Bab 13

35 3 2
                                    

SELEPAS waktu sekolah tamat, Hisham membawa Daniel ke hospital melawat Azhar yang sudah ditempatkan di wad. Daniel melalui koridor wad hospital dengan perasaan berdebar-debar. Tidak pernah sekali melihat cikgunya sakit. Apatah lagi jatuh pengsan. Apabila seseorang itu jatuh pengsan, ia menandakan tubuh seseorang itu tidak berasa sihat atau sedang menghidap penyakit kronik. Pada tangan Daniel, terdapat jambangan mawar merah dipegang kemas untuk dihadiahkan kepada Azhar.

Mawar itu pilihan Daniel. Dia belajar perbuatan memberi hadiah kepada seseorang melalui rancangan pendidikan kanak-kanak yang ditayangkan di kaca Televisyen. Rancangan itu sangat bagus mendidik golongan muda seperti Daniel.

WAD KENANGA
MUHAMAD AZHAR

"Cikgu Hisham, saya takut. Saya takut Cikgu Azhar sakit. Saya tak nak Cikgu Azhar sakit". Daniel mempamer wajah sedih. Mereka berdua telah sampai di hadapan pintu ward Azhar. Perasaan takut semakin menebal.

"Tak ada apa lah. Cikgu kamu okey tu. Penat barangkali. Kamu tahu kan Cikgu Azhar seorang yang kuat bekerja?". Senyuman Hisham terukir kecil. Daniel tidak lagi berasa takut setelah mendengar kata-kata Hisham.

"Jom masuk. Cikgu kamu dah tunggu". Daun pintu ditolak.

"Assalamu'alaikum, Zah".

Daniel mengikut rapat belakang Hisham. Azhar ada tetamu. Seorang wanita muda berusia 24 tahun. Cantik orangnya. Bertudung bawal kuning, dan berbaju kurung berwarna pic.

"Haa... sampai pun kau, Sham. Eh, Daniel pun ada?. Hai Daniel. Daniel duduk dengan cikgu ya". Azhar menggerakkan sedikit tubuhnya, memberi ruang di katil agar Daniel boleh duduk. Gadis muda itu hanya tersenyum nipis melihat Daniel berjalan melintasinya. Hisham mengambil kerusi tambahan yang kosong sebelah Khadijah. Dia duduk jauh sedikit daripada Khadijah demi menjaga jarak antara bukan mahram.

"Kau sakit apa, Zah?. Tiba-tiba pengsan. Sepanjang perjalanan Daniel risaukan kau". Hisham mengalih pandangan ke Daniel. Daniel termalu-malu. Dia sangat sayangkan Azhar. Azhar tertawa kecil. Allah... kesian Daniel. Tak pasal-pasal dia risaukan aku. Aku mencapai tangan Daniel lalu ku genggam erat.

"Kamu jangan risau ya, Daniel. Cikgu pengsan sebab cikgu penat. Cikgu dah sihat nanti, cikgu ajar kamu Bahasa Melayu lagi tau". Ceria saja nada Azhar. Khadijah tersenyum. Rapatnya dia orang berdua ni. Daniel mengangguk. Janji tau cikgu!.

Daniel membalas genggman Azhar dengan pelukan.

"Daniel sayangggg cikgu!".

Hisham ketawa gembira. Begitu juga Khadijah. Hubungan mereka takkan dapat dipisahkan. Jika datangnya ujian, mereka akan mengharungi ujian itu bersama lalu bersatu kembali. Salah seorang pergi, akan terasa kehilangan. Daniel separuh dari nyawa Azhar. Tiada Daniel, maka, hilang lah separuh nyawa Azhar itu. Baru-baru ini, Azhar selalu melakukan aktiviti bersama Daniel di sekolah. Sama ada di kelas, mahupun waktu rehat, mereka tak pernah berjauhan walau sesaat.

Jambangan bunga yang dipegang oleh Daniel semenjak tadi, Hisham meminta jambangan bunga tersebut diberikan kepada Azhar.

"Daniel, Kamu nak bagi bunga tu pada cikgu kamu kan?. Bagi lah. Disebabkan cikgu kamu pegang tangan kamu, kamu pun terus lupa. Hehe". Hisham menyakat. Azhar mengerutkan dahi. Ada bunga untuk aku?. Baiknya hati awak, Daniel. Aku tersengih-sengih. Kali pertama dapat bunga. Selalu orang perempuan saja dapat bunga. Aku pun dapat?. Haha. Rezeki, rezeki. Alhamdulillah. Batang belakang leher diusap. Segan.

Lalu, Daniel pun memberi jambangan bunga tersebut kepada Azhar. Semasa dia hendak memilih hadiah untuk Azhar, hampir dekat sejam Daniel membuat pilihan hendak yang mana satu. Orang sakit tak boleh bagi hadiah sembarangan. Ada maksud dan akibatnya jika tersilap pilih hadiah. Akhirnya, bunga mawar jadi pilihan.

"Ini untuk cikgu. Cikgu cepat sembuh tau". Nasihat si anak murid.

"Terima kasih Daniel". Azhar sangat menghargai bunga pemberian Daniel ini. Perasaannya tidak dapat diungkapkan. Setelah kedua ibu bapanya pergi, senyumannya hilang untuk seketika. Pertemuannya dengan Daniel telah memulangkan kembali segaris senyuman.

Hisham menarik nafas lega setelah melihat sahabatnya itu tersenyum.

Sahabat aku dah kembali.

***

PUAN DAHLIA memasukkan beg pakaian dia, suami dan Fairuz ke dalam bonet kereta Grab dalam keadaan kelam-kabut. Mereka mahu meninggalkan rumah ini sebelum Daniel pulang. Aku dah tak nak jaga budak menyusahkan tu lagi!. Belajar tak pandai, asyik gagal ujian!. Cikgunya pula tipu aku Daniel sudah boleh bersekolah!. Mengarut apa cikgu tu?. Budak bermasalah macam dia tak boleh sekolah!. Timbulkan masalah saja!. Hari ni rompak kedai emas, esok lusa rompak bank!.

Budak seperti Daniel, hantar rumah kebajikan sana saja layak!. Pak cik Saifudin sudah menempah bilik hotel yang mahal di Kuala Lumpur. Meskipun keluarga Pak Cik Saifudin sederhana, mereka mampu menyewa bilik hotel.  Puan Dahlia serta keluarganya telah merancang mahu meninggalkan Daniel bersendirian. Mereka merasakan Daniel sering membawa masalah bertimpa-timpa.

"Mu dah siap kemas? Abang dah tempah bilik hotel. Malam ni boleh daftar masuk". Kerusi roda diputar menggunakan kedua tangan. Agak susah. Kerana Pak cik Saifudin sebelum ni mengayuh kerusi rodanya menggunakan kaki kiri. Tetapi kakinya sudah tidak kuat. Dia berusaha menggunakan kudrat tangannya pula.

"Dahhhh!. Tinggal mu je tak siap-siap lagi!. Tak pakai lampin apa semua!. Daniel balik nanti, dia banyak tanya!". Sudah siapkan beg, suaminya pula masih pakai baju yang dah dua minggu tak bertukar. Puan Dahlia menggeleng.

Kemeja putih yang dilipat kemas di atas sofa dicapai. Pak cik Saifudin buat hal lagi. Dia mengarahkan isterinya memakaikannya baju dalam nada memaksa malah mengugutnya.

"Pakaikan abang baju. Mu nak pergi jalan kan?. Nak pergi jalan, ikut cakap abang. Kalau tak, duit abang tak halalkan. Mu nak makan duit haram?". Pak cik Saifudin mempamar wajah sombong.

Hish!. Orang tua ni!.

***

HISHAM memberhentikan keretanya di hadapan pagar rumah Daniel. Dia hairan. Rumah anak muridnya ini gelap gelita seperti tidak berpenghuni. Daniel turut berasa hairan serta terkejut. Pagar dikunci, lampu rumahnya tidak terpasang.

"Mak ayah kamu tak ada dekat rumah ke? Gelap saja rumah". Hisham mengintai-intai rumah Daniel di celah-celah cermin.

"Saya tak tahu, cikgu. Saya turun sekejap".

Hisham turut menuruni dari keretanya, menemani Daniel.

Terdapat sehelai kertas putih ditampal pada pagar. Daniel mendapati tulisan yang di dalam kertas tersebut adalah tulisan Ibunya.

Ibu dah tak duduk sini lagi. Kamu pandai-pandai lah jaga diri.

Selepas membaca nota itu, Daniel terus menangis.

"Ibuuuu!".









Cikgu macam ayah saya Where stories live. Discover now