Pukul 10 pagi mereka keluar dari hotel untuk berjalan di tanah tinggi Cameron Highland.
Lokasi pertama mereka adalah Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highland.Tempat ini seperti lokasi yang wajib untuk sesiapa yang datang ke tanah tinggi ini..
Pelbagai bunga yang ada disini.Tia sangat teruja melihat bunga-bunga yang mekar indah itu.Harraz setia genggam erat tangan isterinya yang teruja itu.
"Abang tengok bunga ni cantik..dulu kan emak suka tengok bunga-bunga sini..kalau kami datang Cameron mesti singgah sini.."ceria Tia bercerita lalu meraih lengan Harraz lalu memeluk mesra..Harraz tersenyum melihat Tia.
"Kenapa sayang abang cantik sangat harini?"soal Harraz mencuit hidung Tia..
Tia tersenyum malu mendengar puji dari Harraz..
"Abang ni mengarutlahh..."Tia memukul dada Harraz lalu ingin beredar dari situ.
"Ehhh tunggu laa abang.."Harraz kembali menarik tangan Tia.
"Ishh cepatlahh..orang nak pergi booths depan tu.."Tia menunjuk kearah beberapa biji khemah yang didatangi ramai penghujung.
.......
Boh Tea Centre menjadi destinasi yang seterusnya.Tia dan Harraz berjalan mengikut anak tangan sambil menikmati udara segar dan pandangan yang menghijau.
Beberapa kali mereka berhenti ditepi untuk mengambil gambar mereka bersama pokok-pokok tea.
Ada juga beberapa gambar yang mereka meminta orang lain ambilkan.Itu sudah kebiasaan di negara ini untuk orang lain menolong kita untuk bergambar..
"Sayang tak penat ke dari tadi jalan sana sini?"soal Harraz hairan melihat Tia yang sentiasa ceria tiada kata penat darinya.
"Tak..kenapa?abang penat ke?"soal Tia pula.
"Taklah...jom minum tea atas tu..ada kek juga kan kat sana?"Harraz menarik tangan Tia mengikut langkahnya.
Sampai saja restaurant di atas terus mereka duduk di tempat kosong.Tia menilik beberapa keping gambar didalam telefon.
Sementara Harraz pergi membeli air tea bersama kek yang dipinta Tia.
Gambar Harraz memeluk bahu Tia berlatarkan pemandangan pokok tea dimuatnaik di intagram miliknya.Gambar yang wajah Harraz ditutupi cap hitam..
Sememangnya Tia suka post gambar yang tidak menunjuk muka di instagram kecuali di instagram story itu pun kadang-kadang.ini gambar pertama mereka setelah dua tahun dan gmbar-gambar sebelum ini di achive oleh Tia.
"Sayang buat apa tu?"soal Harraz meletakkan dulang yang berisi tea,strawberry kek,muffin dan roti sosej..
"Update gambar kat instagram.."Tia menutup kembali telefon setelah dia upload satu story yang merupa video pemandangan di Boh Tea Centre..
"Sayang tag abang tak?"soal Harraz.
"Tag laaaa"Tia menuang air tea ke dalam dua cawan yang disediakan..
Harraz jarang update di instagram kalaupun dia update itupun gambar kaki,tangan,topi yang menutup wajah..
Harraz membuka telefon aplikasi instagram dibuka.Gambar yang diupdate Tia di like dan di komen emoji hati berwarna putih..
"Nak telefon abang jap.."pinta Tia.Harraz pun berikan telefon miliknya.Asyik Tia dengan telefon Harraz.Harraz pun ambil telefon Tia yang berada diatas meja.
Klik..!
Harraz angkat wajah melihat Tia yang seperti mengambil gambar.
"Abang duduk diam.."arah Tia lalu tangan menyentuh tangan Harraz dan mengambil beberapa keping gambar dan juga mereka sempat berselfie.Gambar makanan tak dilupakan.
YOU ARE READING
TERNYATA HANYA KAMU(C)
RomancePerkahwinan TIA ARALYN bersama HARRAZ EMIR makin pudar warnanya.Perkahwinan yang retak menanti belah.Rumah tangga mereka memasuki tahun ke 3 itu tak seindah yang disangka. Apa yang terjadi apabila rasa cinta mula pudar yang hanya ada rasa sesal dala...