TERNYATA HANYA KAMU 31

468 13 1
                                    

Tia mencari Harraz dalam rumah tapi tiada kelibat Harraz.Pelik Harraz kata dia balik awal kenapa tak ada di rumah?

Setelah hantar Thaqif ke rumah familynya terus dia pulang kerana tak mahu Harraz menunggu seperti semalam..

"Hmm ada kerja kut.."Gumam Tia.

Dia pun membersihkan diri lalu solat maghrib.Penat rempuh lalu lintas yang jem tadi belum hilang tapi itu sudah terbiasa kerana berada di bandar yang sibuk.

Selesai solat maghrib Tia turun ke bawah menuju ke dapur.Ingin masak sesuatu yang mudah kerana dia lapar sekarang ni..

Tia mencari sesuatu yang sedap dan ringkas untuk di masak..Kabinet dapur dibuka saty persatu.Akhirnya sebungkus maggie tomyam diambil.

"Makan maggie pun sedap.."entah kenapa terbayang saja maggie tomyam terus kecur air dalam mulut.Maggie jee kut...

Periuk berisi air diletak atas api.Kaki menuju ke peti sejuk dikeluarkan sayur sawi,cendawan enoki,cili merah dua batang dan dua biji telur.

Tia pecahkan dua biji ke dalam mangkuk sebatang cili dipotong ke telur sedikit perasa lalu dikacau.

Air yang sudah mendidih Tia masuk perencah maggie tomyam dan cili yang dipotong.Sayur sawi dipotong dan cendawan di leraikan kecil.

Kuah sudah mendidih kuat bau sudah naik Tia masukkan maggie.Pan dipanaskan dituangkan telur sedikit demi sedikit kerana Tia ingin buat telur gulung.Dicampak sayuran ke dalam maggie dibiarkan seketika lalu ditutup api risau jika maggie menjadi kembang..

Telur gulung sudah siap begitu juga maggie tomyam.Diletakkan atas table island jus apple diambil dari peti sejuk..

Tia tanpa menunggu lama terus membaca doa makan dan menjamah hidangan yang ringkas itu.

Ting!!

Tiga mesej masuk dari Harraz l.

My Harraz..

Abang balik lewat..ada meeting ..urgent

Tidur dulu jangan tunggu abang..

Good night..

Mesej dibaca lalu dibalas Tia.Tia sudah terbiasa dengan Harraz..kata nak balik awal tapi last minit ada kerja..

Tia kembali menjamah maggie tomyam..Arghh kuah yang hangat dan pedas sedap sekali dijamah ketika lapar..Telur gulung dimakan bersama maggie tomyam..sedap!!

Selesai makan Tia membasuh peralatan yang dia gunakan tadi dan membawa diri ke ruang tamu.

Television dibuka aplikasi Netflix dibuka.Movie korea 20th century girl yang di recommend Netflix dibuka.Tia baring diatas sofa panjang.

Movie pun bermula Tia mencapai telefon dibuka instagram.satu postingan dari Sally menarik minat Tia..

Sekeping gambar hidangan dua steak diatas meja dengan sebelah tangan lelaki diletakkan atas meja.Tia kenal pemilik tangan itu.Harraz itu tangan Harraz kerana dia kenal kemeja yang Harraz kenakan pagi tadi.

'Dinner with love'

Itu caption ditulis Sally.Sememang akaun instagram Sally tak pernah dia unfollow walaupun mereka sudah putus kawan dan kini bermusuhan.

TERNYATA HANYA KAMU(C)Where stories live. Discover now