amirul
Sufian

Iqbal

Kau nak kitorang letak emas tu dalam beg Daniel? Tak ada hal bro! Beres! 👍👍👍 Cakap je kau nak kitorang buat apa, kita settle!.

Ini lah bahasa budak-budak sekarang. Terdedah kepada bahasa pasar, bahasa orang dewasa yang mereka  belajar berdasarkan pemerhatian sekeliling. Apa orang dewasa buat, budak-budak semuda Fauzi dan kawan-kawannya menyangka bahasa atau perbuatan itu tidak salah malah cuba untuk meniru.

Ibu bapa zaman sekarang terlalu mengambil jalan mudah memberikan gajet canggih kepada anak-anak seawal bayi hinggalah berumur sekolah rendah. Alasan golongan ibu bapa sering berikan ialah supaya anak tak meragam, banyak video pendidikan anak, senang jaga dan sebagainya. Namun mereka tidak sedar memberikan gajet pada seorang bayi, anak mereka itu akan terdedah kepada perkara-perkara yang tidak baik terlalu awal seperti menonton video pornografi, babak romantik orang dewasa serta aksi pasangan bercinta. Maka, apabila menginjak usia 2- 3 tahun, seorang anak itu mengalami masalah lambat bercakap ( speech delayed ).

Amirul menaip...

Amirul
Kau memang betul-betul nak hancurkan Daniel nampaknya 😁 Benci sangat eh kau dekat dia.

Fauzi menaip...

Aku meluat tengok muka dia!. Cikgu Azhar asyik puji Daniel walaupun dapat markah 15% ! 😡

Sufian menaip....

Kau cemburu ni. Lepas tu buat-buat benci Daniel. Mengaku saja lah kau tak nak Cikgu Azhar rapat dengan Daniel.

Fauzi menaip...
Kau diam! Kau buat apa aku suruh!

Ahli kumpulan Geng Budak Cool diam membisu tidak berani melawan cakap pentadbir besar. Tersilap kata, tidak boleh diundur. Dibuang dari kumpulan, tak jadi masalah. Masalahnya Fauzi akan memusuhi sesiapa saja yang berani menentangnya. Termasuk lah kawan-kawannya sendiri.

Dah puas berbincang tentang rancangan jahatnya, Fauzi menuruni ke dapur mahu minum segelas susu coklat sejuk. Dia gemar minum minuman sejuk walaupun sudah dilarang keras ibu bapanya. Fauzi mempunyai penyakit semput. Waktu malam doktor menasihatinya agar tidak meminum minuman sejuk. Namun, nasihat itu umpama masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri.

Gelas di rak dicapai. Pintu peti sejuk bahagian bawah dibuka. Sekotak susu Dutch Lady berperisa coklat diambil Fauzi kemudian dituangkan ke dalam gelas. Pada ketika ini, Puan Maira dan Encik Malik sudah nyenyak tidur. Begitu juga Mak Senah. Tiada siapa yang menghalang. Andai mereka belum tidur, pasti Fauzi sudah dilarang.

"Boleh minum!" Ujarnya dalam nada gembira.

"Fauzi..." Satu suara tua menghalang. Fauzi menoleh. Hurm. Mak cik tua ni lagi. Asyik-asyik kacau aku!. Tak senang betul!.

"Mak dah pesan kan?. Jangan minum air sejuk. Letak gelas tu dalam peti sejuk. Minum esok saja". Mak Senah langsung tidak memarahi Fauzi sebaliknya bercakap dengan lemah-lembut. Gelas yang sudah dituang susu, disimpan Mak Senah ke dalam peti sejuk. Fauzi beralih muka.

Mak? Siapa anak kau? Kau bukan mak aku!

"Kau jangan panggil diri kau mak! Aku bukan anak kau!" Fauzi berlari, Mak Senah memegang tangan anak lelakinya. Biar malam ini semuanya terjawab dan dia mahu Fauzi kembali ke sisinya.

"Ini Mak, sayang!. Mak yang lahirkan kamu!.Kamu bukan anak kandung Puan Maira , tapi kamu anak kandung Mak!" Mata Mak Senah berkaca-kaca. Fauzi berasa sangat terkejut. Mak cik miskin ni mak kandung aku?!. Tipu!.

"Mak cik, kau jangan tipu aku! Aku lapor pada Daddy kau cuba culik aku! Kau bukan mak aku!!! Aku anak orang kaya!!"

Tubuh Mak Senah ditolak hingga jatuh. Fauzi langsung tidak rasa bersalah kerana sudah menolak wanita tua itu. Mak Senah ditinggalkan Fauzi.

"Fauzi....". Mak Senah mengesat air matanya pada hujung baju kurungnya sambil terduduk lemah.






Cikgu macam ayah saya Where stories live. Discover now