TERNYATA HANYA KAMU 20

620 15 0
                                    

Harraz baring di atas sofa di dalam wad Tia.Jam menunjukkan pukul 3 pagi namun mata Harraz masih segar.

Sebujur tubuh Tia yang tengah tidur lena di tatap penuh kasih sayang.Harraz mengiringkan badan supaya dapat melihat Tia..

Beberapa minit berlalu tiba-tiba tidur Tia seperti terganggu.Tia menggeleng kepala dengan tangisan yang kecil.

Harraz perlahan turun dari sofa dia mendekati Tia.Tangan naik melurut lembut kepala Tia.Air mata yang mengalir dalam lena itu dihapus Harraz..

"Tia..kenapa ni?"tutur Harraz lembut.

"Tak...!Mak Ayah...jangan tinggalkan Tia.."

"Tia..."

"Jangan pergi...Tia takut.."Tia masih resah.

"Sayang...tak siapa tinggalkan sayang.."pujuk Harraz lembut.

Jari jemari Tia digenggam erat oleh Harraz.

"Mak..Ayah....Tia rindu..."kepala Tia ke kiri ke kanan.Tia memberontak dalam tidur.

"Tia...tenang sayang..."Tutur Harraz..Peluh didahi Tia dihapus.

Tia terus mencapai tangan Harraz dipegang erat oleh Tia.Serat eratnya Tia menggenggam tak mahu dilepaskan.

"Mak...Ayah...."sayu kedengaran suara Tia memanggil kedua orang tuanya yang sudah lama tiada.

"Sayang....."Harraz membisik lembut ditelinga Tia..

"Mak!!Ayah!!"Tia terbangun dari tidur dia melihat ke kiri kanan bilik..

"Mak?Ayah?"Tia masih memanggil-manggil.

"Sayang..."Harraz duduk disisi katil Tia.Tangan Harraz naik ke muka Tia.

Dielus lembut kedua belah pipi Tia.Mata Tia menoleh menatap Harraz..Sisa air mata Tia masih ada.

"Sayang..kenapa ni?Mimpi buruk ke?"soal Harraz lembut suaranya.

Air mata Tia kembali jatuh.Tia perlahan menarik tubuh Harraz lalu dipeluk erat.Esakan Tia kedengaran.

Harraz membalas pelukan Tia erat.Harraz mengosok lembut belakang badan Tia.

"Tia rindu mak dengan ayah..."luah Tia didada Harraz.

"Nanti kita ziarah diorang okayy?"pujuk Harraz.

Tia hanya diam didalam pelukan hangat Harraz.Lama dia merasakan pelukan sehangat ini.

Harraz membelai lembut kepala Tia.Dia mahu segala kesedihan Tia hilang.

Harraz tak tahu berapa lama dia memeluk Tia sehingga dia sedar tiada lagi esakan halus dari Tia melainkan denguran halus.

Dia tersenyum apabila melihat Tia tidur dalam pelukan.Lama dia tak memeluk Tia begini.

"I love you sayang.."Dahi Tia dikucup kemudian perlahan dia baringkan kembali tubuh Tia.

Nasib wad ni mempunyai katil yang saiz besar jadi dapat juga dia baring disebelah Tia.Tangan Tia masih erat memeluk tubuh Harraz..

"Good night sayang.."ucap Harraz lalu mengeratkan lagi pelukannya.

Malam ni Harraz tidur dengan senyuman yang lebar dan bahagia.

.......

Pukul 6 pagi Tia terbangun dari tidur.Tia mengusap matanya.Terasa berat di pinggang.Perlahan dia menoleh ke arah sisinya.Terlihat Harraz sedang tidur lena sambil memeluk erat pinggang Tia.

Jantung Tia terus berdegup kencang.Entah kenapa dia rasa gugup sekali.Berapa dalam pelukan Harraz terasa hangat dan nyaman sekali.

Perlahan Tia memusingkan tubuhnya menghadap Harraz.Wajah Harraz yang lena itu ditatap Tia penuh tanda tanya.

"Tia..kau dah boleh maafkan Harraz?"hatinya berbisik lembut.

"Harraz..kau memang berubah?Benarkan?"Resah hati Tia.

Perlahan jari jemari Tia lembut menyentuh dahi Harraz.Disentuh pula hidung mancung milik Harraz..

Harraz masih suaminya yang sah namun kenapa dia susah untuk maafkan Harraz?Adakah ego dalam dirinya tinggi?

Lama dia merenung wajah Harraz sebelum kembali menutup mata.

Setengah jam berlalu Tia membuka kembali mata.Telinga mendengar satu bisikan yang penuh rasa.

"Ya Allah..kurniakanlah aku restu dan perlindunganmu..Ya Allah lapangkanlah hati isteriku lembutkanlah hatinya semoga dia menerima kembali diriku..Ya Allah kuatkanlah imanku dan tinggikanlah sabarku..."

Sayup kedengaran suara Harraz.Perlahan Tia menoleh kearah Harraz yang sedang berdoa selepas solat subuh.

Tak semena air matanya jatuh ke pipi tanpa sedar.Harraz terasa dirinya diperhatikan dia menoleh kearah Tia.

"Awak dah bangun?saya buat awak terjaga ke?"

Pantas Tia menggeleng kepala dihapus air matanya Tia bangun dari baring.

"Kenapa awak tak kejutkan saya untuk solat?"soal Tia perlahan.

"Saya taknak ganggu awak tidur..it's okay ada waktu lagi ni kalau awak nak solat.."ujar Harraz.

Tia pun turun dari katil kaki menjejak lantai.Harraz segera berdiri dari sejadah menuju ke arah Tia.

"Sini saya tolong.."Harraz tahu tubuh Tia masih lemah kerana kejadian itu.

Pek air menyalurkan air ke tangan Tia dipegang Harraz.Tia ingin menuju ke tandas.

Bahu Tia dipapah Harraz risau jika Tia rebah.Dia syukur Tia sedikit lembut dengannya berbanding sebelum ini.

........

Petang hari Tia dibenarkan pulang terus Harraz membawa Tia pulang ke Subang Jaya..Sebelum keluar hospital sempat Tia singgah melawat anak kecil yang dia selamatkan.Satu keluarga Makcik itu berterima kasih buat dirinya.

"Buat sementara ni Tia tinggal dekat rumah family abang?boleh kan..?"soal Harraz lembut sambil memandu.

"Hmmm.."Tia tak melawan dia hanya ikut kemahuan Harraz.Harraz tersenyum mendengar jawapan Tia..

"Tia lapar tak?ada nak makan apa?"

"Tak..Tia tak lapar.."balas Tia menoleh kearah Harraz.

"Okay..Tia rehat dulu nanti sampai abang kejutkan awak.."ujar Harraz sebelum tangan naik keatas kepala Tia dielus lembut beberapa kali..

Tia hanya diam dia kemudian memejamkan mata.Rasa letih masih terasa.Harraz menoleh sekilas kearah Tia yang sudah tertidur itu.

"Alhamdulillah kalau Tia dah mula terima abang kembali.."bisik Harraz perlahan sambil tersenyum manis.

"Abang janji yang abang takkan kecewakan Tia lagi..."suara Harraz menyapa telinga Tia yang masih tidur ayam itu.

Betulkah tindakannya untuk menerima Harraz kembali?Dia takut Harraz kecewakannya lagi.

Aku wanita yang punya cinta dihatiku.

Tbc

TERNYATA HANYA KAMU(C)Where stories live. Discover now