Bab 4

158 7 0
                                        

FAUZI bermain PS Vita sambil berbaring di atas katil bersaiz Queen yang empuk. Kerja sekolahnya langsung tidak buat. Dia mengharapkan pembantu rumah buatkan kerja sekolah untuknya. Kerjanya goyang kaki, makan makanan ringan dan tonton televisyen saja. Waktu petang pula, berbual bersama rakan-rakan lebih tua daripadanya di dalam Whatsapp. Fauzi anak orang kaya. Walaupun baru darjah 4, Daddynya sudah membelikan Fauzi sebuah telefon pintar. Fauzi adalah satu-satunya anak tunggal dan kesayangan keluarga Khalid. Mommy Fauzi pula, Puan Maira selalu memanjakan Fauzi.

Apa saja diinginkan, akan turuti. Fauzi mulai rasa bosan. Dia bangun dari perbaringan. PSP tersebut dicampak ke lantai. Dah bosan, buanglah. Tak ada guna pun. Itu lah sikap Fauzi paling Mak Senah, pembantu rumah keluarga Khalid tak suka. Mommy Daddy belikan, campak merata. Tak tahu nak hargai nilai harta benda langsung!.

Fauzi lihat sekeliling. Biliknya bersepah dengan mainan-mainannya. Dia menguap malas. Tak mahu bersihkan biliknya. Rimas tengok bilik sendiri. Keluarga aku kan ada orang gaji?.

Tunggu Mak Senah je lah bersihkan. Orang tua tu kalau tak buat kerja, aku report pada Daddy!. Hari ni hari minggu. Sekolah tutup. Dia bosan sebab tak boleh jumpa kawan-kawannya. Kawan-kawannya tentu merasai perasaan yang sama. Mommy dan Daddy nya pula tetap bekerja tanpa mengira cuti atau tidak. Paling penting, duit mengalir ibarat air terjun, anak lelakinya sentiasa dibaluti kemewahan. Fauzi tinggal berdua bersama Mak Senah.

Tok! Tok! Pintu bilik Fauzi diketuk daripada luar. Mak Senah membawa roti bakar coklat berserta susu strawberi.

"Fauzi, Mak ada bawakan Fauzi roti sama susu. Makan ya nak?". Mak Senah melayan Fauzi seperti anaknya sendiri.

Benci orang tua tu menggelar dirinya Mak. Dia bukan mak aku!.

"Tak nak!. Mak cik makan lah!. Aku tak suka makan benda murah!".

"Tak baik, nak. Ini rezeki. Mommy Fauzi yang minta kamu makan. Mommy Fauzi tanya mak, mak nak cakap apa?". Sedih Mak Senah Fauzi tidak mahu makan roti bakar coklat yang dibuat khas untuknya. Dia memandang pilu roti bakar yang hampir sejuk. Fauzi mendengus. Dah pandai melawan orang lebih tua daripadanya kerana dia berkawan dengan murid sekolah menengah yang bermasalah.

"Diam lah mak cik tua!. Aku tak lapar!". Mainan kereta kawalan jauh disepak. Terkejut sungguh Mak Senah meliha perangai anak majikannya.

Mak Senah tak boleh buat apa-apa lagi. Sudah dikatanya tak nak, bermakna Tuan Mudanya itu memang tak nak makan. Dia melangkah keluar dari bilik Fauzi dengan perasaan sedih.

Fauzi tersenyum sinis.

Mommy takkan marah aku punya!. Aku kan anak manja Mommy?. Mak cik tua tu sesuka hati je panggil aku anak?!. Tak mahu lah jadi anak dia!. Kotor! Busuk!

Dulang berisi roti dan susu diletakkan kembali di meja makan dapur. Mak Senah bertopang dagu sambil melihat makanannya yang tidak dijamah.

Fauzi, sampai hati kamu buat begini pada Mak?. Mak ni ibu kandung kamu, nak. Kamu dibesarkan Puan Maira kerana dulu Mak mengalami masalah kewangan. Puan Maira lah yang dah selamatkan nyawa kamu, Fauzi. Kamu lahir pra-matang. Pada masa sama, Puan Maira kehilangan anaknya ketika kamu dilahirkan. Melihatkan Mak menahan sakit sambil menggendong kamu yang lemah, Puan Maira datang membawa cahaya. Dia memberi Mak pekerjaan, tempat tinggal dan Mak boleh jaga kamu setiap masa.

Tetapi, kamu tak kenal Mak. Kamu kenal Puan Maira sebagai ibu kamu kerana dia sentiasa berada di sisi kamu. Berbanding Mak, Mak adakalanya sibuk menguruskan pekerjaaan. Kamu tak tahu rupa Mak. Kamu hanya tahu rupa Puan Maira. Puan Maira juga sudah berusaha mahu memberitahu Fauzi perkara sebenar. Akan tetapi, kebenaran itu terkubur begitu saja setelah mendapat tahu Fauzi tidak mahu kembali kepada ibu kandungnya iaitu Mak setelah masuk ke sekolah rendah. Kamu anggap Mak sudah mati, Mak tak sayangkan kamu.

Fauzi, Mak sayangkan kamu!.

***

AZHAR tak ubah seperti pengawal keselamatan, berdiri tegak di hadapan pintu rumah Daniel. Sampai-sampai rumah je, Azhar nampak Daniel menggigil menahan sedih, malu dihina bapanya. Mungkin kah kehadirannya tidak diundang?.

"Siapa suruh cikgu sekolah datang?. Nak buat kelas tuisyen ke apa?. Suruh cikgu tu balik!. Rimas lah!. Rumah kita besar sangat ke?!". Encik Saifudin mengangkat-angkat tangannya tanda menghalau Azhar yang masih teguh berdiri di luar pintu.

Daniel tersepit ditengah-tengah. Sama ada dia mahu tetap memilih cikgunya atau ikut arahan ayahnya. Puan Dahlia menyebelahi Daniel. Budak tu kan nak belajar!. Alah Mu ni!. Semua kena ikut cakap dia!. Tak puas hati betul suaminya berlagak macam bos besar!. Ikut arahan! ikut arahan!.

"Lain kali ikut arahan!".

"Pak cik, saya hanya nak mengajar Daniel subjek Bahasa Melayu saja. Kalau pak cik benarkan saya bawa Daniel pergi tempat lain, saya bawa Daniel keluar". Azhar bersabar saja berdepan perangai keras kepala Ayah Daniel yang tidak tahu namanya apa.

"Bodoh! Aku tak benarkan!. Daniel boleh belajar di sekolah! Kenapa sibuk-sibuk nak bawa dia ke sana ke mari?!".

"Di sekolah saya ada kerja lain. Pak cik tahu tak Daniel antara murid paling lemah dalam kelas saya?".

Encik Saifudin terdiam. Dia tidak ambil kesah anak bongsunya itu pandai atau sama-sama bodoh macam cikgunya tu.

Anak sulungnya, Fairuz lebih bagus dari Daniel!.






Cikgu macam ayah saya Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang