Harraz yang baru balik kerja itu menghela nafas berat sambil mengunci pintu utama rumah.Kakinya melangkah ke ruang tamu.
Terasa haus di tekaknya membawa diri ke dapur.Pukul 2 pagi sepatutnya Tia sudah tidur.Hari ini perlbagai masalah yang timbul di pejabat.Sakit kepala memikirkannya.
Namun mata Harraz terpandang Tia yang tertidur di meja makan dapur mereka.Terdapat penutup saji mungkin ada hidangan dibawanya.
"Tia?"Harraz dengan perlahan melangkah mendekati Tia.
"Sayang?"Bahu Tia di tepuk lembut.
"Tia Aralyn?"
"Hmmm?"Tia perlahan membuka matanya.Wajah kusam Harraz tepat didepannya.
"Kenapa abang balik lewat?"soal Tia sambil mengosok mata.
"Abang ada kerja penting.."balas Harraz lalu membuka peti sejuk diambil sebotol air sejuk mineral.
"Kerja?Banyak sangat ke kerja abang?sampaikan balik pukul macam ni?"
Harraz menuang air ke dalam gelas lalu diteguk perlahan.Terasa sejuk di tekaknya.Dia menoleh kearah Tia.
"Abang penat..boleh tak kita jangan gaduh sekarang?"Wajah Tia ditatapnya tepat.
"Gaduh?Tia bukan nak cari gaduh pun..Tia just cakap benda betul..Abang pentingkan sangat kerja sampai Tia.."
"Tia..."
"Penat tau hari-hari Tia masak untuk abang..tapi?Abang selalu balik lewat..kadang kadang membazir jee apa yang Tia masak.."ujar Tia.
"Penat?Tia fikir penat Tia je?Penat abang?Tia fikir tak?"Balas Harraz.
"Kalau Tia tak fikir penat abang tu..dah lama Tia keluar dari rumah ni.."Tia memandang wajah Harraz.
"Ouh jadi Tia dah terfikir laa nak keluar dari rumah ni?"Soal Harraz.
"Yes!Abang buat Tia ni macam tunggul!bila abang nak abang datang dekat Tia tapi bila taknak abang buat endah tak endah je dekat Tia..Tia pun ada hati ada perasaan.."luah Tia.
"So?Tia nak apa?!Tia nak abang berkepit dengan Tia 24 jam?"
"Tak!!Tia tak minta pun abang 24 jam dengan Tia!Tapi Tia nak abang spend time dengan Tia..macam pasangan yang lain setiap weekend keluar bersama holiday,shopping,movie date..even duduk rumah pun tak apa..tapi abang?weekend pun kerja.."Ungkap Tia.
"Abang kerja pun untuk Tia laa..!!"Suara Harraz mula tinggi.
"Untuk Tia?abang pasti?"
"Tia!!naik bilik sekarang!!abang taknak bergaduh pasal hal kecil ni jee.."laung Harraz.
"Kecil?bagi abang kecil tapi bagi Tia ini hal besar.."
"Dah!!"
"Tia just nak abang spend time dengan Tia itu jee.."Air mata Tia mula mengalir.
"Tia!!!jangan bagi abang hilang sabar dengan Tia!!naik atas sekarang!!!Abang penat laa nak hadap Tia macam ni !!Tia macam tak matang!!"
"Abang!!"
"I said now!!Tia Aralyn!!"Tengking Harraz terhenjut bahu Tia kerana tengkingan itu.
"Fine!!Fine!!Tia kecewa dengan abang"Tia berlari naik ke anak tangga menuju..
"Sayang!!!"Panggil Harraz.
"Damn!!!"Harraz menumbuk table island didepannya.
Harraz meraup kasar wajahnya.Dia membuka tudung saji dan melihat hidangan yang dimasak Tia.
YOU ARE READING
TERNYATA HANYA KAMU(C)
RomancePerkahwinan TIA ARALYN bersama HARRAZ EMIR makin pudar warnanya.Perkahwinan yang retak menanti belah.Rumah tangga mereka memasuki tahun ke 3 itu tak seindah yang disangka. Apa yang terjadi apabila rasa cinta mula pudar yang hanya ada rasa sesal dala...