Bab 3

43 4 1
                                    

PERASAAN resah menyelubungi Daniel. Cikgu baru itu merenung tepat ke arahnya. Guru-guru lain yang berada di bilik guru ini buat kerja masing-masing. Menanda buku murid, mengira markah murid, malah berbual sesama rakan sebelah meja. Helaan nafas Azhar dihela, kemudian dilepas. Sebelah tangannya melurut rambutnya yang tersisir rapi ke belakang.

Sebelum aku mengajar 4 Bakawali, Puan Aminah pernah memberitahu aku tentang seorang murid yang sangat lemah dalam subjek Bahasa Melayu. Banyak kali diajar, tetap sama. Tidak ku sangka murid yang lemah itu adalah Daniel.

Azhar menyoal Daniel dengan nada yang lembut. Tidak menunjukkan sebarang emosi marah atau kecewa
"Kamu ada masalah dalam subjek Bahasa Melayu ke?. Sebelum ni  kamu pun gagal juga ke masa Cikgu Aminah menjadi guru kamu?. Ketika cikgu panggil kamu ke depan dan minta tuliskan jawapan, kamu angguk kepala bermakna kamu tahu jawapan. Bila di hadapan, kamu macam tak tahu apa-apa".

Daniel menundukkan wajahnya ke lantai. Tidak berani bertentang mata dengan Azhar. Mulutnya terkunci rapat. Azhar membongkokkan tubuhnya, kedua-dua belah bahu Daniel dipegang Azhar.

"Pandang cikgu, Daniel. Cikgu sedang bercakap dengan kamu". Azhar merayu agar Daniel membuka mulut jika ada masalah.

Terbit rasa kasihan cikgunya merayu sebegitu. Keberanian dikumpulkan sebanyak mungkin. Daniel memejamkan mata sebelum matanya dibuka kembali melihat Azhar yang sedang mempamer wajah sedih.

"Ibu Ayah Daniel tak hantar Daniel pergi Tadika. Abang Daniel saja Ibu Ayah hantar belajar ke Tadika. Ibu Ayah kata, Daniel tak perlu masuk Tadika. Mahal. Daniel disuruh masuk terus darjah 1". Dari kata-kata Daniel, Azhar perasan akan sesuatu. Pilih kasih. Ibu Ayah Daniel bersikap berat sebelah pada Daniel dan abangnya. Abangnya bekerja keras mereka bentuk menjadi seorang anak dan murid yang cemerlang. Tiba giliran Daniel memasuki alam persekolahan, terus diabaikan.

Sedih, sebak. Azhar terus memeluk Daniel. Daniel terkejut tiba-tiba je cikgunya peluk.

"Maafkan Cikgu, Daniel. Cikgu tak sangka ibu ayah kamu sanggup buat kamu macam tu. Tadika adalah tahap asas kamu untuk belajar semuanya sebelum masuk ke sekolah rendah. Kamu diabaikan. Sedangkan abang kamu dijulang bagai raja. Kamu tak tahu ke kamu sudah dipinggirkan ibu ayah kamu?". Daniel bingung. Sebelah tangan Azhar membelai belakang Daniel. Hatinya sangat sedih mengenangkan nasib muridnya ini.

"Daniel, mulai sekarang cikgu akan ajar kamu subjek Bahasa Melayu dengan baik. Cikgu tak nak kamu terus ketinggalan dalam kelas. Cikgu akan ajar kamu yang senang untuk kamu faham". Masih tersisa sebaknya. Pelukan dileraikan. Daniel pun turut gembira, sayang pada Azhar.

" Cikgu nangis eh?". Daniel nampak mata Azhar bengkak. Azhar menoleh ke arah lain. Orang lelaki mana boleh menangis.

Azar berdalih "Esok petang cikgu nak datang rumah kamu boleh?". Soalan Daniel tidak dipedulikan. Dia tidak mahu Daniel risau tengok dia menangis. Dirinya seorang lelaki pula tu. Jarang lah orang lelaki menangis.

Daniel teragak-agak membenarkan Azhar datang ke rumahnya. Namun, dia tidak mahu cikgunya itu terasa hati dengannya semata-mata tidak membenarkan cikgunya datang rumah.

"Boleh. Daniel nanti bagi cikgu makan sedap-sedap!". Tawanya.

" Huish. Buncit lah cikgu. Hahah!"

Mereka bergelak ketawa.

***

PUAN DAHLIA menggoreng cempedak di dapur, sambil mendengar lagu dari corong radio. Daniel membersihkan ruang tamu sebelum cikgunya datang melawatnya tak lama lagi. Tentang kedatangan Azhar, cuma Daniel dan Puan Dahlia saja yang tahu. Manakala abang Daniel, Fairuz serta ayahnya, Encik Saifudin langsung tidak tahu mengenai perkara ini.

Encik Saifudin dan Fairuz tidak suka bergaul dengan orang. Jiran-jiran rumah mereka juga tidak pernah bertegur sapa. Daniel yang peramah ingin juga berkawan dengan anak jiran rumah sebelah, namun Encik Saifudin memberi pengaruh buruk pada Daniel supaya jangan berkawan dengan anak jiran rumah. Ini membuatkan Daniel sedih sebab tak boleh berkawan dengan sesiapa. Daniel pernah berkawan dengan anak Aunty Meng, Jason Lee berumur 17 tahun. Jason sudah menganggap Daniel seperti adiknya sendiri. Tetapi Encik Saifudin tidak menyukai Jason berkawan dengan Daniel. Daniel dimarahi supaya jangan berkawan dengan orang Cina. Ayahnya kata, orang cina jahat. Bagi Daniel pula, Jason seorang yang baik.

Meskipun Jason kini sudah bekerja di Kuala Lumpur, dia sering mengutus surat untuknya bertanya khabar kerana dia tahu Daniel belum mempunyai telefon pintar.

" Ibu... Cikgu Daniel nanti duduk sebelah Daniel boleh?".

" Daniel suka cikgu tu?. Orangnya macam mana?." Soal Puan Dahlia mengenai pandangan gurunya daripada mata anak lelakinya.

" Suka!. Cikgu tu baik ibu!. Tak pernah marah Daniel". Katanya bangga.

"Ada orang nak datang ke?. Tak boleh tak boleh!. Bahaya!. Ayah tak izinkan!.  Zaman sekarang tak boleh percaya kan orang!". Encik Saifudin kata begitu kerana hanya dia saja boleh menjemput kawan-kawan sekerjanya datang rumah. Dan baginya pula, kawan-kawan Daniel tak penting. Ibarat sampah.

Raut Daniel terus bertukar sedih.










Cikgu macam ayah saya Where stories live. Discover now