TERNYATA HANYA KAMU 32

477 11 0
                                    

Tia menyeka air mata yang mengalir.Entah kenapa dia jadi emosi kerana Harraz tak jujur dengannya pagi tadi..

"Tia..kenapa kau sedih sangat ni?kenapa emosi lebih ni?"Tia menarik nafas dihembus perlahan..

"Princess?"Thaqif menegur Tia yang berada di meja pantri syarikat..

"Thaqif..."Tia tersenyum pahit melihat Thaqif yang wajahnya masih pucat..

"Kau kenapa ni?"Thaqif pelik melihat Tia yang seorang diri berada di pantri sambil menangis..Thaqif mulanya mahu mengambil air di pantri..

"Aku okay jee..tapi tak tahu kenapa tiba-tiba emosi.."ujar Tia..

"Tia kalau ada masalah luahkan bukan pendam..kalau kau pendam lama-lama akan makan hati kau.."nasihat Thaqif..

"Aku tak tahu Thaqif..aku rasa ni macam bayaran sebab rampas orang yang kawan aku suka.."luah Tia..

"Maksud kau?"Thaqif menarik kerusi lalu duduk didepan Tia..

"Kau tahukan hal antara aku,Harraz dan Sally...Aku rasa apa yang berlaku ini adalah akibat rampas Harraz dari Sally.."Tia menatap lembut wajah Thaqif.

"Tia..yang aku tahu dalam hal ni kau tak salah!kau tak rampas pun Harraz dari Sally..Harraz sukakan kau bukan Sally..Sally yang overthinking kau rampas Harraz dari dia...padahal kau tak rampas sesiapa pun..."Ujar Thaqif cuba memujuk Tia..

"Sampai sekarang Sally masih ada dalam hubungan kami...aku dah salah ke beri peluang pada Harraz lagi sekali?"duga Tia..

"Listen Tia..aku tak tahu apa yang terjadi tapi kalau disebabkan Sally kau gaduh dengan Harraz..kau patut bincang baik-baik..mana tahu salah faham jee..Harraz cintakan kau..aku yakin..."Thaqif tidak suka melihat Tia menangis..

"Aku...."

"Boss.."tegur seorang staff.

"Emmm.."Thaqif angguk kepala.

Seorang staff masuk ke dalam pantri dia membancuh air kopi secawan..Bau kopi hinggap ke hidung Tia..

Tia menahan rasa mual yang tiba-tiba datang.Entah kenapa bau kopi itu meloyakan tekaknya.

"Tia kau okay?"soal Thaqif..

Staff itu pun keluar membawa secawan kopi..

"Aku...."

Tia terus berlari ke sinki.Rasa mual tak dapat ditahan..

"Tia!!kau okay??"Thaqif melangkah kearah Tia..

"Werk"

"Werkkk"

Pedih tekak Tia kenapa mual yang tiba-tiba itu..

Paip air dibuka.Tia membasuh wajah dengan air itu.Lantaklah solekan yang akan hilang itu.

"Kau kenapa Tia..?"Thaqif mengeluarkan sapu tangan lalu diberikan kepada Tia..

"Tak tahu..sekarang ni aku rasa mual dan pening.."Kepala Tia rasa besar.Lemah kakinya untuk berjalan.

Thaqif memapah Tia yang kelihatan tak boleh jalan itu..

"Sayang..."Suara Harraz menyapa mereka berdua..

"Harraz..."

"Abang??"Kabur mata Tia memandang Harraz yang berdiri didepan pintu pantri.

"Tia..sanggup Tia berduaan dengan lelaki lain belakang abang..!"ujar Harraz dingin..Cemburu mula berkunjung.

"Harraz..kau..."

"Thaqif kau tak payah nak berselindung lagi laa..aku tahu kau sukakan Tia.."Ujar Harraz memandang sekilas kearah Thaqif masih memapah Tia sebelum dia jalan meninggalkan pantri..

TERNYATA HANYA KAMU(C)Where stories live. Discover now