Tia masuk ke dalam sebuah restaurant di dalam Aeon Big.Dia berjanji untuk bertemu dengan dua sahabatnya itu.Mereka bertiga bersahabat sejak dari zaman study di UITM.
Dua sahabatnya yang sudah sampai itu melambai tangan kearahnya.Tia pantas melangkah kearah dua orang itu.
"Sorry lambat..aku baru belajar selok belok jalan sini.."ujar Tia lalu menarik kerusi kemudian duduk.
"It's okay...janji kau sampai jugak babe.."Ujar Tasha tersenyum melihat Tia.
"Itu laa aku nak jemput kau tak nak.."Thaqif memandang Tia.
"Aku taknak susah kau..."
"Hmm..kau nak makan apa?Aku kena pantas nanti suami aku call aku kena balik.."ujar Tasha.Dia meninggalkan anak bersama suaminya di rumah semata-mata untuk bertemu Tia.
Mereka bertiga pun memesan makanan.Beberapa minit kemudian makanan dan minuman pun tiba.
"Anak kau sihat?mesti dah besar kan..lama aku tak jumpa anak kau.."Ungkap Tia.
"Alhamdulillah sihat...nanti datang laa rumah aku dengan si Thaqif ni.."balas Tasha.
"Aku okay jee..tapi Tia ni laa kena minta izin suami dia dulu.."Ujar Thaqif lalu menghirup kopi ais.
Tia terkedu sahabatnya itu tidak tahu lagi apa yang berlaku dalam rumah tangganya dan dia fikir biarlah hanya dia dan Harraz tahu masalah itu.
"Aku..akan bercerai.."
"What??"
"Huh!!!"
Tasha dan Thaqif terhenti mengunyah makanan.Tersentak mereka mendengarkan ayat yang keluar dari bibir Tia itu.
"Aku nak bercerai dengan Harraz.."Tia menunduk.
"Tapi kenapa?"Soal Tasha.
"Mungkin jodoh kami tak panjang.."Tia tak mahu menceritakan dengan lebih.
Tasha dan Thaqif mengangguk faham.Mereka pun tak mahu menyoal lebih kerana itu masalah peribadi Tia dan Harraz.
"Harraz setuju?"soal Thaqif.
"Entah..aku dah serahkan surat permohonan cerai kat dia.."
"Babe..kau dah habis fikir?"Tasha terkejut menden berita itu.
"Yes..ini kebaikan untuk kami dua.."
"Tia..jadi kau datang sini sebab lari dari Harraz.."teka Thaqif.
Tia mengangguk.Tasha dan Thaqif memandang antara satu sama lain.Tia seorang yang berahsia maka itulah mereka tidak tahu masalah yang dipendamkan Tia.
Selesai mengisi perut mereka sempat bermain bowling dan berjalan sekitar mall.
Tepat pukul 5 petang Tasha terlebih dahulu meminta diri kerana dia risau akan suami dan anaknya.
Tia dan Thaqif berjalan beriringan.Wajah teduh Tia ditatap Thaqif.
"Kau okay?"soal Thaqif.
Tia terhenti melangkah mendengar soalan dari Thaqif.Dia merebahkan punggungnya di bangku kosong yang disediakan.
Tia menunduk kepalanya muka ditekup dengan kedua tapak tangannya.
"Tia Aralyn.."Suara Thaqif memanggil Tia.
Tia mendongak melihat Thaqif yang berdiri tepat didepannya.Thaqif terkejut melihat wajah Tia yang menangis itu.
"Tia..kau okay?aku salah cakap ke?"Thaqif cemas.
"Tipu laa kalau aku kata aku okay..hati aku ini sakit sangat masa aku tanda tangan surat permohonan cerai tu tapi lagi sakit bila Harraz buat endah tak endah dengan aku.."luah Tia.
"Tia Aralyn..aku kenal kau seorang yang kuat..mungkin ini ujian perkahwinan kau..kalau kau masih cintakan Harraz apa kata kau beri dia peluang?"
"Peluang?Dah banyak kali aku bagi dia peluang..tapi dia tetap macam tu..dia terlalu pentingkan kerja dia dan aku pula mahu perhatian yang tak dapat dia berikan.."Air mata laju mengalir di pipi.
Thaqif sedih melihat Tia lemah seperti ini.Thaqif duduk bertinggung di hadapan Tia.
"Kau kena kuat..kau kena ingat ni..aku akan selalu ada untuk kau..Tasha pun..okay?.."Thaqif menunduk melihat wajah Tia.
"Hmmm.."Tia mengangguk.
Thaqif mengeluarkan sapu tangan dari kocek seluar lalu dia memberikan sapu tangannya kepada Tia..
"Jujur aku rindukan dia.."Sebak suara Tia.
"Menangis laa kalau itu boleh kau lepaskan beban dalam hati..kau kena jadi kuat..I'm always with you.."ujar Thaqif.
"Hati aku sakit bila tengok kau menangis"
"Thanks Thaqif.."ucap Tia sambil menyapu air mata dengan sapu tangan yang diberi Thaqif.
..........
Harraz bangun dari tidurnya.Dilihat sekeliling ruang bilik.Kosong dan sepi.Sudah Tiga bulan sejak Tia meninggalkan dirinya namun dia masih lagi terbayang Tia.
"Mana sayang pergi?"Gumamnya.Kini dia tak dapat menjejaki Tia.Mungkin kerana Tia sudah menukar nombornya.
Surat permohonan cerai itu dia tak pernah sentuh lagi hanya tersimpan di dalam laci almari.
Telefon berdering mengalih perhatian Harraz.
"Hello..."
"Kau bila nak masuk office?sejak kebelakangan ni kau asyik masuk lewat je kerja.."suara Faris kedengaran.
"Sorry..kejap lagi aku masuk laa"perlahan suara Harraz.
"Mana kau yang dulu?yang workaholic sampaikan isteri lari tu?"perli Faris
"Faris!!"
"Okay..I'm sorry..aku nak kau sedar kalau kau nak Tia kembali bukan macam ni caranya.."Faris letih melihat cara hidup Harraz sekarang.
"Dah jangan berleter..kejap lagi aku masuk office.."Telefon dimatikan.Harraz membawa diri ke bilik air untuk membersihkan badannya.
......Harraz menutup pintu rumahnya dia sudah siap untuk pergi office.Nanti lambat karang kena berleter pulak dengan Faris.
"Assalamualaikum.."suara dari pagar rumahnya kedengaran.
"Waalaikumusalam..Mama?Bila sampai Penang?kenapa tak beritahu nak datang?"Harraz melihat Puan Jasmin berada di luar pagar rumahnya.
"Sihat?kami sampai malam tadi..saja datang tengok cawagan sini..ni Mama singgah kejap jee.."soal Puan Jasmin sambil melihat Harraz membuka kunci pagar.
"Sihat.."Harraz mencium tangan Puan Jasmin.
"Tia tak balik lagi?"soal Puan Jasmin.Harraz menggeleng kepalanya.
"Apa yang kamu buat huh?dengan menantu Mama tu?kamu pun tahu Mama sayang dia macam anak Mama sendiri.."Puan Jasmin kecewa dengan pendirian Harraz.
"Mama...apa kata kita beri ruang untuk Tia?"
"Ruang?silap hari bulan muka kamu pun Tia taknak pandang.."Tajam menatap mata Harraz.
"Mama..."
"Jangan ceraikan Tia.."Ujar Puan Jasmin.
"Harraz memang tak ada niat untuk ceraikan Tia..tapi Mama kalau itu terbaik untuk Tia...
"No!!Mama taknak kehilangan Tia!!and kamu Harraz..Papa nak jumpa kamu..Papa dah naik angin tu kamu langsung tak ambil kesah.."Puan Jasmin memandang anak lelakinya itu.
"Okay Mama..."
"Kalau ada masa kerap laa balik rumah kita..Mama boleh jaga kamu sementara Tia takda ni.."pesan Puan Jasmin.
"Hmmm.."
"Dah laa..Mama balik dulu..kamu jangan menggelat taknak balik rumah.."Pintu kereta Puan Jasmin dibuka dia masuk ke dalam perut kereta.
"Jaga diri Mama.."pesan Harraz.Puan Jasmin seorang pengetua sekolah menenggah di Subang Jaya.
Harraz memandang kereta yang membawa Puan Jasmin meluncur menjauhi kawasan rumahnya.Dia mengaru kepala yang tak gatal itu.
Andai kau tahu rasa sayangku melebihi rasa sakit ini..
Tbc
YOU ARE READING
TERNYATA HANYA KAMU(C)
RomancePerkahwinan TIA ARALYN bersama HARRAZ EMIR makin pudar warnanya.Perkahwinan yang retak menanti belah.Rumah tangga mereka memasuki tahun ke 3 itu tak seindah yang disangka. Apa yang terjadi apabila rasa cinta mula pudar yang hanya ada rasa sesal dala...