Bab 11 | Tiada kemaafan

29 3 0
                                    

AZHAR terlihat kelibat Fauzi terpampang di video rakaman kamera litar tertutup yang sedang dimainkan di komputer riba. Dada Azhar turun dan naik. Wajahnya merah berbahang. Daniel dituduh, Fauzi terlepas. Hebat permainan awak ya, Fauzi?. Pengawal yang memainkan rakaman tersebut bertanyakan Azhar apa sedang dicarinya.

"Encik cari apa?. Tak ada apa-apa lagi saya nak tutup rakaman ni".

Azhar mengeluarkan telefon pintar, menekan ikon kamera maka rakaman itu direkod serta ditangkap gambarnya. Pengawal itu berasa sungguh pelik. Lelaki ni detektif ke?. Ada rupa. Kerja detektif tentu ramai wanita melekat.

"Terima kasih Encik membenarkan saya melihat rakaman ini. Encik perlu melaporkan pada pihak polis sebab saya dah tahu siapa perompak tu". Dengan semangat membara, Azhar mahu memerangkap Fauzi agar mengakui jenayah dan motifnya mengapa dia sanggup merompak.

***

KEESOKAN hari...

BILIK GURU

FAUZI memulakan rancangannya mendekati Azhar. Cikgu sebagus Azhar takkan lah nak dilepaskan begitu saja?. Daniel bukan saingannya. Lagipun, musuhnya itu  tewas. Memudahkan kerjanya mendapatkan perhatian Cikgu Azhar. Dengar cerita lah kan, Cikgu Azhar datang daripada keluarga kaya. Cuba lah tengok kereta sedannya!. Berjenama Honda Camry dipandu bawa ke sekolah. Hari-hari tukar kereta berlainan model dan nilainya. Hari ini Honda, esok lusa Mercedes. Hari mendatang?. Silap-silap bawa Vellfire sebesar alam itu pula!. Kaya benar Cikgu tu!.

Apa pekerjaan Cikgu Azhar sebelum menjadi guru?. Pelik, pelik.

"Cikgu Azhar... ajar saya Bahasa Melayu.. Saya tak pandai lah. Cikgu kan guru paling baik?". Fauzi bersikap manja. Kedua-dua matanya berkelip-kelip umpama watak anime ketika sedang membuat gaya comel.


Kepala Azhar mendongak. Buku latihan yang baru separuh ditanda diberhentikan seketika. Ajar dia Bahasa Melayu?. Eik?. Tiba-tiba saja.

"Kamu nak apa Fauzi?. Kamu dah cukup pandai untuk cikgu ajar Bahasa Melayu". Sengaja aku bersikap dingin supaya dia terperangkap dengan rancangan aku yang bakal dilaksanakan. Azhar menekan pemicit pen merah, sambung semula kerja menanda sambil mendengar permintaan Fauzi.

Fauzi tersentak. DANIEL ! .

"Cikgu tetap nak ajar budak Daniel tu lagi?. Daniel dah kena gantung lah, cikgu. Kenapa masih fikir pasal dia lagi?". Genggaman tangan Fauzi membentuk penumbuk. Dalam kepala Cikgu Azhar tak kesudah Daniel, Daniel!.

"Saya tak kira! Saya nak Cikgu Azhar ajar saya!"

BAM!

Kesabaran Azhar ada hadnya. Fauzi sudah melampaui batas. Sekilas Azhar menghentak meja menggunakan selonggok buku latihan yang baru disusun, membuatkan manusia-manusia di bilik guru itu terkejut kerana cikgu yang penuh dengan kesabaran itu telah naik angin.

"Kamu nak belajar cari guru lain. Bukan dengan saya. Kamu budak pandai, Fauzi. Cikgu tahu kamu adalah salah seorang perompak Kedai Emas Citrawarna. Cikgu akan pastikan Daniel akan dapat keadilan!". Dengan penuh gaya, Azhar mengatakan ayat itu sambil berdiri tegak, malah tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Fauzi tergagap-gagap Azhar berkata dia sudah menemui kebenaran ini. "Cik...gu cakap apa?. Sa...ya buu...kan pe..rompak!. Sa.. ya ka...n baru darjah empat?". Dia berpura-pura berwajah polos. Meraih simpati Azhar.

"Betul ke?. Cikgu dah dapat bukti. Tunggu lah nasib kamu, Fauzi. Mungkin ahli kumpulan kamu yang lain selamat buat masa ni. Tapi untuk akan datang, cikgu minta maaf. Cikgu akan cari ahli kumpulan kamu hingga lubang cacing!". Azhar mengugut. Terkejut Fauzi.

Setenang mana Cikgu Azhar, jangan sangka dia tidak garang.

Kringggg!!!

Waktu kelas sesi tengahari bermula.

"Balik ke kelas kamu, Fauzi. Kamu tentu tak nak ketinggalan kelas Pendidikan Agama Islam kan?". Azhar memasukkan barang-barang mengajarnya ke dalam beg sandang.

"Saya akan buat Cikgu merana!". Fauzi tidak sedar dia sudah biadap dengan seorang guru.

Silap orang lah Fauzi awak ugut saya.

***

TIGA HARI KEMUDIAN...

BILIK PENGETUA

SECARA tiba-tiba-, Fauzi dipanggil ke bilik pengetua. Di sana, Puan Maira, Encik Malik, Mak Senah dan Azhar menantikan kehadiran seorang budak lelaki yang cukup licik itu. Fauzi Dato Malik. Fauzi cukup terkejut ada Mommy dan Daddynya turut dipanggil oleh Puan Pengetua. Mata Fauzi menangkap pada sebuah komputer riba merah yang sudah dihidupkan diletakkan di atas meja. Skrin komputer riba tersebut dihadapkan ke arah mereka berenam.

Puan Norhayati memulakan perbualan. " Baiklah Encik Malik dan Puan Maira. Saya minta maaf kerana memanggil Encik bersama isteri ke sini untuk membincangkan satu perkara yang amat penting. Ini melibatkan anak Encik". Puan Norhayati tidak melanjutkan kata-kata, mengarahkan Azhar terus memainkan rakaman kes rompakan  Kedai Emas Citrawarna.

Nafas Fauzi laju!. Mukanya panas. Tiada akal lagi mahu berbohong!.

"Astaghfirullahalazim! Fauzi! Mommy tak sangka Fauzi merompak?!". Terkejut sungguh anak lelaki angkatnya benar-benar melampau!.

"Daddy cukup kecewa dengan kamu!". Jari Dato Malik menunding tepat.

"Saya telah mendapat tahu cap jari pada gelang emas tersebut bukan milik murid yang tertuduh itu. Tetapi, cap jari itu kepunyaan Fauzi". Gelang emas yang telah disimpan dalam paket lutsinar dikeluarkan dari laci meja.

Apa?! Gelang tu disimpan pengetua?!.

"Tak ada nak cakap apa-apa, Fauzi Dato Malik?. Cikgu nak kamu mengaku kamu adalah salah seorang daripada perompak tu sebelum cikgu serahkan kamu pada pihak polis". Azhar menyilangkan tangan. Tajam pandangan mata diberikan Azhar pada anak muridnya itu.

Fauzi mengakui kesalahannya.

"Fauzi minta maaf, cikgu, Mommy, Daddy. Fauzi curi emas sebab... sebab Fauzi nak duit sendiri. Fauzi masuk wacap goup ( Whatsapp group) budak sekolah menengah. Mereka ajar Fauzi mencuri. Seronok tau, Mommy Daddy!".

PANG!

Dato Malik menampar Fauzi. Kecil-kecil sudah mencuri!. Dah besar esok, jadi perompak bersiri agaknya!.

"Abang!!" Puan Maira menekup mulut.

"Aku tak ada anak jahat macam kau! Kau bukan anak aku!!!". Terbongkar jua kebenaran yang disimpan selama ini. Fauzi menangis teresak-esak. Sakit ditampar Daddynya.

Mak Senah lega pada masa sama kasihan Fauzi menerima kenyataan ini secara mengejut.

"Wuuu.. wuuu. Mommy..., betul ke Fauzi bukan anak Mommy??". Jari Fauzi mengesat-ngesat air matanya yang berjuraian. Puan Maira membongkok, peluk Fauzi.

"Mommy minta maaf ya, sayang. Fauzi bukan anak Mommy. Ibu kandung kamu di sana, sayang". Puan Maira beralih pandang ke Mak Senah, tersenyum pahit.

"Mommy nak kamu panggil Mak Senah 'Mak' ya, sayang. Fauzi dah tak boleh duduk dengan Mommy selepas apa Fauzi dah buat. Ikut Mak balik kampung ya?. Mommy janji akan  lawat kamu di sana". Sekali lagi, Puan Maira memeluk Fauzi dengan erat.

Pada hari ini, Fauzi bukan saja dijatuhkan hukuman bersalah dengan menjalani kehidupan sebagai budak kampung oleh ibu bapanya. Malah, Fauzi perlu menerima Mak Senah sebagai ibu kandungnya.

Cikgu macam ayah saya Where stories live. Discover now