TERNYATA HANYA KAMU 1

1.3K 38 0
                                    

Harraz melangkah turun anak tangga dari atas.Tiada kelibat Tia mungkin isterinya itu sudah pergi ke kerja.

Tia seorang arkitek di satu syarikat di bandar mereka manakala Harraz seorang engineer pembinaan sebuah cawagan dari syarikat keluarganya.

Sudah hampir sebulan berlalu sejak mereka bertekak.Kini mereka masih dingin antara satu sama lain.Tiap kali dia keluar untuk berkerja Tia lebih dahulu keluar.

Walaupun mereka masih tidur sebilik namun mereka tak mesra.Perkahwinan yang hampir memasuki tahun ke 3 kian pudar warna kebahagiaan.

Harraz menuju ke dapur.Diatas meja makan terletak penutup saji.Breakfast yang disediakan Tia.Satu lagi walaupun mereka dingin Tia masih masak untuk makan.

Dibuka tudung saji terhidang semangkuk mee goreng bersama telur goreng.Tak dilupakan hot coffee.

Harraz mengambil piring disendukkan mee ke dalam piringnya.Setelah membaca doa makan Harraz menjamah mee goreng itu.

Selesai mengisi perut Harraz dengan terburu menuju ke pintu utama.Dibuka almari kasut Harraz terpandang satu sampul surat yang diletakkan di atas almari kasut.

Dengan debaran yang kuat Harraz mencapai sampul surat itu.

Dalam sampul itu ada nota kecil serta beberapa helai surat.

PERMOHONAN PENCERAIAN

NAMA:TIA ARALYN BINTI RAZAK.
UMUR:25 TAHUN

DIAJUKAN KEPADA
NAMA:HARRAZ EMIR BIN HISHAM
UMUR:30 TAHUN

Harraz membaca satu persatu isi surat-surat itu.Dia tak terkejut akan surat itu namun bagai ada satu perasaan yang perit di hatinya.

Sememangnya rumah tangga mereka memang dihujung tanduk.Mereka berdua sudah hilang kemesraan dalam hubungan mereka.

Dibacanya pula nota kecil.Terdapat tulisan Tia diatas nota itu.

Assalamualaikum Abang,

Maafkan Tia jika hati abang terluka dengan tindakan Tia.Jujur Tia sudah letih dan penat untuk pertahankan perkahwinan kita.kita berdua berusaha untuk berubah menjadi baik tapi masih tetap kita tak dapat menjadi kita yang dulu.

Abang..sejujurnya Tia beruntung dapat bersama abang namun mungkin sudah takdir kita yang tiba tiba berubah menjadi begini.Maafkan segala salah Tia dan halalkan semuanya yang abang berikan untuk Tia.Terima kasih sebab pernah cintakan Tia..Assalamualaikum...

Tia Aralyn.

Harraz terduduk membaca nota tangan dari Tia.Dia dapat rasa kesakitan Tia selama ini.Dia gagal menjadi suami yang baik.

"Maafkan abang Tia.."gumamnya sambil mengenggam surat itu.

........

Tia memandu kereta Honda City miliknya menyusuri lebuhraya keluar dari Bandar Pulau Pinang itu..Keretanya memasuki jalan ke jambatan Sultan Abdul Halim atau dikenali jambatan kedua Pulau Pinang.

Tujuannya satu iaitu keluar dari Pulau Pinang dan menuju ke Kuala Lumpur.Dia juga sudah berhenti kerja di syarikat yang Tia kerja sebelum ini.

Tia kuatkan semangat walaupun penceraian itu kehendaknya namun jujur ada rasa sakit.Hatinya terluka ketika mengisi surat penceraian itu.

Tanpa sedar air matanya mengalir entah ke berapa kali sejak dia tinggalkan surat perceraian di rumah mereka.

"Tia..kau perlu kuatkan hati dan diri kau.."ujar Tia kepada dirinya sendiri.

Keretanya menyusuri jambatan.Tingkap Kereta sebelah pemandu dibuka.Angin deras menyapa pipinya.

.........

Harraz termenung di dalam pejabatnya.Ketukan pintu menyedarkan ke realiti.

"Masuk.."laung Harraz.

Muncul Faris sahabat baiknya yang berkerja satu syarikat dengan Harraz.

"Dua tiga hari ni kau asyik termenung je..kau ada masalah ke?"soal Faris lalu duduk di kerusi hadapan Harraz.

"Tia.."Harraz meraup wajahnya.

"Kenapa dengan Tia?"

"Dia tinggalkan aku..dia ajukan permohonan cerai.."Harraz menatap wajah terkejut faris.

"What?kau buat apa dekat dia?dari dulu aku pesan kau patut slowkan kerja kau..aku tahu kau seorang yang workaholic but you're married..kau ada tanggungjawab lain..see at the end kau yang menyesal kan?"

"Tahu..aku tahu ini salah aku..aku sedar yang satu hari nanti Tia ada bosan dengan aku sebab aku workaholic but taktahu kenapa susah untuk aku berubah.."Harraz memandang ke luar dinding kaca pejabatnya.

"Kau tau sebab apa kau tak boleh berubah?sebab kau selfish..kau fikir Tia akan faham kau and sabar dengan perangai kau.."Faris tak setuju dengan perangai sahabatnya itu.

"Aku selfish?"

"Yess..you're selfish.."

Harraz merengus kasar.

"Kau tahu dia pergi mana?"soal Faris.

"Kuala Lumpur..itu location terakhir yang aku jejak dengan nombor telefon dia..tapi aku tak tahu di mana dia tinggal dengan detail.."

"Dia anak yatim piatu kan?and dia anak tunggal setahu aku..apa yang kau buat dekat Tia sangat kejam.."Faris pernah mengenali Tia ketika dia menolong Harraz mendapatkan Tia.

"Yaa dia anak tunggal and tiada family..rumah arwah mak ayah dia dekat Kedah..but dia tak balik Kedah..aku tahu aku kejam.."

"Jadi kau setuju ke untuk bercerai..!"soal Faris.

"Tak...aku akan bagi dia ruang dulu.."

"Aku doakan semoga jodoh korang panjang..perempuan kalau kecewa payah nak pujuk..remember that.."Ujar Faris lalu beredar dari pejabat Harraz.

Harraz memandang Faris yang keluar dari pejabatnya dengan ekor mata.Hujung ayat Faris itu entah kenapa membuatkan gugup.

.........

Tia bermalas-malasan diatas katil.Kini dia tinggal di sebuah kondo yang dia sewa.

Shah Alam.Tempat baru yang dia ingin mulakan hidup baru.Dia hanya menunggu untuk tawaran kerja dan panggilan untuk mahkamah syariah jika Harraz telah menanda tangan surat perceraian itu dan serahkannya.

Mulanya dia ingin tinggal di kawasan Kuala Lumpur namun mungkin bukan rezekinya di situ.Sahabatnya telah mencadangkannya untuk tinggal di Shah Alam,Selangor.

Album photo di telefonya di buka.Gambar-gambar dirinya bersama Harraz di tatap satu demi satu.

Mahu saja di delete namun hatinya masih berat.Jujur walaupun dia kecewa dengan Harraz namun masih ada cintanya untuk Harraz.

Tak semudah itu untuk dia hilangkan rasa cinta yang selama ini menjadi milik Harraz.

Wajah Harraz tersenyum lebar ketika mereka bercuti di Istanbul itu ditatapnya tanpa sedar jatuh air matanya.

"I miss you abang..Tia rindukan abang yang mula mula Tia kenal..I'm sorry jika lukakan hati abang dengan tindakan Tia ni..Tia harap ini keputusan yang terbaik untuk kita.."ujarnya sendiri.

Setengah jam berlalu Tia tertidur bersama telefon yang memaparkan gambar wajah Harraz.Digenggam erat telefonya seperti tak mahu dilepaskan.

Aku bukan berhenti mencintaimu,aku hanya berhenti mengharapkanmu..

Tbc.

TERNYATA HANYA KAMU(C)Where stories live. Discover now