"Hoon apa kau cakap ni? Jangan merepek boleh tak? Kau tak kesian ke dekat Jihae tu? Dia masih kecil tak tahu apa apa. "
Sesungguhnya pipi Sunghoon kini berasa pijar akibat ditampar kuat oleh Jay.
"Aku ada sebab aku buat macam ni. Daripada aku buat dia sakit hati,lebih baik berpisah saja. Aku taknak dia sakit hati sebab perbuatan aku ni Jay. Dalam masa yang sama,aku tak mampu tolak permintaan Kathlyn. Dia dibuang keluarga lepas tu dia dah tiada sesiapa. "
"Jadi kau lebih utamakan perasaan Kathlyn daripada Yerim? Yerim tu isteri kau weh. Dah setahun kau kahwin dengan dia. Bukan ke dulu juga kau kata kau sayang dan cintakan dia?"
"Sebab aku sayangkan dan cintakan dia aku buat macam ni. Tak lama pun aku minta, 1 tahun je. Aku akan datang balik."
.
.2 tahun kemudian,
Dia mengendong bayi kecil itu dengan berhati hati.
"Haneul duduk baik baik dengan papa ,behave tau. Papa nak bawa Haneul jalan jalan ,bukan jalan jalan tapi balik ke kampung Haneul."
Kemudian bayi kecil itu merengek.
"Kita lawat mama dulu okay? Kita bye bye dulu pada mama. Haneul nak balik Seoul harini."
Dia melihat gambar itu. Rindu? Sudah semestinya dia rindu. Mereka telah hidup bersama sama selama 2 tahun.
"Berbahagia lah kau kat sana,Kathlyn Reyna. Aku akan jaga Haneul dengan baik. Haneul baik baik saja,aku jaga dia dengan baik. "
"Sejujurnya aku memang sayangkan kau,tapi aku tak mampu ungkapkan pada kau sebelum kau mati. Aku gila sebab aku sayangkan 2 orang perempuan pada satu masa. "
Sebenarnya,Kathlyn mengandung anak orang lain tetapi tidak lama kemudian dia gugur. Dulu doktor menjangkakan dia hanya mampu hidup selama 2 bulan sahaja tetapi kuasa Tuhan melebihi segalanya. Kathlyn mampu bertahan sehingga 1 tahun kemudian.
.
."Yerim,dia ada disini."
"Siapa?"
"Suami kau."
Sunghoon tercegat di depan pintu rumah milik mertuanya. Dia rasa gugup untuk bertemu dengan Yerim selepas 2 tahun tidak bersua.
"Haneul ,janganlah merengek macam ni. "
Sunghoon hanya menepuk perlahan belakang bayi kecil itu.
Lantas Yerim membuka pintu rumahnya selepas dia mendengar suara bayi kecil.
.
."Jadi Haneul ni memang anak awak?"
"Ya,anak kandung saya. Yang saya bagitahu awak masa 2 tahun lepas ,sebenarnya bukan anak saya tapi anak orang lain tapi anak tu gugur. Saya buat keputusan untuk kahwin dengan dia. Saya tahu saya bodoh sebab saya sayangkan 2 orang perempuan dalam satu masa."
"Awak ingat perkahwinan kita ni satu permainan ke Park Sunghoon? "
"Tak,saya tak pernah anggap menda itu main main pun. Saya tak pernah ceraikan awak pun. Saya yang minta untuk berpisah sementara sebab saya hanya nak bahagiakan Kathlyn."
"Mana Kathlyn?"
"Dia dah takde,Yerim. Dia meninggal selepas beberapa hari dia lahirkan Haneul. Dia kata dia minta maaf sebab lukakan hati awak. Dia ada tumor otak. Jadi ,permintaan dia 2 tahun lalu dia nak saya bahagiakan dia sebelum dia mati. Itu sahaja."
"Ya Tuhan. Nanti bagi saya untuk pergi melawat dia dekat sana. "
"Baiklah saya akan bawa awak ke sana."
"Kita akan bersama balik kan?"
"Semestinya. Walaupun sukar untuk saya terima tapi saya akan slowly terima semua tu."
"Thankyou for being my endless love,Kim Yerim. I love you."
"Most welcome love and i love you too !"
.
.S2? I don't know yet. But wait and see okay ? hehe ^=^
The End
YOU ARE READING
(C) Endless Love - Park Sunghoon
FanfictionTerpaksa menyembunyikan identitinya demi keselamatan orang lain. Kini,traumanya kembali. Kim Yerim telah bertemu dengan seorang jejaka yang mengingatkannya kepada childhood friend nya. Park Sunghoon,merupakan anak orang kaya dan seorang pelajar ya...