"Okay,baik dalam masa 2 minggu lagi universiti kita akan mengadakan prom night. Diharapkan semua pelajar dapat hadir ya?"

"Baik,Madam Lee."

"Pastikan kamu ulangkaji,esok saya akan tanya balik dan suruh terangkan tajuk harini. Semua boleh bersurai"

Gaeul mendekati Yerim yang sedang tertidur itu.

"Yerim,jomlah makan lunch dengan kitaorang. Lagipun lepas ni kau free kan,no class right?"

"Haah,takde. Jap aku nak kemas barang aku dulu. Lama sangat ke aku terlelap?"

"Heh,dia terlelap macam menda dah tadi. Nasib baik aku tolong kejut kau kalau tak duduk lah kau kat sini sampai malam."

Yerim hanya mencebik tanda geram.

.
.

"Yerim,kau still taknak reveal identiti kau sebenarnya ke?"

"Bukan taknak tapi aku risau orang lain akan ambil kesempatan dekat aku. Kau faham kan aku buat ni sebab apa? "

"Ya aku tahu,keselamatan abang kau. Dan bila orang tahu identiti kau sebenarnya anak orang kaya ternama kat Seoul ni,nanti orang sanjung kau dan hormat kau. "

"Aku nak semua orang layan aku sama rata je. Aku tak jahat lagi nak buat buruk kat orang. Kita ni sesama manusia juga,tetap sama. Lagipun,nanti orang fikir abang aku tu ambil kesempatan atas harta eomma dan appa aku. Padahal dia abang aku juga. Aku tak mahu orang lain anggap abang aku tu orang asing bila dah tahu kisah sebenarnya. "

"Sokay,aku faham. Kau sedang atasi trauma kau tu lagi kan. Kau trauma untuk kehilangan seseorang macam kau hilang kakak kau dulu. "

Yerim mengangguk perlahan tanda mengiyakan segalanya.

Dulu Yerim mempunyai kakak yang berbeza 2 tahun darinya bernama Kim Yejin. Namun umur kakaknya tidak panjang kerana terlibat dalam nahas bas sekolahnya. Sejak dari itu,Yerim kerap nangis dan badannya semakin kurus kerana merasakan dirinya adalah penyebab kakaknya mati. Namun,abangnya memujuk dan bercakap dengannya secara baik bahawa Yejin mati itu adalah takdirnya bukan salahnya.

Yerim mula pulih sejak dia berumur 17 tahun. Atas berkat sokongan keluarganya juga.

"Aku akan cuba atasi trauma aku ni. Aku takut untuk kehilangan orang yang aku sayang untuk kali kedua. Lagi lagi abang aku. Walaupun abang aku tu bukan abang kandung aku pun ,dia tetap setia berada dari kakak aku lahir sampai aku lahir . "

.
.

tbc

(C) Endless Love - Park SunghoonWhere stories live. Discover now