Tia Aralyn menatap mata Harraz Emir dengan air mata.Wajahnya basah dengan air mata.Harraz mengelak dari menatap mata Tia.Dia tahu ini adalah salahnya.
"Abang tipu Tia..Abang tipu!!Abang tahu tak berapa lama Tia tunggu abang di cafe tu?sampai cafe tu hampir tutup Tia tunggu abang!!"Tia merenung anak mata Harraz mencari jawapan.
"Abang tahu ini semua salah abang.."Harraz cuba menyentuh bahu Tia.Namun Tia mengelak dia kecewa dengan Harraz.
"Ini bukan pertama kali Abang..dah banyak kali berlaku tapi Tia selalu diamkan je telan apa yang abang buat dekat Tia.."
"Sorry..Abang terlalu banyak kerja sampai lupa janji abang untuk dinner tu.."Harraz cuba memujuk.
"See...abang terlalu sibuk pasal kerja abang..Tia tahu yang kerja tu punca rezeki kita tapi takkan lah sibuk kerja sampai lupa janji abang?lupa tanggungjawab abang?abang sedar tak yang kita sekarang jarang jumpa sebab apa?sebab apa?sebab abang terlalu sibuk kerja!Tia cuba hadkan jadual kerja Tia untuk spend time dengan abang..tapi abang?abang tak kesah pasal Tia!weekend pun abang kerja!habis Tia ini apa abang?tunggul?"Luah Tia apa yang terbuku dalam hatinya selama ini.
"Sayang..."
"No!!Tia tak habis lagi..Abang tolong lah berubah..Selama ini abang nak Tia faham kerja abang..Tia faham tapi disebabkan Tia diamkan abang semakin menjadi!!Yes kerja tu penting!tapi rumah tangga kita pun penting..Rumah ini bukan hotel untuk abang singgah je..Di rumah ini ada isteri abang Tia Aralyn.."sambung Tia.
"Maafkan abang..abang janji.."
"Tak!janji abang dah tak boleh pakai!satu janji pun abang tak dapat laksanakan..abang tolong berubah..sebelum Tia yang berubah"sayu kedengaran suara Tia seakan merayu sebelum meninggalkan Harraz di ruang tamu.
Tia menapak anak tangga menuju ke bilik dengan hatinya yang terluka.
Harraz terduduk atas sofa di ruang tamu.Tangan kasarnya meraup wajah.Nampak gayanya Tia terlalu kecewa dengannya.
...........
Harraz menapak masuk kedalam bilik tidur mereka.Nasib baiklah Tia tidak mengunci pintu bilik.Walaupun Tia marah dengannya tapi Tia masih hormatinya sebagai suami.
Tubuh Tia di atas katil ditatapnya.Tia mungkin sudah dibuai mimpi.Sengaja dia masuk lewat ke dalam bilik untuk memberi ruang untuk Tia.
Harraz menuju ke bilik air untuk membersihkan badannya yang sudah meleket itu.Tuala dicapai sambil berjalan dengan perlahan tidak mahu kejutkan Tia.
Tubuh Harraz direbahkan disebelah Tia selesai mandi tadi dia solat isyak dahulu.Harraz berbaring lalu menatap wajah Tia yang sedang tidur itu.Kesan air mata isterinya kelihatan.
"I'm sorry sayang.."Ucap Harraz lalu mengucup dahi Tia dan menarik Tia kedalam dakapan.
"I'm sorry.."Ucapnya lagi.
Harraz tahu dia buat salah.Dia selalu lukakan hati Tia.Namun isterinya selalu diamkan.Harraz meletakkan dagunya diatas ubun kepala Tia.
"Good night sayang.."ucap Harraz sebelum dia tidur.Pelukannya dieratkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOSS WAYAR AS HARRAZ EMIR.
PINTERES GIRL AS TIA ARALYN.
EURO YOTSAWAT AS THAQIF ADAM.
YOU ARE READING
TERNYATA HANYA KAMU(C)
RomancePerkahwinan TIA ARALYN bersama HARRAZ EMIR makin pudar warnanya.Perkahwinan yang retak menanti belah.Rumah tangga mereka memasuki tahun ke 3 itu tak seindah yang disangka. Apa yang terjadi apabila rasa cinta mula pudar yang hanya ada rasa sesal dala...