Bab 6

96 4 1
                                    

FAUZI seperti cacing kepanasan sebelum ke sekolah. Puan Maira berasa pelik anak lelakinya tidak seperti biasa. Awal-awal pagi kelam-kabut. Mak Senah memasukkan mee goreng telur ke dalam bekal makanan, air pula Milo panas diisi dalam termos.

"Kamu kenapa ni sayang?. Gelojoh betul. Makan elok-elok". Puan Maira menegur. Fauzi tak senang duduk kerana emas dirompak semalam disembunyikan di bawah katil. Mak Senah akan menjumpai emas tersebut lalu akan beritahu Mommy dan Daddynya!.

Aku perlu sembunyikan emas tu sebelum dijumpai Mommy atau mak cik tua tu!. Daddy tentu tak akan beri aku duit poket lagi bila dapat tahu aku merompak!

Garfu dipegang Fauzi terlepas. Terkejut Puan Maira. Encik Malik, Daddy Fauzi turut terkejut kerana anak lelakinya buat hal awal pagi.

"Fauzi.... jaga kelakuan kamu. Daddy tak suka". Mata Encik Malik tajam memandang Fauzi, baby kesayangan dia. Dia menggeleng. Fauzi tergagap-gagap macam kaset rosak.

"Fau--- Fau--- tan--- tangan Fauzi licin, Da---ddy!". Garfu yang terjatuh dikutip. Fauzi lansung tidak berani memandang Mommy dan Daddynya kerana takut perbuatannya terbongkar. Fauzi sambung makan dalam keadaan dirinya tak tenang. Puan Maira, Encik Malik dan Mak Senah saling memandang. Apa dah jadi dengan anak kamu tu, Maira?. Encik Malik bertelepati dengan isterinya. Puan Maira menjongketkan kedua-dua bahunya.

Maira tak tahu, bang. Puan Maira kembali menyuap mee goreng. Encik Malik bingung perangai anak lelakinya tiba-tiba jadi lain. Secawan air kopi panas diteguk. Matanya melihat Fauzi. Cuba menganalisis perilaku Fauzi melalui mata. Mata manusia takkan menipu. Tipu banyak kali mana pun, kalau mata si penipu tengok tempat lain, memang sah lah dia menipu. Dan Fauzi baru saja melakukannya tadi.

Apa yang kamu cuba sorokkan dari Daddy, Fauzi?.

Bekal Fauzi sudah siap untuk dibawa ke sekolah. " Fauzi, Mak dah siapkan bekal kamu. Makan banyak-banyak ya. Budak lelaki kena makan banyak baru kuat". Bekal yang sudah siap dipek, dimasukkan ke dalam beg sekolah Fauzi. Zip beg dibuka dan ditutup. Fauzi dah habis makan. Tetapi makanannya separuh saja yang tersisa.

"Fauzi pergi dulu ya, Mommy, Daddy".  Fauzi bersalaman dengan Puan Maira, dan Encik Malik. Dia pergi sekolah dengan membonceng basikal. Walaupun anak orang kaya, Fauzi lebih gemar berbasikal bersama Amirul, Sufian dan Iqbal berbanding dihantari Encik Malik. Fauzi menjeling tajam Mak Senah seolah-olah Mak Senah dapat menghidu kejahatannnya.

"Hati-hati di jalan raya, Mommy's baby boy!". Ciuman terbang dilayangkan. Mak Senah cemburu hubungan Puan lebih baik daripada dia dan Fauzi.

***

DANIEL dihantar oleh Azhar menaiki keretanya ke sekolah. Azhar sudah meminta izin daripada Puan Dahlia. Puan Dahlia mengizinkan dan berasa senang hati Daniel sudah tidak perlu lagi berjalan kaki. Seperti biasa Encik Saifudin membenci Azhar. Dia membenci warga pendidik kerana dari pandangan Encik Saifudin, golongan pendidik seperti Azhar berlagak pandai. Cuma Encik Saifudin saja yang pandai sebab dia dulu ambil aliran Sains yang sangat diagung-agungkannya. Orang lain?. Bodoh sombong. Mana-mana ahli keluarga Encik Saifudin dipaksa mengambil aliran Sains.

Abang Daniel, Fairuz berjaya dijadikan pak turut agar mempelajari aliran Sains, katanya bidang Sains banyak cabang kerjaya. Itu hanya cakap kosong Encik Saifudin saja supaya Fairuz dapat mencapai cita-cita yang dia mahukan dengan mempergunakan Fairuz.

Dulu, Encik Saifudin berhasrat ingin bekerja dengan Telekom Malaysia sehingga 70 tahun. Tetapi tiada rezeki malah terpaksa pencen awal gara-gara isterinya memandai-mandai menanda tangani surat kebenaran pembedahan, yang menyebabkan kakinya dipotong. Kini dia sudah jadi mayat hidup dirumah.

"Cikgu... saya takut". Daniel menoleh ke sisi wajah Azhar. Tali pinggang sudah ditanggalkan dari pin pengetap. Dahi Azhar berkerut. Takut?.

Mereka telah sampai di sekolah, tempat letak kereta guru dan staf sekolah.

"Kamu takut. Kenapa ada sesuatu ganggu fikiran kamu?". Azhar mencabut kunci kereta, lalu menanggalkan tali pinggang. Dia pandang Daniel.

Aku takut murid-murid lain sangka aku ambil kesempatan pada cikgu. Kata-kata itu tersekat di kerongkong. Daniel diam membisu. Cikgu ni terlalu baik dengan aku. Aku tak nak Cikgu Azhar menyusahkan dirinya semata-mata jaga kebajikan aku.

"Cikgu tak rasa susah asyik jaga saya?. Cikgu tak penat?". Terluah juga kerisauan Daniel. Azhar menghela nafas. Dia tersenyum kecil.

"Kamu anak murid saya. Sebagai seorang guru, saya ada tanggungjawab jaga anak-anak muridnya yang memerlukan bantuan. Dari cerita ibu kamu, kamu sering berjalan kaki ke sekolah. Kadang-kadang kamu terlewat hadir hingga kena denda". Jelas Azhar. Terharu Daniel kerana hadirnya seorang guru seperti seorang bapa yang sangat mengambil berat tentang anaknya.

Cikgu macam ayah saya!.

Mereka berdua sama-sama menuruni kereta secara serentak. Terkejut murid-murid yang lain melihat Daniel bersama Azhar.

" Eeiii anak kesayangan Cikgu! Tak malu !". Ejek seorang murid lelaki darjah 3. Gelaran anak kesayangan  cikgu atau dalam Bahasa Inggeris teacher's pet memang wujud dalam budaya sekolah jika ada seorang murid berhubung rapat atau terlalu rapat dengan seorang guru. Kesannya mungkin negatif atau positif bergantung pada hubungan murid dan guru itu.

Daniel terasa hati terus melarikan diri ke kelasnya kerana malu. Baginya, anak kesayangan cikgu bermaksud anak manja. Dan dia langsung tak pernah bermanja dengan ibunya apatah lagi bapanya. Daniel rasa sangat tersisih. Azhar ingin mengejar tetapi difikirkan semula jika dia mengejar Daniel lalu menimbulkan masalah lain, dia biarkan saja Daniel pergi. Dia tahu Daniel masuk kelas. Sebab tu dia tak risau.

***

AZHAR merehatkan diri sebentar di bilik guru sebelum sesi mengajar waktu pagi bermula. Syahirah, guru Mata Pelajaran Sains mendatangi ke arah Azhar yang sedang bersandar di kerusi.

"Rapat betul Azhar dengan Daniel". Syahirah meminjam kerusi Cikgu Anuar, rakan meja sebelah Azhar. Guru lain belum masuk pejabat kerana berada di kantin menikmati sarapan.

Azhar menyengih. Semua dia tahu.

"Budak tu istimewa, Sya. Saya pun tak tahu kenapa tertarik sangat dengan dia. Comel boleh tahan. Rasa dia tu macam anak saya. Ahaks!". Guraunya. Syahirah menggeleng. Tak ada salahnya nak anggap budak tu macam anak kita. Tapi masalahnya Azhar terlalu rapat dengan Daniel sampai orang lain pun sedar.

"Saya tak marah awak, Azhar. Tapi awak rapat sangat lah dengan Daniel. Layanan istimewa sangat. Budak-budak kelas lain pun nampak. Ada sorang murid ternampak awak satu kereta dengan Daniel. Murid tu tanya saya Daniel anak Cikgu Azhar ke?. Saya cuma senyum je lah".

Azhar terdiam. Aku tak boleh rapat sangat dengan Daniel ke?.










Cikgu macam ayah saya Where stories live. Discover now