TERNYATA HANYA KAMU 17

503 13 0
                                    

Tia diam seribu kata sepanjang perjalanan keluar dari rumah sewa hingga masuk ke susur lebuhraya utara selatan menuju ke Seremban.

Kereta yang dipandu Harraz menyusur lorong kanan lebuhraya.Suasana kenderaan agak lenggang.Sejak kejadian dia bertemu Sally bersama Harraz..Tia tak pernah bertemu Harraz hingglah harini.

Pokok-pokok rimbunan diluar tingkap dipandangnya dari tadi.Tia mengelak untuk berbual dan menoleh kearah Harraz yang sedang memandu.

Harraz sebenarnya dari tadi cuba untuk berbual namun dia mengelak.Rasa marah dan kecewa bercampur mengingatkan kejadiaan tempoh hari..

"Tia...Awak memang benci saya ke?"soal Harraz cuba memecah hening dalam kereta BMW 3 series berwarna silver itu.

Tia hanya diam terkutik.Harraz meraup wajahnya dia cuba bersabar.

"Tia!"

"Tia..!saya cuba macam macam cara untuk awak terima saya balik!untuk maafkan saya!tapi awak!awak langsung tak cuba terima saya balik!Tia Aralyn.. I'm still your husband.."suara yang agak tinggi itu mengejutkan Tia.

"Saya cuba..saya cuba berubah selama ini untuk awak..awak memang benci saya ke?awak layan orang lain dengan baik..lelaki lain awak layan baik tapi dengan saya?awak layan saya macam orang luar!!Saya suami awak..Tia Aralyn..!"Harraz menumbuk stering kereta.Bahu Tia terhinjut terkejut.

"Bila saya cuba dekat dengan awak..awak selalu cakap yang awak terluka,kecewa sebab saya..tapi awak pernah fikir saya terluka ke tak sebab perangai awak ni?!"

"Ada saya suruh awak dekat dengan saya lagi?ada saya cakap perangai saya elok?tak!!saya tak minta pun awak pujuk saya!Harraz..saya pernah bagitahu awak yang saya dapat maafkan awak tapi bukan untuk terima awak kembali..!tolong laa faham...."Luah Tia sebak menahan tangisan.

"Tolong faham awak..?saya ni?awak taknak faham ke?perasaan saya?jiwa saya?rindu saya untuk awak?ada awak fikir..?besar sangatkah salah saya?"ungkap Harraz dia menukar laluan kereta ke laluan kiri ketiga.

Tia menundukkan kepalanya.perlahan setitik demi setitik air mata jatuh ke riba.Harraz menoleh kearah Tia yang sedang menangis..

"Please don't cry sayang..."pujuk Harraz perlahan tangan kanan Harraz naik ke kepala Tia..

"Selama ni awak minta maaf dekat saya..ada awak tanya alasan utama saya tinggalkan awak..?Ada awak tanya kenapa saya tekad pergi dari hidup awak..?"perlahan suara Tia kedengaran dengan hiba.

"Alasan utama..?Tia awak tinggalkan saya sebab ego dengan workaholic saya kan?sayaa dah berubah Tia.." Harraz kembali fokus kepada pemanduannya.

"Jadi awak fikir itu alasan utama?awak salah!"Tia mendongak kepalanya menoleh kearah Harraz..

"Weekend..September 2020 hari ahad..awak cakap ada kerja di pejabat jadi awak kena masuk kerja..saya percaya lagipun saya dah lali dengan sikap workaholic awak tu..kerana cinta saya bertahan dengan awak..tengahari tu saya masak untuk awak..saya bawa makan tengahari ke pejabat awak..tapi Harraz awak cuba teka apa yang saya nampak..?"

Harraz hanya diam memikirkan apa yang Tia nampak hari itu.Lagipun sudah lama dia pun mungkin sudah lupa..

"Saya nampak Sally yang waktu tu intern di syarikat awak..dia suap awak makan tanpa rasa bersalah..awak layan sikap manja dia..saya nampak dengan mata saya sendiri awak siap bergelak ketawa..padahal saya dah tawarkan diri untuk menemani awak ke pejabat waktu weekend tapi awak tolak..awak kata hanya awak seorang je masuk pejabat hari tu..tapi awak tipu!!Awak tipu saya!!Awak berduaan dengan Sally di belakang saya..!tiada sesiapa tahu perkara ni..saya pendam seorang diri..hati saya hancur berkecai dengan penipuan awak..Awak tipu saya..awak curang dengan saya.."Luah Tia panjang lebar.Harraz terkedu dengan luahan Tia..

"Tia..saya tak curang dengan awak..percaya lah waktu itu hanya satu kesilapan yang besar.."Harraz cuba menyakinkan Tia..

Keretanya dibelok ke susur kanan menuju ke rnr yang berdekatan.Tangisan Tia makin menjadi-jadi..kereta Harraz diparking di bawah pohon rendang.Tali pinggang keselamatan Harraz dibuka dia berpusing kearah Tia.

Bahu Tia disentuh mengubah kedudukkan Tia untuk memandangnya.Tali pinggang keselamatan Tia dibuka Harraz.

"Sayang..tengok abang.."wajah Tia disentuh lembut.Pipi Tia basah kerana air mata itu dielus perlahan.

"Saya benci awak!saya benci penipuan awak!!"Jerit Tia..nasib laa dia parking kereta agak belakang jadi tiada orang yang lalu lalang.

"Dengar ni..masa tu hanya satu kesilapan..Tia percaya laa saya.."

Tia melarikan wajahnya dari tangan Harraz.

"Jadi awak nak saya fikir apa tentang awak dengan Sally?tempoh hari awak pun teman dia ke pejabat klien saya..awak tolong rampas projek untuk dia yang saya sudah deal hanya tertangguh je meeting kedua..berubah sekelip mata semuanya..Harraz Emir..awak nak saya fikir apa lagi?"lemah suara Tia..

"Awak..saya tak tolong Sally rampas projek tu..dia tipu awak..pasal projek tu Sally yang dapat sendiri kalau dia rampas pun..bukan saya yang tolong dia.."Harraz cuba menjelaskan.

"Tak kesah laa awak tolong dia ke tak..semua dah ditetapkan saya bukan untuk awak..hati saya tak kuat Harraz..!tengok orang yang kita sayang bermanja dengan perempuan lain..!"tempelak Tia..

"Jadi awak ingat saya tak sakit hati tengok awak dengan Thaqif?Awak layan dia berbeza dengan awak layan saya..walaupun awak tahu dia sukakan awak tapi awak still layan dia..!"ungkap Harraz..

"Awak jangan nak bawa Thaqif dalam ni..dia tak pernah melebihi had dia sebagai seorang kawan..dia selalu ingatkan saya sebagai isteri awak..!even dia sukakan saya!cintakan saya!tapi dia tak pernah cuba buat benda yang bukan-bukan..jadi awak tak perlu bawa Thaqif masuk dalam hal ini..berbeza Thaqif dengan Sally.."Harraz tersenyum sinis..

"Awak pertahankan Thaqif?"

"Itu faktanya Harraz!!awak tahu tak betapa hancur luluh hati saya hari tu?nampak awak disuap makan?bergelak ketawa!Sally urut awak dengan manja sekali!"Air mata Tia makin laju mencurah..

"Tia!!itu satu kesilapan!benda tu terjadi hari tu je..Tia percaya lah saya tak curang dengan awak.."Bahu Tia disentuh kejap.

"Lepaskan saya..!"luah Tia..

"Tak!Tia saya takkan lepaskan awak!!i love you so much Tia.."Harraz menarik Tia kedalam pelukannya.Tia meronta-ronta dalam pelukan Harraz yang kejap itu.

"Saya benci awak Harraz..!"Tia memukul dada Harraz..

"Tia..I'm sorry..i love you sayang.."Sedikit pun Harraz tak berganjak dia tetap memeluk Tia dengan erat..

"Saya benci awak..."lemah suara Tia.

Lama Harraz memeluk Tia yang tak lagi meronta-ronta itu..Harraz mendengar sisa tangisan Tia yang semakin perlahan itu.

Sisi kepala Tia dikucup Harraz lembut.Dielus lembut kepala Tia yang dibaluti tudung bawal itu.

"Tia..?"Harraz memanggil lembut apabila dia berasa tiada tangisan dari Tia.

"Tia..."Harraz merungkai pelukan dengan perlahan.Dia tersenyum kecil melihat Tia sudah tertidur itu.Mungkin penat menangis.

Perlahan Tia dibetulkan kedudukkannya.Harraz menurunkan seat penumpang menjadi datar.Diambil kot di seat belakang menyelimuti tubuh Tia dipakaikan tali pinggang keselamatan..

Harraz merenung lembut kearah wajah lena Tia.Kesan air mata masih ada di wajah.Perlahan Harraz menjatuhkan kucupan di dahi Tia.

Hanya tuhan yang tahu hatiku,saat kau mungkir janjimu,Jiwaku meratap pilu.

Tbc

TERNYATA HANYA KAMU(C)Where stories live. Discover now