TERNYATA HANYA KAMU 39

683 12 0
                                    

Tia merenung wajah Harraz dengan marah..Harraz memang tak boleh dipercayakan..Mereka ada di dalam kereta didepan rumah family Harraz..

"Kenapa awak bawa saya ke sini??"soal Tia dingin..

"Ni kan rumah mentua Tia??kenapa tak suka datang sini??"Ujar Harraz bersahaja..

"Tahu..tapi kita sekarang ada masalah..saya ikut awak sebab nak bincang hal penceraian bukan nak berbaik dengan awak...!"Tia kesabaran mula hilang.

Tadi sepanjang jalan dia cuba bertenang.Fikirannya serabut dan emosinya masih tak stabil..Baru kehilangan Thaqif lepas tu Harraz pula bawa dia ke sini..

"Jangan cakap banyak laa keluar cepat...tu Mama dah keluar..."ujar Harraz.

Tia memandang ke luar kereta..kelihatan Mama sedang menunggu mereka di depan pintu dengan tongkat yang membantunya berdiri dan berjalan..

"Apa yang buat awak berubah??huhh!!"Marah Tia seraya mencapai beg tangan lalu keluar dari perut kereta dengan tak rela...

"Tia..."Suara lembut Mama menyapa Tia..Tia terus tersenyum manis kearahnya..

Harraz yang salah dengannya bukan Mama atau Papa jadi dia perlu menjaga sikapnya di depan mereka...

"Mama...."Tia mencium tangan..

"Rindunya mama dekat Tia..."Puan Jasmin menarik Tia kedalam pelukannya..

"Tia pun rindu dekat mama..."Tia membalas pelukan Mama..

"Mama sihat?Papa?"Soal Harraz berdiri belakang Tia..

"Sihat..Alhamdulillah..."

"Jom masuk..."Ujar Harraz dipandang Tia sekali imbas..

Masuk saja dalam rumah tiba-tiba perut Tia sakit..Perutnya bagai dipulas mungkin kerana terlalu tertekan..

"Arggg.."Tia tertunduk menyentuh bawah perutnya yang sedikit menonjol itu..

"Tia?"Puan Jasmin risau melihat Tia yang tiba-tiba beriak sakit..

"Kenapa ni sayang..?"soal Harraz lembut didepan Puan Jasmin..Harraz menyentuh bahu Tia..

"Saa..sakit...."adu Tia sambil mengusap perutnya..

"Kita pergi klinik yaa Tia??"Cadang Mama namun Tia menolak..

"Tak Mama biasa jee sakit ni nanti elok laa.."Ujar Tia..

"Harraz..bawa Tia naik atas bagi rehat...Tia letih rasanya..."Harraz mendengar kata Mamanya terus dia mendukung tubuh Tia...

Tia melihat wajah beku Harraz dia tahu Harraz terpaksa kerana ada Mama..

"Tia..."sedang Harraz mendaki anak tangga Puan Jasmin memanggil..

"Yaa Mama?"Tia menoleh sedikit kebawah tangga..

"Takziah atas pemergian sahabat Tia.."Puan Jasmin tersenyum kecil..

Tia mengangguk kepalanya dipandang Harraz lalu Harraz tersenyum sinis..

.......

Tia dibaringkan atas katil.Harraz kemudian mencekak pinggang sambil melihat Tia dengan wajah yang dingin..

"Kenapa taknak pergi klinik?awak takut saya paksa untuk test dna anak yang ada dalam kandungan awak ke..?"soal Harraz sinis..

"Harraz...!"Tia bangun dari baringnya sambil memegang perut..

Dia pandang Harraz dengan perasaan yang tak percaya yang Harraz berubah seperti ini..

"Apa yang buat awak berubah??"soal Tia bersahaja..

TERNYATA HANYA KAMU(C)Where stories live. Discover now