Bab 10 | Kebenaran bakal terjawab

23 3 3
                                    

HERO, selepas saja kau dibawa pergi ke Zoo, aku kembali sunyi. Meskipun aku ada seorang abang, Ibu dan Ayah, aku tidak segembira ketika kau ada. Andai aku punya waktu, aku akan datang menziarahi kamu, Hero. Janji dengan aku, kau akan membesar menjadi seekor harimau yang gagah, mengaum bak halilintar hingga haiwan-haiwan lain berasa gerun akan kau.

Khabar tentang aku telah digantung sekolah tidak diterima oleh kedua ibu bapaku. Mereka memberitahuku aku tidak patut lahir ke dunia ini. Ibu yang bersikap lemah-lembut terhadapku dulu, mengaku hanya Abang Fairuz saja anaknya. Aku terkilan. Hanya kerana kesalahan yang aku tak lakukan, semua orang menghukum ku. Kecuali Cikgu Azhar

Ibu menyuap Abang Fairuz penuh manja di depan aku ketika makan malam. Ayahku pula berterusan memuji Abang Fairuz anak yang paling sempurna di mata mereka.

"Sayang Fairuz anak Ibu!. Makan banyak-banyak ya?. Ibu masak istimewa untuk anak Ibu". Lauk dimasak Ibu hanya Abang Fairuz saja boleh makan. Di atas meja makan ini, Ibu dan Ayah buat pembahagian sempadan. Sebelah kanan lauk Abang Fairuz. Udang masak tomato, asam pedas ikan sembilang, ayam goreng kunyit, sayur bayam itu adalah lauk kegemaran aku. Namun Ibu tidak membenarkan aku makan.

Kerana aku budak lembap.

Daniel hanya dibenarkan makan nasi kosong saja. Encik Saifudin, Puan Dahlia dan Fairuz makan begitu gembira. Lauk sedap, suasana yang harmoni membuatkan Encik Saifudin riak dengan kejayaan anak sulungnya iaitu Fairuz kerana mengambil aliran Sains pada suatu ketika dahulu. Dibandingkan Daniel, anak bongsunya yang lembap itu, tiada apa yang boleh dibanggakan. Makan sedap pun tak ada. Lawan cakap aku, merana lah hidup budak tu!. Diarahkan suruh masuk sekolah yang bagus, protes arahan aku mahu bersekolah punyai mata pelajaran seni!.

Seni tak ada masa depan!
Seni tak ada masa depan!

Encik Saifudin cukup benci dengan mata pelajaran seni. Tak ada gaji tetap, menyusahkan orang tua, peralatan melukis mahal. Itu rungutan Encik Saifudin ketika Daniel
memilih sekolah mana yang akan menjadi pilihannya. Akhirnya sekolah  Daniel pilih sekarang ini lah yang mempunyai mata pelajaran Seni Visual di mana silibusnya lebih luas. Tetapi, Encik Saifudin tidak suka.

"Budak seni dekat sana tak makan? Aku lupa. Dia dah kena gantung sekolah. Nak makan, kau masuk aliran Sains macam abang kau ni, baru dapat makan lauk Mak kau!" Encik Saifudin mengejek. Dalam hati Daniel, dia sangat sedih kerana keluarganya layannya sebegini.

***

PADA MALAM itu, Daniel tidur dalam keadaan lapar. Hinggakan Daniel termimpi-mimpi makanan sedap di dalam mimpinya. Apabila terjaga, ternyata makanan sedap itu tidak wujud, sebaliknya ia hanya sekadar bunga tidur. Pada tubir mata Daniel, setitis air mata akhirnya gugur setelah penat menahannya.

Nenek.... Daniel rindukan Daniel...

Hanya Nenek saja yang sayang kan Daniel. Nenek cium pipi Daniel masa Daniel beraya rumah Nenek. Nenek buatkan Daniel karipap kentang, Nenek peluk Daniel.  Kenapa Nenek tinggalkan Daniel?. Ayah cakap Tuhan lebih sayangkan Nenek. Nenek pergi ke Syurga. Syurga di mana, Nek?. Kalau Daniel boleh ikut, Daniel nak tinggal dengan Nenek di sana...

Daniel kembali tidur selepas penat menangis. Bantal Daniel basah terkena air mata kesedihan.

Dia sangat merindukan arwah Neneknya. Pada saat-saat ini, Daniel seperti mahu arwah Neneknya kembali ke dunia. Takdir Tuhan, yang telah pergi, tidak akan kembali.

Nenek....

Nenek...

Akhirnya Daniel terlelap sambil mengenang memori manis bersama arwah Nenek.

***

AZHAR akan menyiasat kebenaran kes rompakan yang menyebabkan Daniel digantung sekolah. Menurut Pengetua sekolah, nama kedai emas dirompak itu adalah BUNGA CITRAWANA, berada tidak jauh dari bandar. Oleh kerana hari ini hari Sabtu, dia tiada kelas. Maka, Azhar mempunyai masa yang panjang menyiasat kes ini.

Ruang kedai emas dijejak Azhar. Kagum melihat perhiasan ruangan kedai dan rekaan kaca pameran yang menempatkan pelbagai jenis gelang dan cincin. Seorang pekerja wanita bertudung disoal.

"Cik, pada hari kejadian, cik nampak tak muka si pelaku yang curi emas di kedai ni?". 

Wanita itu menjawab dengan jujur. Kesaksiannya akan menjadi bukti Daniel tidak bersalah. " Saya ternampak seorang budak lelaki berlegar-legar di kaca pameran gelang emas. Masa tu saya tak dapat perhatikan sangat sebab kena layan pelanggan datang membeli. Beberapa minit selepas itu, siren amaran berbunyi, selepas budak lelaki tu pergi. Oh!, dia juga ada bawa sebuah beg hitam!". Ujar wanita bernama Mia.

"Kedai ni ada kamera litar tertutup kah?. Boleh saya lihat rakaman pada hari kejadian?". Azhar meminta kebenaran Mia untuk melihat rakaman kes rompakan.

"Saya tanya majikan saya dulu ya, encik". Mia menghubungi majikannya melalui telefon.

5 minit selepas itu...

"Encik, majikan saya benarkan encik pergi ke bilik kawalan di tingkat 2. Encik naik tangga di sebelah pintu ini ya". Jari telunjuk Mia ditunding ke anak tangga.

Azhar mengucapkan terima kasih.

"Baik lah, cik. Terima kasih". Azhar meminta diri menuju ke bilik kawalan.

Daniel, cikgu akan selamatkan kamu.







Cikgu macam ayah saya Where stories live. Discover now