"Yerim,saya nak tanya sikit boleh?"
"Oh,apa tu?"
"Awak ada keluarga ke tak?"
"Ada je. Kenapa?"
"Sebab bila saya nak ambil awak kat rumah awak , awak sendiri taknak. Ada apa apa ke?"
"Saya bukan taknak tapi saya tak selesa orang luar nak ambil tahu lebih kat saya."
Sunghoon hanya mengiyakan saja. Tak mahu bertanya lebih.
"Awak ada childhood friend tak Sunghoon?"
"Ada,tapi saya tak ingat nama dia. Sebab saya pindah tu time 10 tahun kan. Mustahil lah saya nak ingat semua tu balik."
Tiba tiba mata Yerim tertumpu pada keychain di sling bag Sunghoon. Keychain bintang. Dia ingat keychain itu. Keychain yang abangnya belanja dan diberikan satu kepada Sunghoon.
"Sunghoon,saya rasa saya jumpa dah childhood friend awak tu."
"Mana dia? Tak nampak pun?"
"Cungie,sayalah childhood friend awak. "
"Yerim-shi? Awaklah yang panggil saya Cungie tu? Ya Tuhan rupanya depan mata saya je awak ni Yerim."
"Ya saya lah tu. Tapi saya tak mahu dah panggil awak Cungie tu. Buruk pulak rasa"
Yerim tergelak.
"Yah,awak ni. Memang nak kena lah. Dahlah dia yang panggil ,dia yang kata buruk."
"Dahlah buat cepat assignment ni,esok nak tunjuk kat Mrs. Jang kan."
.
."Betul lah ni rumah no 612,tapi macam sunyi je. Takpalah kita try dulu. Tak try tak tahu kan?"
Younghoon terus mengetuk pintu rumah tersebut. Tidak lama kemudian,terpaparlah muka seorang lelaki yang berumur 50-an itu.
"Ya,nak cari siapa?"
"Saya cari Kim Yangjun dan Kang Heeseo. Mereka ada tak?"
"Kamu siapa nak?"
"Kim Younghoon,pakcik"
"Ya Tuhan,anak aku."
Terus Encik Kim memeluk anak lelaki tunggalnya itu dengan erat. Rindu yang teramat pada anaknya selama 25 tahun.
"Heeseo,anak kita dah balik sayang"
"Ya Tuhan ,anak mama. Makin handsome dan tinggi anak mama. Meh masuk Hoon. "
.
."Macam mana kamu boleh jumpa alamat rumah mama dan papa?"
"Hoon mintak tolong kat kawan. Dia bijak dalam IT ni so Hoon mintak lah kat diaorang."
"Mama dan apa mintak maaf sebab tak usaha nak jumpa kamu balik. Sebab papa tahu,Hoon selamat dan bahagia dengan diaorang. "
"Takpa,pa. Hoon faham kenapa papa dan mama buat ceni. Demi keselamatan Hoon jugak kan. Yang penting Hoon dah jumpa ni pun dah bersyukur sangat sangat."
Encik Kim hanya tersenyum.
"Papa,orang orang gangster tu ada lagi kah?"
"Takda dah. Mereka baru je ditangkap minggu lepas atas kesalahan membunuh ramai orang kat kawasan kampung belah sana. Hoon dah selamat sekarang."
"Syukurlah kalau macam tu. Hoon nak hidup aman je pa. "
.
.tbc
YOU ARE READING
(C) Endless Love - Park Sunghoon
Fiksi PenggemarTerpaksa menyembunyikan identitinya demi keselamatan orang lain. Kini,traumanya kembali. Kim Yerim telah bertemu dengan seorang jejaka yang mengingatkannya kepada childhood friend nya. Park Sunghoon,merupakan anak orang kaya dan seorang pelajar ya...