Bab 9

81 4 0
                                        

KELAS 4 Bakawali kecoh murid-muridnya kerumun meja Daniel. Pengawas sekolah menyelongkar beg Daniel bersama dua pengawas lain yang sedang membuat sport check di tempat duduknya. Daniel berasa sangat takut pengawas lelaki itu tidak memulangkan begnya semula. Di atas meja Daniel pula mempunyai dua utas gelang emas, rantai emas, sepuluh cincin berlian serta empat jongkong emas yang dikeluarkan daripada beg. Dia sendiri juga terkejut. Semasa berangkat ke sekolah pagi tadi, barang kemas itu tiada di dalam begnya.

Cikgu Fazrin, guru disiplin bersilang tangan memandang Daniel tajam. Tidak sangka budak sebaik Daniel boleh bertindak di luar jangkaan " Barang kemas ni milik kamu?. Jujur. Selagi kamu jujur, kamu takkan dipersalahkan. Sebaliknya pula, saya takkan teragak-agak bawa kamu jumpa pengetua sekolah".

Fauzi yang berdiri bersama kawan-kawannya tersenyum sinis. Malah dia mengapi-apikan situasi ini agar semakin memburuk.

"Pencuri! Budak miskin! Mak bapak tak bagi duit, dia curi emas!! Booo!!". Sindiran Fauzi diiringi gelak ketawa, ditambah dengan mata-mata murid lain yang saling menjeling hina.

Daniel menggigil-gigil. Berdiri di tengah-tengah sekumpulan murid, dijadikan bahan ketawa, guru disiplin memberinya hukuman adalah satu benda yang sangat memalukan pernah terjadi seumur hidupnya!.

Azhar yang baru hendak memulakan sesi pembelajaran, terhenti langkahnya setibanya terlihat Daniel tersepit antara sekumpulan murid-muridnya."Kenapa kamu semua masih berdiri lagi?. Kembali ke tempat duduk kamu sekarang!". Kelibat Cikgu Fazrin tidak disedari Azhar.

"Cikgu, saya nak bawa Daniel ke bilik pengetua".

Azhar tersentak. Dia melihat Daniel sedang berdiri di belakang Cikgu Fazrin dengan mempamer wajah menahan takut. Pengawas-pengawas lelaki mencengkam tangan Daniel kuat tidak ubah dilayan seperti  penjenayah. Daniel buat kesalahan apa sehingga guru disiplin mahu membawanya kepada Pengetua?.

"Daniel..." Kata-kata Azhar tersekat. Fikirannya tidak mampu berfikir apa-apa selain kesalahan yang sudah dilakukan anak muridnya itu.

"Maafkan saya, Cikgu Azhar. Anak murid awak tak nak mengaku dia dah mencuri emas yang dirompak tiga hari lalu. Berita itu sudah keluar di media massa. Saya terpaksa bawa Daniel sekarang". Pengawas-pengawas diarahkan terus membawa Daniel ke bilik pengetua. Azhar menggenggam penumbuk. Arhh!. Kenapa aku sibuk sangat tentang budak tu?. Dia membiarkan saja Daniel menerima hukuman meskipun kebenarannya masih belum jelas. Daniel sempat memandang sayu ke arah cikgunya.

Cikgu... cikgu dah tak sayang kan saya...

Sebelum Daniel pergi lebih jauh, kedengaran suara Azhar lantang bersuara. Dia menentang ketidak adilan ini.

"Dia tidak bersalah!!. Daniel seorang budak yang baik!. Saya tak benarkan Daniel dihukum!. Sebab saya cikgunya!!". Lengan Daniel ditarik ke sisi Azhar. Terkejut Cikgu Fazrin dengan tindakan drastik Azhar yang mahu melindungi murid bermasalah.

Fauzi menggetap gigi geram. Cikgu Azhar dah melampau!!!.

***

KERANA tiada bukti kukuh, Daniel akan menjalani hukuman gantung sekolah selama 5 bulan. Walaupun Azhar sedaya-upaya membela Daniel dihadapan Pengetua, Pengetua tetap mensyaki Daniel salah seorang daripada perompak kedai emas. Azhar dan Daniel keluar bersama dari bilik Pengetua.

Sepanjang tempoh hukuman, Daniel tidak boleh berhubung dengan mana-mana guru sekolah jika tidak guru yang berhubungan dengan Daniel akan turut disyaki bersubahat. Andai Daniel dibuktikan tidak bersalah, Daniel boleh kembali ke sekolah pada bila-bila masa saja.

"Cikgu akan buktikan kamu tak bersalah". Azhar memujuk Daniel. Daniel memberi pandangan penuh harapan buat Azhar. Pandangan Azhar jatuh pada raut muka Daniel yang nampak sangat sedih dengan sikap berat sebelah Puan Pengetua.

"Cikgu tak perlu susahkan diri nak tolong saya... saya... saya budak jahat. Cikgu dah lama tak datang ajar saya, tak bercakap dengan saya. Tentu saya budak jahat". Daniel menangis di depan Azhar. Kasihan pula tengok dia menangis. Azhar merendahkan tubuhnya, lantas memeluk Daniel.

"Maafkan cikgu... maafkan cikgu. Cikgu tak sepatutnya terpengaruh oleh guru lain supaya jauhkan diri dari kamu. Akhirnya kamu yang berduka kerana cikgu".

Di sebalik dinding tangga, Fauzi melihat mereka berdua dengan perasaan marah.

Kau dah nak kena gantung sekolah masih tetap nak curi perhatian Cikgu Azhar dari aku!!!.

Cikgu macam ayah saya Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang