Bab 2

69 4 0
                                    

AZHAR terserempak dengan Daniel di kedai makan. Daniel memandang sepi makanan-makanan yang dijual. Perutnya berkeroncong.  Para pelanggan berebut membeli nasi lemak sambal udang, kuih serta makanan lain. Hanya Daniel tidak membeli apa-apa sebelum ke sekolah.

"Dik, tak mahu beli ke tepi sikit. Orang lain nak beli" Arah mak cik penjual sambil membungkus nasi lemak ke dalam daun pisang. Azhar di mana tadi ingin membungkus makanan untuk dibawa ke sekolah, terfikir sejenak. Itu anak muridnya. Kenapa dia tak beli makanan?. Daniel termenung. Pandang mee goreng dihidangkan bersama telur goreng mata. Perutnya berbunyi lagi tetapi kali ini lebih kuat daripada tadi. Seakan-akan dia sudah tidak makan beberapa hari.

Daniel menggelengkan kepala. Meskipun dia ada duit, namun duit itu mahu digunakan untuk perkara lain. Kemudian, Daniel beredar, Azhar sudah berada di belakangnya.

"Kamu lapar?. Cikgu belanja kamu ya?". Azhar melemparkan senyumannya sekali lagi buat Daniel. Budak itu belum memberitahu namanya lagi, lebih sopan bahaskan panggilan 'kamu, cikgu'  sementara waktu ni.

Sebungkus nasi lemak serta sebungkus mee goreng telur mata dibeli Azhar. Dia juga membeli lima biji kuih donut lalu dimasukkan ke dalam beg plastik. Usai membeli, secara tidak sedar Azhar memegang tangan Daniel dibawa ke keretanya.

Azhar merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri Daniel.

***

SAMPAI di sekolah, Daniel tidak terus ke kelas. Sebaliknya, Azhar mengajaknya bersarapan bersama-sama di kantin guru. Pandangan para guru lain melihat Daniel dengan hairan mengapa Daniel boleh makan bersama guru baru kelas 4 Bakawali.

Daniel takut-takut menyuap mee goreng masuk ke dalam mulutnya. Cikgunya makan tanpa rasa bersalah. Daniel tahu kantin ini khas untuk guru-guru makan. Para murid tidak boleh sesuka hati masuk ke sini. Tidak faham apa difikirkan cikgu itu.

"Cikgu baik sangat. Tak ada siapa layan saya dengan baik kecuali Cikgu Liyana". Cikgu Liyana guru Bahasa Inggeris kelas Daniel. Tetapi untuk sementara waktu Cikgu Liyana cuti bersalin. Azhar terkedu. Tak ada siapa layan dengan baik?. Huh?. Apa maksudnya?.

"Mak Ayah saya kan cikgu, mereka selalu gaduh sebab duit. Ayah dah jadi orang kurang upaya macam dalam TV . Abang saya pernah cakap nak jumpa pakar psikiatri . Cikgu, pakar psikiatri tu apa?". Daniel sangat jujur menceritakan keluarganya, kemudian dia tanya pula apa itu psikiatri dan apa tugasnya.

Pakar psikiatri?. Gaduh sebab duit?. Azhar berasa ingin tahu tentang keluarga Daniel dengan lebih lagi.

"Abang kamu nak jumpa pakar psikiatri?. Kamu tahu tak pakar psikiatri tu apa?". Daniel disoal Azhar dengan nada yang sangat lembut. Daniel membisu bermaksud tidak tahu.

"Cikgu bagi contoh dengan ayat lebih senang untuk kamu faham ya?".

Daniel mengangguk, kemudian tersenyum. Dia akan mempelajari sesuatu yang baru daripada guru yang pernah membuatkannya takut.

Azhar memulakan penjelasannya dalam bentuk yang lebih mudah difahami murid darjah 4. " Cikgu rasa asyik nak marah. Kepala rasa sakit, tak boleh kena marah. Tak boleh kena tegur juga. Kena tegur sikit, cikgu akan rasa diri cikgu tak ada guna. Macam cikgu ni buat kesalahan besar. Cikgu akan rasa diri cikgu ni betul walaupun sebenarnya benda yang cikgu buat tu salah dan boleh buat orang marah". Azhar menarik nafas sebabnya dia cerita dengan satu nafas saja.

Azhar sambung lagi tetapi lebih ringkas dan padat " pendek kata, pakar psikiatri atau pakar psikologi tu untuk orang-orang yang er....  gangguan emosi. Kamu faham apa cikgu cuba sampaikan ni?".

Harap-harap murid aku ni faham apa maksud 'gangguan emosi'.

"Abang saya tu gila ke?"

Huh! Lagi dahsyat!. Terus gila!. Budak ni memang cepat tangkap. Kesian lah.  abang budak lelaki ni mungkin bukan gila. Aku pun baru kenal dia, tak kenal keluarganya macam mana. Aku tak boleh lah nak menilai macam mana.

"Apa yang buat kamu rasa abang kamu tu gila?. Kamu cakap tadi mak ayah kamu gaduh disebabkan duit kan?. Mungkin tu punca abang kamu nak jumpa pakar psikiatri?. Rasa tertekan?. Kamu jangan fikirkan sangat. Kamu fokus dengan pelajaran kamu saja". Aku menepuk kepala murid aku yang aku tidak tahu namanya lagi.

Tiada lencana nama, macam mana aku nak tahu siapa nama dia?. Haih, gaduh disebabkan duit sekalipun, takkan tak mampu belikan lencana nama anak?.

"Nama cikgu siapa?. Nak kawan boleh?. Cikgu ni baik lah!. Nama saya Muhammad Daniel Hakim Bin Saifudin, 4 Bakawali!". Tanpa disangka, Daniel menghulurkan tangan persahabatannya dengan aku, iaitu gurunya. Daniel... hatinya sangat suci.

***

DANIEL tidak bergerak menulis sebarang jawapan di papan putih. Sedangkan rakan di sebelahnya, Umar dan Aish pantas mencorak idea. Tangannya masih kemas genggam pen marker berwarna biru. Azhar berasa pelik terhadap Daniel.

"Tulis Daniel. Kamu tahu kah jawapannya?. Atau kamu masih belum faham apa cikgu ajar kamu sebentar tadi?". Azhar menguji Daniel sama ada muridnya itu benar-benar memahami pembelajaran pada hari ini.

Daniel terketar-ketar menjawab persoalan gurunya.

"Sa... saya tak tahu nak eja ... " . Mata Daniel dipejam serapat-rapatnya. Debaran hatinya sangat kencang. Kedengaran gelak ketawa kecil beberapa murid perempuan dan lelaki di belakang kelas.

"Tak tahu eja?. Apa maksud kamu?". Tanyanya ingin kepastian. Sufian mengada-ngada menjawab untuk pihak Daniel, berniat ingin memalukannya.

Mata Sufian dijengilkan "Daniel tak pandai Cikgu Azhar!. Dia tak tahu mengeja dan membaca cikgu!. Selalu dapat markah corot!!".

Seluruh kelas mentertawakan Daniel. Sekali lagi dia dihina begini. Tersentak Azhar. Dia menyuruh murid-muridnya diam dan beri Daniel ruang.

"Diam kelas!. Daniel, letak pen tu dan duduk ya. Waktu rehat nanti cikgu nak jumpa kamu". Terkejut Sufian, Iqbal, Amirul dan Fauzi. Tak jangka sungguh cikgu baru itu membela Daniel.  Daniel kalau disuruh Cikgu Aminah jawab di papan putih, tentu cikgu itu akan terus memaksa Daniel menulis jawapan sehingga budak itu menggigil ketakutan.

Azhar menyelamatkan Daniel daripada dimalukan.

Terima kasih Cikgu. Daniel merasakan dengan kehadiran Cikgu Azhar, dia tidak akan dibuli lagi. Dia nampak cikgunya itu melindunginya daripada diketawakan kawan-kawan kelasnya.









Cikgu macam ayah saya Where stories live. Discover now