Bab 5

157 5 1
                                        

PUAN DAHLIA mempertahankan Daniel dan Azhar dimarahi suaminya. Biarlah hatinya disakiti daripada suaminya itu terus menghina guru anaknya. Daniel sudah bersama Azhar diluar pintu. Azhar tetap akan masuk ke rumahnya. Dia mahu gurunya itu mengajarnya subjek Bahasa Melayu.

"Macam lah mu pandai sangat!. Mu tak nak Daniel jadi pandai?!. Cikgu, masuk je rumah kami ni!. Peduli kan orang tua tu!. Orang tua tu matanya dah tak nampak!. Balasan dari Tuhan sebab dulu tak pernah nak jaga anak-anak dia!. Terus buta!". Bidas Puan Dahlia sinis menyindir suaminya. Sungguh amat marah. Suaminya memang semenjak dulu lagi tak pernah membelikannya apa-apa. Daripada keperluan peribadinya, hinggalah peralatan dapur. Semuanya guna duit sendiri. Kasut kulit hitam ditanggalkan lalu disusun ditepi pintu.

Azhar meminta izin masuk ke rumah, menolak tubuh Daniel pergi ke tempat lain. Budak lelaki itu tidak boleh lihat ibu bapanya bergaduh. Emosinya akan terganggu malah terbit rasa terpinggir.

"Kita pergi tempat lain Daniel. Mak Ayah kamu perlukan ruang". Azhar membawa Daniel menuju ke ruang dapur. Dia tak tahu nak bawa Daniel ke mana. Bukannya dia tahu selok-belok plan lantai rumah Daniel. Dapur je lah paling sesuai meleraikan Daniel terlibat dalam pergaduhan Mak dan Ayahnya.

"Baik cikgu". Daniel akur cikgunya membawanya ke dapur. Encik Saifudin tayang muka benci. Isteri bodoh!. Diajaknya juga lelaki tu masuk rumah?!. Bodoh! Bodoh!. Semua bodoh! Fairuz je yang cemerlang terbilang!.

***

BUKU latihan Bahasa Melayu darjah empat dikeluarkan daripada beg sandang hitam Azhar. Mata Daniel mengekori pergerakan cikgunya mengeluarkan peralatan belajar.

Pen marker berwarna-warni, pensel, pensel warna, pen merah dan segala bermacam peralatan menulis. Pen marker untuk apa?. Haa... tunggu. Cikgu Azhar akan jawab soalan kau orang.

"Buku mukasurat satu". Daniel menyelak halaman muka surat pertama. Soalan di dalam buku itu seperti tahap darjah satu. Tetapi bukanlah darjah satu punya soalan. Namun itu memang asas belajar Bahasa Melayu.

Jawab soalan berikut menggunakan imbuhan awalan yang sesuai.

1. Ibu ______ nasi di dapur

A. Menanak
B. Tanak
C. Memasak
D. Goreng

Azhar menerangkan setiap satu maksud  imbuhan. Ia mempunyai maksud berbeza jika meletakkan imbuhan awalan yang berlainan.

" Goreng  adalah perbuatan dimana kamu memasak makanan menggunakan minyak. Jika kamu menambah awalan imbuhan menggoreng, bermaksud kamu menggoreng sesuatu makanan ke dalam kuali". Azhar menulis contoh ayat di bawah soalan tersebut sebagai nota rujukan.

1. Ibu ______ nasi di dapur

A. Menanak
B. Tanak
C. Memasak - mengubah sesuatu makanan sama ada berbentuk cecair atau pepejal.
D. Goreng

*Goreng - masak menggunakan minyak

* Jika tambah imbuhan ( meng ) akan menjadi menggoreng.

*Menggoreng - menggoreng makanan ke dalam kuali

Daniel dengan mudahnya memahami tajuk imbuhan perkataan.

"Senangnya cikgu!". Kata Daniel dengan teruja. Azhar turut tersenyum. Polosnya anak murid aku ni.

"Menanak maksudnya memasak nasi yang sudah masak dalam periuk. Tanak pula, mencuci beras sebelum nasi itu dimasak. Setakat ni kamu faham, Daniel?". Bimbang dia terlalu laju mengajar sampaikan budak itu tak boleh nak kejar. Daniel mengangguk kepala berkali-kali, senyum menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi.

"Faham cikgu!". Daniel mengangkat tangannya ke langit sambil menggenggam sebatang pensel Stabilo.

" Bagus. Soalan tu tanya apa?"

Daniel membacakan soalan itu dengan nada bersemangat.

" Ibu nasi di dapur"

"Cikgu nak tanya kamu. Ibu kamu selalu buat apa sebelum kamu makan?". Azhar menerangkan etika makan. Ada kaitan dengan soalan di atas.

" Masak?". Cubaan pertama Daniel. Itu bukan jawapan dicari.

"Sekarang Ibu kamu sedang apa untuk bagi nasi tu boleh dimakan?. Ingat balik apa cikgu dah ajar tadi, Daniel". Nada Azhar sedikit tegas. Dia amat pantang murid-muridnya tak beri fokus yang penuh.

"Menanak!"

"Bagus Daniel. Jawapannya ialah...".

" Ibu menanak nasi di dapur!"".

" Pandai!". Hilang ketegasan Azhar sebentar tadi yang hendak meletup. Haih, nasib nasib.

***

FAUZI lari lintang-pukang keluar dari kedai emas selepas mencuri gelang emas seberat 64 gram.  Kelibat budak sekecilnya tidak akan disedari  mana-mana pelanggan ataupun pemilik kedai. Nafas Fauzi tercungap-cungap. Dia berkata kepada Mak Senah ketika di rumah, dia mahu keluar bermain bersama Amirul, Sufian dan Iqbal. Walhal sebenarnya dia mengikuti Fazrul, Amran dan Karim merompak.

" Mana gelang tu?. Aku nak beli rokok sebatang dua. Mak bapak aku tak bagi aku duit!". Fazrul menendang tong sampah hingga tergolek. Mereka berempat menyorok di lorong belakang jauh dari kedai emas yang telah dirompak.

Fauzi menyerahkan seberapa banyak gelang yang berjaya dicuri tanpa dikesan. Peluh di dahinya menitik-nitik.

"Aku tahu lah kerja aku macam mana. Faz, aku nak rokok juga. Bagi sebatang. Nak lepas gian. Stress aku hadap orang gaji aku!". Fauzi telah terpengaruh dengan bahasa pasar yang kasar.

"Rilek arh. Pakai helmet ni. Kita ronda-ronda satu bandar!". Topi keledar dicampakkan pada Fauzi. Fauzi ketawa sinis. Fazrul dan geng-gengnya memulas motor hingga mengeluarkan bunyi bising.

Kedai emas yang dirompak Fauzi telah berjaya mengesan perbuatan kecurian yang dilakukannya melalui kamera litar tertutup. Pemilik kedai menghubungi pihak polis. Kini Fauzi dikehendaki polis.










Cikgu macam ayah saya Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang